0Shares

Sejak beberapa hari lepas tular kisah berkenaan Child Birth Educator atau nama glamernya doula yang dikatakan terlibat dan mempengaruhi seorang ibu untuk melahirkan anak dirumah(homebirth). Boleh tahan ramai juga rakyat marhaen yang tidak tahu mahupun kenal doula tu apa(bukan kuih). Mari kita rungkaikan satu persatu.

Perkataan doula sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani purba yang membawa maksud “hamba wanita/female slave”. Disebut sekali nafas(du-la). Macam shark doo doo tu. Bukan dollah. Bukan dodol. Bukan daulah. Bukan donut juga.

Amalan ini sebenarnya bukan baru malah turut diamalkan seawal kewujudan maksud doula tersebut. Masyarakat Yunani ketika itu mengalami banyak kejadian dimana ibu meninggal dunia ketika bersalin. Mereka mendapati bila terdapat seorang lagi insan yang membantu dalam menenangkan, melayan segala ragam dan makan sumpah maki hamun si ibu yang tengah kesakitan ketika bersalin, kadar tersebut semakin berkurang(tapi tidak serendah zaman sekarang). Golongan yang sering dipertanggungjawabkan untuk peranan tersebut adalah golongan hamba/orang suruhan.

Peranan mereka pula adalah sebagai PENEMAN/PENDAMPING yang TIDAK mempunyai kemahiran atau kelayakan perubatan sebelum, ketika atau selepas kelahiran seorang ibu mengandung dan keluarga ibu tersebut, disamping memberikan sokongan emosi dan bantuan fizikal. So dalam erti kata lain, orang paling layak jadi doula ni adalah SUAMI kepada ibu yang melahirkan tersebut. Jangan buat je reti tapi tolong ibu serba serbi malas. Haa.

Diluar negara, ramai doula ini juga turut mempunyai latarbelakang perubatan. Malangnya di Malaysia pula ramai yang sebaliknya. Tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan asas dalam bidang perubatan apetah lagi tentang kelahiran. Kelas yang mereka pergi juga adalah terlalu ringkas dan basic (21jam) untuk diangap sebagai panduan berkenaan ilmu kelahiran.

Sebagai kesimpulan, doula ini BUKAN bidan. BUKAN juga seseorang yang mempunyai kemahiran/kelayakan dalam menyambut kelahiran. Mereka tiada lesen untuk berbuat sedemikian.

Amalan yang sering kali dipromosikan oleh doula pula apa yang dipanggil sebagai gentle birth. Ianya merupakan amalgam(campur aduk beberapa perkara menjadi satu). Ada 3 komponen atau pengaruh utama.

Secara mudahnya, ia merupakan satu pendekatan kelahiran dimana aktiviti yang tidak dianggap sebagai alami dalam proses kelahiran tidak diamalkan. Dalam erti kata lain, untuk TIDAK menjadikan proses melahirkan itu sebagai proses perubatan(medicalization of childbirth)

Yang sering kita dengar iaitu Amani Birth secara khususnya sebab ini sebenarnya diambil daripada Bradley’s Method, sejenis fahaman kelahiran yang diasaskan oleh seorang doktor bernama Dr Robert A Bradley. Sampai hari ni anak-anak beliau masih meneruskan pergerakan tersebut tapi masih utuh dan stay true pada asasnya, iaitu SUAMI atau seseorang memainkan peranan sebagai support system yang penting. Sebab Dr Bradley ini juga membesar dalam ladang, banyak contoh dan teori yang dipakai ambil daripada binatang seperti lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya.

Beliau turut mendapati bahawa bila dia belai, bercakap, membantu pernafasan haiwan-haiwan tersebut, makhluk-makhluk itu semuanya lebih mudah untuk beranak dan mengalami komplikasi yang lebih rendah.

Tapi ramai yang tak tahu Dr Bradley ni sebenarnya turut juga dipengaruhi oleh 2 orang individu yang merupakan doktor juga yang menyokong fahaman natural childbirth(bersalin alami 100%) pada awal abad ke-20(1930-an)

Yang pertama adalah Dr Grantly Dick Read(seriously nama dia memang gitu) daripada UK yang pernah dibuang kerja oleh rakan-rakan doktor bidan yang lain sebab dia suka pengsankan pesakit dia pakai chloroform(yang dalam movie selalu kita tgk tutup mulut org tu) instead of ether yang digunakan waktu itu.

Sampailah dia ada satu pesakit berkeras taknak pakai chloroform tersebut dan beranak secara alami. Daripada kes tersebut Dr Grantly buat hypothesis dimana kalau ibu TIDAK STRESS dan TIDAK TAKUT BERSALIN, maka si ibu tidak akan mengalami kesakitan ketika bersalin.

Tapi dia ni juga merupakan seorang anti feminist sebab anggap wanita ni kerja mereka hanyalah sebagai kilang buat anak. Walaupun buku beliau terkenal dikalangan doktor lelaki, golongan bidan dan wanita boikot dia sampai tiada siapa nak pergi bersalin dengan dia.

Yang kedua pula adalah Dr Frederick Leboyer daripada Perancis. Dia tak hardcore macam macam Dr Grantly tapi dia juga orang pertama yang EXPERIMENT dengan pesakit2 dia yang melahirkan dengan mencampurkan pelbagai fahaman-fahaman daripada pelbagai kaum dan bangsa(time tu perancis ramai pendatang/immigrants). Maka pelbagai amalan bangsa-bangsa lain dia buat seperti selepas beranak terus letak dalam air(lepas tu orang lain modify dan asaskan maka terciptalah WATERBIRTH/beranak dalam air).

Dia juga turut memperkenalkan amalan bertafakur dalam gelap untuk beranak(amalan kaum Gypsy) dan pasang lagu-lagu instrumental(budaya kaum Riffian utara Morocco) yang kemudiannya orang lain modify/alih ubah variasinya menjadi HYPNOBIRTH.

Amalan kaum Jarawas daripada India pula adalah dimana uri tidak dikepit dan dibiarkan sahaja sampai tanggal sendiri. Sekarang ni kita panggil benda tu Lotus Birth ataupun Delayed Cord Clamping. Dr Leboyer ini hanya publish buku pada tahun 1974 tapi dah amalkan semua perkara tersebut untuk berpuluh tahun lamanya.

So semua pengasas amalan2 tersebut(Dr Bradley, Dr Grantly dan Dr Frederick) tiada seorang pun yang beragama Islam, semuanya lelaki dan semuanya adalah doktor perubatan pada zaman mereka masing-masing.

Namun begitu tiada nas, dalil mahupun rujukan yang mengatakan Gentle Birth ada asas dalam Islam. Kelahiran fitrah tidak sama dengan amalan-amalan GENTLE BIRTH.

Sekarang dah tau apa itu gentle birth, bagus ke sebenarnya amalan ini? InsyaAllah kita rungkaikan dengan lebih lanjut pada bahagian seterusnya.

Rujukan:

A gentle birth without violence (Frédérick Leboyer)

Bowers B. B. Mothers’ experiences of labor support: Exploration of qualitative research. Journal of Obstetric, Gynecologic, and Neonatal Nursing. 2002;31(6):742–752

Dawley K. The campaign to eliminate the midwife. The American Journal of Nursing. 2000;100(10):50–56

Doulas of North America [DONA]. (n.d.). What is a doula? [Brochure]. Seattle, WA: DONA International.

Gilliland A. L. Beyond holding hands: The modern role of the professional doula. Journal of Obstetric, Gynecologic, and Neonatal Nursing. 2002;31(6):762–769

Hodnett E. D. Pain and women’s satisfaction with the experience of childbirth: A systematic review. 2002. American Journal of Obstetrics and Gynecology, 186(5 Suppl Nature), S160–S172

Pascali-Bonaro D. Childbirth education and doula care during times of stress, trauma, and grieving. Journal of Perinatal Education. 2003;12(4):1–7

Gambar dibawah ini BUKAN doula.