Guillain-Barré Syndrome : Satu Pengenalan

Kami sebagai pelajar bioperubatan di Universiti Awam harus menguasai semua sistem anatomi dan fisiologi badan manusia.Dari sistem reproduksi, sistem pencernaan mahupun sistem perkumuhan.Namu pada hari ini, saya akan membincangkan tentang satu sistem badan manusia yang penting iaitu sistem saraf. Sistem saraf bertindak sebagai agensi yang mengesan segala respon yang diterima dari luar atau dalam badan dan bertindak balas ke atasnya.

(a) Sumber : https://socratic.org/questions/59e4d724b72cff5671664503

Dalam anologi mudah, ‘syarikat’ saraf ini mempunyai tiga Jabatan. Pertama Jabatan Pengesan, kedua jabatan pemprosesan dan terakhir jabatan penggerak. Jabatan pengesan(receptor) mempunyai tugas untuk mengesan segala perubahan atau peristiwa yang berlaku dalam dan luar badan lalu menghantar ‘mesej’ (signal) ke jabatan pemprosesan(interneuron,brain) untuk memikirkan jalan terbaik untuk sesuatu situasi.Lalu, ‘mesej’(signal) jalan terbaik (the best option) dari jabatan pemprosesan dihantar ke jabatan penggerak(effector) untuk dilaksanakan.Lihat rajah (a)

Sistem saraf juga terbahagi kepada dua, pertama dikenali sebagai sistem saraf sentral (central nervous syste,CNS,) yang terdiri daripada otak (brain) dan juga saraf tunjang(spinal cord).Manakala kedua dikenali sebagai sistem saraf periferal (peripheral nervous system, PNS) iaitu sistem saraf yang berada selain otak dan saraf tunjang.Lihat (b)

 

 

(b)

Sumber : http://www.assignmenthelp.net/assignment_help/nervous-system

 

 

Itu adalah prinsip asal sistem saraf berfungsi.Baik, jikalau anda lihat tajuk diatas. Hari ini saya akan kenalkan kepada anda semua, satu penyakit yang bernama Guillain-Barré Syndrome.Penyakit ini menyebabkan anda kehilangan keupayaan untuk mengerakkan sebarang otot(paralysis) kerana otot hanya bergerak apabila menerima signal daripada otak.Namun dalam kes ini, Guillain-Barré Syndrome membuatkan sel saraf periferal (Peripheral Nervous System) yang berada di sepanjang jalan, rosak lalu mebuatkan signal tidak dapat dihantar ke otot.

Guillain-Barré Syndrome dikenali sebagai ‘autoimmune disorder’, Apakah ‘autoimmune disorder’?. ‘Autoimmune disorder’ adalah penyakit yang disebabkan oleh tindak balas sistem immuniti badan terhadap sel badan yang sihat. Jikalau anda rujuk rajah (c), sel saraf yang normal menjadi rosak disebabkan tindak balas yang ‘melulu’ daripada sistem immuniti badan.

 

(c) Sumber : https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/guillain-barre-syndrome-and-zika-is-there-a-connection/

Menurut National Institute of Neurological Disorder and Stroke, seramai 1 dalam 100,000 orang Amerika mengalami penyakit ini.Tambah malang,penawar untuk penyakit ini masih belum dijumpai. Namun, rawatan yang ada sekarang ni mampu mengurangkan implikasi(severity) penyakit serta mengurangkan durasi penyakit bagi sesiapa yang menghidapnya.

Menakutkan juga, baik sekarang kita akan lihat simptom-simptomnya pula.

  • Hilang kawalan terhadap pundi kencing
  • Kesukaran bernafas
  • Kesukaran berjalan dengan betul
  • Paralisis
  • Kesukaran mengerakkan mata atau muka, bercakap, mengunyah dan menelan.
  • Sakit bahagian belakang badan
  • Jantung berdegup kencang
  • Rasa mencucuk dan kebas di bahagian bawah badan

Bagaimana pula penyakit ini dikesan?

Ada beberapa cara :

  • Spinal Tap – Proses in dilakukan dengan mengambil sedikit cecair(cerebrospinal fluid) daripada kawasan tulang belakang anda untuk mengukur paras kandungan protein.Pesakit yang mengalami Guillain-Barré Syndrome mempunyai kandungan protein yang tinggi.
  • Electrmyography – Cara ini mengesan signal eletrik di dalam otot anda supaya pengamal perubatan dapat mengenal pasti , ketidakupayaan otot untuk berfungsi disebabkan oleh kerosakan saraf ataupun kerosakan di bahagian otot.
  • Nerve Conduction Test – Sedikit pemeriksaan keatas tindak balas saraf dan otot anda terhadap ‘eletrical impulses’ yang dibekalkan.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat Guillain-Barré Syndrome?

  • Plasmapheresis (penukaran plasma) – Seperti yang kita semua tahu, Guillain-Barré Syndrome terjadi apabila sistem immuniti kita secara tidak sengaja menghasilkan antibodi yang bertindak menyerang sel-sel saraf yang sihat.Plasmapheresis ini bertujuan membuang antibodi yang terhasil daripada darah.
  • Intravenous Immunoglobulin – Immunoglobulin yang diberikan akan bertindak menghalang/menyekat antibodi penyebab Guillain-Barré Syndrome.
  • Rawatan yang lain seperti terapi fizikal akan diberikan kepada anda.Oleh kerana anda tidak dapat bergerak di dalam jangka masa yang lama, otot(muscle) akan mengalami situasi dipanggil hypotrophy, dimana saiz dan fleksibliti otot berkurang. Tangan dan kaki anda akan digerakkan oleh pengamal perubatan supaya anggota badan anda kekal fleksibel.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan Guillain-Barré Syndrome?

Setakat ini, kita masih tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan Guillain-Barré Syndrome. Namun, kebiasaanya seramai dua per tiga pesakit  Guillain-Barré Syndrome mempunyai masalah cirit birit atau batuk dan selsema sebelum menghidap penyakit ini. (Center for Disease Control and Prevention, CDC).

Antara faktor yang menyebabkan Guillain-Barré Syndrome ialah jangkitan bakteria bernama Campylobacter jejuni. Campylobacter jejuni merupakan bakteria yang bertanggungjawab dalam menyebabkan diarrhea. Bakteria ini, pada kebiasaannya dijumpai di dalam makanan yang tidak dimasak dengan sepenuhnya terutama makanan berasaskan haiwan ternakan.

Rujukan :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.