0Shares

Ada orang kata jangan stress sangat, nanti kena penyakit. Itu adalah frasa yang tepat untuk mengambarkan mereka yang mengalami stress yang kronik. Ini kerana stress menyebabkan badan menghasilkan beberapa jenis kompaun dan juga hormon yang akan menyebabkan perubahan dalam sistem badan anda.

Stress melemahkan imun sistem

Seseorang yang mengalami stress berpanjangan akan menghasilkan hormon yang dinamakan sebagai kortisol. Hormon kortisol membantu dalam beberapa perkara seperti meningkatkan gula dalam darah, membantu penghasilan memori jangka pendek, membantu rembesan jus gastrik dan sebagainya.

Tetapi ia juga boleh menyebabkan beberapa perkara negatif yang lain jika kandungannya tinggi di dalam darah. Perkara tersebut adalah seperti mengurangkan bilangan sel darah putih dalam badan, mengurangkan ketumpatan tulang dalam darah, meningkatkan risiko permulaan penyakit schizofrenia dan sebagainya.

Stress boleh memberi kesan kepada imun sistem melalui 2 cara:

  1. Dengan menyebabkan keradangan kronik yang merosakkan tisu badan
  2. Dengan merencatkan sel imun yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman

Hormon ini juga akan menyebabkan sel imun tidak mampu menghasilkan protein yang berfungsi memberi isyarat diantara sel imun yang lain. Ini menyebabkan imun sel bernama limfosit(salah satu sel darah putih) akan berkurangan bilangannya dalam darah.

Limfosit berfungsi untuk mengenalpasti dan membunuh kuman yang masuk ke dalam badan. Dengan jumlah sel imun yang berkurangan, badan akan lebih mudah untuk dijangkiti kuman dan mendapat penyakit.

Stress dan penyakit lain

Disebabkan stress juga menyebabkan keradangan yang kronik di dalam badan, maka ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang lain kerana kerosakan tisu yang dilakukan oleh keradangan tersebut.

Beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku disebabkan perkara ini adalah:

Kesimpulan

Stress bukanlah sesuatu yang merbahaya. Sesetengah keadaan ia berguna dan diperlukan untuk seseorang itu berjaya. Ini kerana rasa stress adalah sesuatu mekanisma yang telah berada di dalam badan kita digunakan untuk berhadapan sesuatu yang mengancam dirinya ataupun membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Oleh itu, jika anda stress seketika itu adalah sesuatu yang biasa. Tetapi jika anda mengalami stress yang berpanjangan, anda perlu melakukan sesuatu agar anda tidak mendapat penyakit daripada masalah tersebut

Rujukan: Morey, J. N., Boggero, I. A., Scott, A. B., & Segerstrom, S. C. (2015). Current Directions in Stress and Human Immune Function. Current Opinion in Psychology, 5, 13–17. http://doi.org/10.1016/j.copsyc.2015.03.007