Terdapat beberapa pertanyaan dan kekeliruan berkenaan apa yang dikatakan sebagai ‘Virtual Autism(VA)’ ataupun ciri-ciri autisme(traits) yang berlaku akibat penggunaan alat peranti, skrin elektronik atau gadjet(alatan maya)

Pertama sekali virtual autism BUKAN dan TIDAK SAMA dengan AUTISM SPECTRUM DISORDER(ASD).

ASD merangkumi pelbagai aspek berinteraksi secara social, berkomunikasi dari segi verbal/non-verbal(bercakap atau tidak) dan aktiviti/tingkahlaku yang berulang dan/atau terbatas. Sekiranya ciri-ciri tersebut tiada, maka ianya bukan ASD.

Virtual autism pula hanyalah ciri-ciri(traits) diatas yang TIDAK menepati kriteria ASD tersebut dan jika sebahagian daripada ciri-ciri ASD wujud, ianya hilang dengan berhenti menggunakan gadjet dalam kehidupan seharian kanak-kanak itu.

Terma Virtual Autism diperkenalkan oleh seorang ahli psychologist klinikal daripada Romania yang bernama Dr Marius Zafir dimana beliau mendapati dalam kajian selama 6 tahun, 90 peratus kanak-kanak hilang ciri-citi autisme mereka sekiranya penggunaan gadjet dikurangkan atau diberhentikan. Terdapat pelbagai kajian retrospektif(menilai kesan daripada silam) dan prospektif(kesan pada masa depan akibat tindakan sekarang) yang menunjukkan hasil kajian sebegitu. Namun begitu ianya BUKANLAH sejenis condition yang rasmi/official.

Namun begitu kajian-kajian tersebut terlalu kecil untuk dinilai sebagai kayu pengukur populasi. Kanak-kanak yang dinilai pula tidak memenuhi kriteria classical ASD seperti yang disebutkan diatas. Tiada juga perbandingan dengan kanak-kanak yang tak pernah terdedah dengan gadjet tapi ada ciri-ciri VA dan tidak juga memenuhi kriteria ASD. Bilangan kanak-kanak yang kecil dalam berdasarkan berdasarkan latarbelakang ekonomi yang tinggi sahaja diambil kira. Kajian itu juga menunjukkan tiada perbezaan tingkahlaku dan aktiviti untuk kanak-kanak yang sememangnya telah didiagnose mengalami ASD walaupun penggunaan gadjet dikurangkan/dihentikan.

Sebagai contoh, anak ada masalah komunikasi tapi bukan tiada langsung(speech delay). Boleh bercakap tapi sukar berkomunikasi dengan baik sebab perbendaharaan kata(vocabulary) kurang atau terbatas. Apa yang diperlukan sebenarnya adalah merangsang perbualan dua hala antara individu dengan kanak-kanak tersebut. Penggunaan gadjet sebagai pengganti/babysit itu sendiri yang sebenarnya membantutkan proses tersebut.

Walaubagaimanapun, hasil kajian-kajian tersebut turut menunjukkan perlu penilaian dan kajian secara terkawal(controlled studies) secara lebih besar dan merangkumi semua aspek ASD(yang bagaikan warna pelangi pelbagai jenis). Ianya turut juga menunjukkan hasil kajian yang menjurus kepada keburukan penggunaan gadjet pada usia muda kanak-kanak, dimana stimulasi dan interaksi secara nyata(real life) jauh lebih penting untuk perkembangan kanak-kanak berbanding secara maya(virtual). Dimana pada zaman serba moden ini, segelintir ibubapa tidak peka atau lalai dalam membantu sikecil menjalani proses tersebut.

Rujukan:

Oestreicher, L., The Pied Pipers of Autism—How TV, Video, and Toys Cause ASD. 2011: Merced.

Spatial navigation from same and different directions: The role of executive functions, memory and attention in adults with autism spectrum disorder. Ring M, Gaigg SB, de Condappa O, Wiener JM, Bowler DM. 2018 Feb 5. doi: 10.1002/aur.1924

Motor learning characterization in people with autism spectrum disorder: A systematic review. de Moraes , Massetti , Crocetta T, da Silva , de Menezes , Monteiro , Magalhães.

Heffler, K.F. and L.M. Oestreicher, Causation model of autism: Audiovisual brain specialization in infancy competes with social brain networks. Medical hypotheses, 2015

Dunckley, V.L., Reset Your Child’s Brain: A Four-Week Plan to End Meltdowns, Raise Grades, and Boost Social Skills by Reversing the Effects of Electronic Screen–Time. 2015: New World Library.