86Shares

Vektor ialah sejenis agen mudah alih ‘mobile agent’ yang menyebar, membawa ataupun memindahkan satu patogen (virus) daripada perumah (manusia ataupun haiwan) kepada yang lain. Vektor termasuk serangga (nyamuk, lalat, pepijat, kutu, hama). Malah, terdapat dua jenis proses pemindahan bagi vektor iaitu mekanikal (lalat rumah dan bakteria; cirit-birit) dan biological (nyamuk dan virus) yang boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit seperti demam kuning afrika dan juga demam denggi.

Jenis-jenis vektor yang berlainan:
a. Vektor ‘Enzootic’ – ‘Feeders’ khusus yang memulakan/meningkatkan aktiviti virus di perumah ‘reservoir hosts’.
b. Vektor ‘Bridge’ – ‘Feeders’ oportunis yang memindah virus di antara perumah vertebrata yang berbeza. Sesetengah spesies akan beralih pilihan sebagai contoh daripada burung kepada mamalia apabila terdapat perubahan musim dimana kemudianya menjadi vector ‘epizootic’.
c. Vektor ‘Epidemic’ – ‘Feeders’ manusia/perumah asli ataupun ke atas manusia semata-mata sebagai contoh haiwan ke manusia, manusia ke manusia.

Apa kaitannya Penyakit dan Zoonosis?
Dari sudut ekologi, penyakit boleh diertikan sebagai sesuatu keadaan haiwan atau manusia yang tidak berupaya lagi untuk menyesuaikan dirinya kepada lingkungan atau persekitarannya. Penyakit boleh diakibatkan oleh patogen. Walau bagaiamnapun adanya patogen dalam jasad kita tidak semestinya menyebabkan penyakit. Penyakit timbul akibat kesemua atau salah satu daripada faktor berikut:
1. Perubahan persekitaran hinggakan organisma tidak berupaya untuk menyesuaikan dirinya.
2. Perubahan pada badan organisma yang tidak sesuai kepada persekitaran luar.
3. Kegagalan organisma untuk beradaptasi terhadap perubahan persekitaran.
Tiga faktor di atas merupakan intisari penting untuk homeostasis badan. Saling tindakbalas antara persekitaran luar dan dalam amat penting dalam menentukan kesihatan tubuh. Saling tindakbalas ini adalah sama, baik pada peringkat organisma satu sel ataupun multisel, sebagai contoh tubuh manusia. Tubuh mempunyai had untuk menampung sesuatu penyakit. Apabila tubuh sudah tidak berupaya lagi menahan pemyakit, maut akan menimpa. Tolerans terhadap penyakit dan keupayaan untuk menyesuaikan diri menurun apabila umur meningkat. Ketoleranan penyakit juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pada masa haid dan masa hamil.
Sebagai contoh terbaik penyakit berjangkit bawaan nyamuk di Malaysia ialah demam denggi/denggi berdarah iaitu vektornya nyamuk Aedes aegypti and Aedes albopictus. Terdapat beberapa infografik yang telah disediakan oleh pihak kami (Root of Science) di dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya penyakit ini sekiranya kita mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Harus diingat ianya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi kesanya juga kepada orang lain.

Rujukan:
Arbain Kadri. 1990. Entomologi Perubatan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Cameron Webb. 2016. Vector-borne Diseases. Department of Medical Entomology, University of Sydney & Westmead Hospital. New South Wales.
Graham, H. 1903. The dengue. A study of its pathology and mode of transmission. J. Trop. Med. (London) 6:209–214.
Go, Yun & Balasuriya, Udeni & Lee, Chong-Kyo. (2014). Zoonotic encephalitides caused by arboviruses: Transmission and epidemiology of alphaviruses and flaviviruses. Clinical and experimental vaccine research. 3. 58-77.
Nur Faeza Abu Kassim & Azari Mat Yasir. 2017. Infografik Kesedaran Mengenai Denggi. Root of Science. Kuala Lumpur.

-NFAK-