1321Shares

Laporan semalam mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai alat pemantauan Internet yang dapat mengenal pasti pengguna yang melayari laman pornografi di negara ini. Alat ini nampaknya berada di bawah bidang kuasa Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC).

Alat yang dipanggil Internet Crime Against Children – Child Protection Service Online (ICACCOPS) telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Menurut laporan itu, alat ini dapat mengumpul data termasuk alamat IP, lokasi, butiran laman web, dan jumlah masa yang dibelanjakan pengguna di laman web. Setelah dilancarkan pada bulan februari, salah satu objektif utama MICAC adalah untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak terutamanya di  laman maya. Selain daripada menggunakan teknologi, unit ini juga bergantung kepada pertukaran maklumat antara agensi-agensi berkaitan tempatan dan juga pihak tertentu di peringkat antarabangsa.

(Image: Supian Ahmad/New Straits Times)

Sumber: lowyat

BAGAIMANA PROGRAM TERSEBUT DIJALANKAN?

Sebelum semua orang mula mempersoalkan tentang pencerobohan privasi, dan pelanggaran hak pengguna, marilah kita memecah beberapa butiran teknikal. Pertama, teknologi ini mungkin hanya terhad untuk mengesan fail-fail yang dikongsi pada rangkaian ‘peer to peer’ (p2p) sahaja. Rangkaian peer-to-peer (P2P) dibuat apabila dua atau lebih PC disambungkan dan berkongsi sumber tanpa melalui komputer pelayan berasingan. Walaupun tanpa sistem pemantauan yang canggih, ia sentiasa boleh untuk mengesan dan memantau fail yang dikongsi di rangkaian p2p, tanpa mengira isi kandungannya.

Ia akan mencari dan menentukan dalam proses berbentuk ‘real time”, selama 24/7, pengguna Internet melayari laman-laman ini dan membina “pusat data” bagi individu-individu ini – termasuklah memerhati portal apa yang mereka kerap kunjungi, berapa lama mereka belanjakan di laman web, dan fail yang mereka muat naik dan muat turun – yang akan membantu pihak berkuasa dalam mendakwa mereka.

Walaupun teknologi ini sedikit ketinggalan untuk membendung gejala menonton video lucah secara meluas, namun ia adalah satu langkah yang baik dalam mengurangkan pelayar laman sesawang tersebut.

Sumber: NST  &   lowyat.net