0Shares

Apakah itu delusion(khayalan)? Ianya merupakan sejenis masalah pemikiran yang merangkumi kepercayaan palsu yang tidak dapat diubah(fixed false beliefs). Dalam delusion of grandeur atau grandiose delusions pula, dalam erti kata lain, seseorang yang mengalaminya akan beranggapan bahawa dia jauh lebih hebat, lebih pandai, lebih terkenal, lebih kaya, lebih bagus/kuasa tidak terbatas(omnipotence) daripada orang lain walhal semua perkara itu tidak berlaku secara realiti.

Ianya merupakan salah satu symptom(tanda penyakit) yang boleh hadir dengan sendiri ataupun turut sama dalam penyakit psikiatrik yang lain seperti masalah psikotik, bipolar, schizophrenia, penyalahgunaan dadah(substance abuse) dan juga dementia seperti Alzheimer’s(nyanyuk).

Majoriti khayalan-khayalan ini mempunyai intonasi keagamaan(menganggap diri maksum, mengaku sebagai Imam Mahdi contohnya), sains fiksyen(mengaku hebat dalam pelbagai bidang teknikal yang langsung tiada kaitan antara satu sama lain, contohnya pakar IT, pakar angkasa dan pakar perubatan semuanya orang yang sama) dan mistik/supernatural(dia insan terpilih berbanding orang lain yang sekadar manusia marhaen/biasa tidak istimewa seperti dia).

Kajian telah mendapati mereka yang mengalami masalah ini bersangkut paut secara inversely dengan tahap self esteem(keyakinan dan pandangan individu terhadap diri sendiri) seseorang individu tersebut. Maksudnya lagi rendah self esteemnya, makin hebat dan teruk delusion of grandeur itu yang dialami. Ianya juga turut berkait dengan masalah depression(kemurungan) dan gemar memandang rendah diri sendiri(negative self evaluations).

Perkara ini juga mempunyai 4 komponen yang utama yang boleh dikenal pasti untuk dikategorikan sebagai mengalami delusion of grandeur berdasarkan Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM V):

1) Individu itu percaya sesuatu itu sebagai realiti untuk beliau(sama ada kaya atau hebat dalam sesuatu bidang) walaupun orang lain dan masyarakat umum sedar semua itu palsu(false existing norm)

2) Individu tersebut tidak akan mendengar atau mengambil kira pandangan orang lain(walaupun ahli keluarga) yang menyatakan kepercayaan itu palsu. Kerana individu tersebut tidak mahu realiti yang dipercayainya(walaupun palsu) musnah sekiranya orang lain mencabar ilusi tersebut(will not consider change despite challanges to the delusion).

3) Isu atau bahan khayalan itu mustahil atau terlalu gempak untuk dipercayai( mengaku anak angkat raja, boleh terbang keliling bumi). Inplausible avhievements tidak tally/bersesuaian dengan kelayakan atau pencapaian sahsiah sendiri(belajar tak habis tapi mengaku mengajar di universiti terkemuka contohnya)

4) Khayalan tersebut mengganggu kehidupan seharian individu tersebut untuk berfungsi atau
contribute/berkhidmat kepada masyarakat dalam apa-apa kapasiti sekalipun. Menjadi mayat hidup yang menyusahkan dan membawa masalah kepada masyarakat umum.

Terdapat pelbagai pendapat bagaimana delusion of grandeur ini timbul dan 2 teori utama diketengahkan:

1) As defense – ianya merupakan satu tindak balas semulajadi(natural) yang dipamerkan sebagai coping mechanism(langkah nak sedapkan hati) bila individu tersebut melihat orang lain sebenarnya lebih berjaya/bahagia/bertuah daripada dia. Contohnya jiran beli rumah atau kereta besar, dia terpaksa berkhayal dimana dia juga mampu untuk membeli semua perkara tersebut. Dalam erti kata lain, terpaksa meninggikan diri sendiri.

2) As emotion consistency – sebagai langkah diri sendiri mengawal emosi supaya nampak seolah-olah bukan orang lain sahaja hebat malah individu itu sendiri hebat. Contohnya orang lain berkelulusan tinggi dan kerja hebat bidang korporat, individu tersebut akan sedaya upaya merendahkan pencapaian orang lain. Dalam erti kata lain, terpaksa merendahkan orang lain supaya dia tidak nampak ketinggalan atau pencapaian tidak setinggi orang lain.

InsyaAllah bahagian seterusnya kita mendalami bagaimana hendak mengatasi dan menerima jenis-jenis rawatan sekiranya mempunyai masalah ini.

Kita sebagai masyarakat penyayang seharusnya tidak mengambil enteng atau memandang serong/sinis masalah mental yang dialami seperti ini. Kerana pelbagai bantuan dapat dihulurkan untuk mereka yang memerlukan. Langkah pertama adalah membuang prejudis dan salah anggap terhadap pesakit-pesakit yang mengalaminya. Barulah kita dapat menilai dan membantu dengan sebaiknya(empathy).

American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, ed. 5. Washington, DC: APA Press.

Fochtmann, L.J. (2005). Treatment of other psychotic disorder. In Sadock, B.A., Kaplan, V.A., Ruiz, P. (Eds). Kaplan and Sadock’s Comprehensive Textbook of Psychiatry, ed. 8. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins, 1545-1550.

Maina, G., Albert, U., Badà, A., & Bogetto, F. (2001). Occcurrence and clinical correlates of psychiatric co-morbidity in delusional disorder. Eur Psychiat, 16(4), 222-228.

O’Connor, K. et al. (2007). Treating delusional disorder: a comparison of cognitive-behavioural therapy and attention placebo control. Can J Psychiatry, 52(3), 182-190.

Silva, S.P., Kim, C,K., Hoffman, S.G., Loula, E.C. (2003). To believe or not to believe: Cognitive and psychodynamic approaches to delusional disorder. Harv Rev Psychiatry, 11(1), 20-29.