349Shares

Suplemen untuk kulit dan kesihatan?? Kebanyakan individu di kalangan masyarakat percaya bahaya suplemen dan juga vitamin dapat meningkatkan kesihatan dan kencantikan kulit seseorang yang mengambilnya.

Bahkan terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan produk supplement dan makanan tambahan dengan harga yang sangat mahal berserta testimoni yang sangat melampau.

Sebagai contoh, ada yang menyatakan produk sekian-sekian mampu menyembuhkan kencing manis, kanser, penyakit darah tinggi dan memutihkan kulit. Sedangkan tiada kajian secara terperinci dibuat ke atas produk tersebut.

Berbekalkan marketing berserta testimoni yang berat sebelah, mereka berjaya memikat hati para pelanggan dan mengaut untung yang sangat banyak

Adakah vitamin dan suplemen membantu untuk meningkatkan kesihatan seseorang?

Kajian terbaru telah dibuat untuk melihat kesan penggunaan vitamin dan suplemen kepada kesihatan seseorang.

Mengikut kajian yang telah dibuat daripada tahun 2012 hingga 2017 itu, kebanyakan daripada suplemen yang diambil adalah vitamin C, Vitamin D, calcium dan juga multivitamin telah terbukti tidak mengurangkan risiko untuk menghadapi serangansakit jantungstrok dan juga kematian.

Mengikut kenyataan Dr Jenkins iaitu salah seorang pengkaji, “Kami tidak sangka kajian ini hanya menemukan sedikit kesan positif sahaja bagi mereka yang mengambil supplement”.

“Kajian kami mendapati penggunaan multivitamin, vitamin D, calcium dan vitamin C tidak memberi sebarang kelebihan kepada orang yang mengambilnya”

Kajian yang diterbitkan dalam “Journal of the American College of Cardiology” walaubagaimanapun telah menunjukkan kesan positif yang sedikit dengan pengambilan asid folik dan juga vitamin B dalam menurunkan risiko untuk terkena serangan sakit jantung dan strok (angin ahmar).

Mereka juga menjumpai perkara yang sebaliknya iaitu pengambilan bahan antioksida yang bercampur dan penggunaan mineral niacin akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat serangan sakit jantung dan strok. Ini kerana niacin boleh meningkatkan kandungan gula di dalam darah

Kajian tersebut menyatakan tiada bukti bahawa vitamin C, D, calcium dan beta-cerotene mengurangkan risiko untuk terkena serangan sakit jantung, strok mahupun memanjangkan umur seseorang

Apakah maksud semua ini?

Penulis menekankan bahawa kajian berkenaan keberkesanan suplemen dan juga vitamin adalah sangat jarang dibuat sebelum ini. Begitu juga khabar angin yang mengatakan bahawa pengambilan vitamin ini mampu memanjangkan umur seseorang.

Kajian yang lepas juga telah menunjukkan pengambilan mineral dan antioksidan yang berlebihan akan menyebabkan kekurangan mineral yang lain terutamanya mineral zink dan zat besi. Ini kerana ia menghalang mineral penting tersebut untuk diserap oleh badan

Dan sudah tentunya ini bukanlah kali pertama para saintis telah membuktikan pengambilan suplemen dan vitamin secara berlebihan akan membantu dalam kesihatan

Jadi pengambilan vitamin tidak mempengaruhi status kesihatan seseorang yang telah sihat ataupun mengelakkannya daripada sebarang penyakit

Kesimpulan

Perkara yang kami ingin simpulkan disini bahawa tiada jalan pintas untuk diet yang sihat kecuali dengan mempraktikkan diet yang sebenar-benarnya sihat.

Anda boleh mengambil apa suplemen bertujuan untuk menambah nutrien yang kurang di dalam badan anda sebagai contohnya jika anda selalu mengalami pendarahan yang banyak ketika haid sehingga menyebabkan anda kekurangan darah, anda dinasihati untuk mengambil vitamin c dan zat besi untuk menambah sel darah dalam badan. Perkara ini pun perlu kepada nasihat seorang doktor

Tetapi jika datang kepada anda seorang yang menjual suplemen dengan memberikan testimoni yang gempak, ketahuilah dia sebenarnya lebih minat kepada duit dalam poket anda berbanding kesihatan anda.

Akhir sekali Dr Jenkins menyatakan,”Setakat ini, tiada kajian pada suplemen yang memberi kebaikan pada kesihatan berbanding dengan diet sihat daripada tumbuh-tumbuhan”.