0Shares

Jumlah wap air yang boleh ditampung bergantung kepada suhu udara. Apabila udara naik, suhunya akan jatuh dan sebahagian kelembapan itu akan terkondensasi kepada titisan air ataupun ais kristal, lalu membentuk awan.

 

Bagaimana Awan terbentuk?

Suhu udara akan jatuh apabila semakin tinggi. Ketinggian dimana wap air terkondensasi dikenali sebagai tahap pemeluwapan dimana ianya bergantung kepada kelembapan udara. Udara akan naik secara perolakan dari suhu yang lebih di dataran. Suhu akan jatuh lebih kurang 10 darjah Celsius per kilometer, dan ini sangat hampir dengan tahap pemulwapan tersebut. Maka, apabila melepasi tahap pemulwapan tersebut, wap air akan terkondensasi menjadi titisan ataupun nukleus pemeluwapan awan yang membentuk awan kumulus. Awan tersebut akan diarak oleh angin dan membawanya ke tempat lain. Sekiranya suhu di daratan masih lagi panas, perolakkan akan terus berlaku dan proses ini berulang-ulang.

 

Selain proses perolakan yang berlaku, ada juga proses lain yang dikenali sebagai orografik ataupun kenaikan ‘frontal’. Orografik berlaku apabila udara dipaksa untuk naik sewaktu melintasi dataran yang tinggi. Ini akan membentuk jenis awan yang stratus. Frontal berlaku apabila udara sejuk menolak udara yang panas dihadapannya lalu udara panas ini menaik. Lapisan awan jenis stratus akan terbentuk juga pada hadapan udara yang panas dan sejuk tersebut.

 

Klasifikasi Awan

Nama-nama awan ini diberikan pada tahun 1803 oleh seorang meteorologist Inggeris, Luke Howard. Beliau menggabungkan sebutan Latin untuk menggambarkan ciri-ciri awan tersebut seperti alto bermaksud tinggi, cirrus bermaksud berputar, cumulus bermaksud timbunan, dan stratus bermaksud lapisan.

Jenis-jenis awan (Diambil dari: http://biologicalexceptions.blogspot.my/2014/08/getting-high-on-life.html)

 

Jenis-jenis awan

Kebanyakkan awan terbentuk di lapisan troposfera dan juga jarang terbentuk di mesofera dan stratosfera. Jenis-jenis awan adalah seperti berikut:

  • Cirrostratus

Terdiri dari ais kristal yang halus di sepanjang langit. Ianya juga menandakan hujan akan berlaku.

  • Cirrus

Berupa filamen yang memanjang, sempit, dan licin ataupun bertompok putih. Awan cirrus ini selalunya berserabut. Awan yang tinggi ini terdiri dari ais kristal sepenuhnya. Ekor awan ini terbentuk oleh angin yang kuat. Ianya juga menandakan angin yang kuat bakal tiba.

  • Cirrocumulus

Awan ais kristal yang tinggi ini membentuk lapisan yang membulat (hampir) kecil dan kelihatan membengkak. Ianya juga terbentuk apabila awan cirrus berpecah kepada tompok-tompok kecil.

  • Cumulonimbus

Awan ini membentuk seperti udara yang menaik melalui proses perolakan. Ia membawa hujan yang lebat (precipitation) dan kadang kalanya ribut petir. Ianya terbentuk oleh ketidakstabilan udara dimana udara panas akan naik berterusan oleh haba pendam. Awan ini selalunya terbentuk di negara kita.

  • Altostratus

Ianya juga seperti cirrostratus, tetapi terbentuk pada pertengahan langit. Ianya agak berserabut dan tidak kelihatan.

  • Altocumulus

Awan ini juga terbentuk dipertengahan langit, tetapi berbentuk seperti gelombang yang berbulu. Ianya tidak meramalkan apa-apa cuaca yang akan berlaku.

  • Nimbostratus

Awan yang berkelabu ini membentuk lapisan yang sekata. Ianya selalu menggaburi matahari dan bulan. Ia membawa hujan atau salji yang berterusan.

  • Stratocumulus

Awan yang rendah ini adalah awan yang bertompok-tompok dimana matahari boleh memancarkan sinarnya di celahan awan tersebut.

  • Cumulus

Udara panas yang menaik secara perolakan ini membentuk awan ini.

  • Stratus

Awan yang rendah ini kelihatan kelabu yang samar-samar. Kadang-kadang juga ianya lebih nipis untuk matahari dan bulan kelihatan.

 

Terdapat juga awan-awan yang pelik terbentuk seperti:

  • Altocumulus lenticularis

Terbentuk seperti piring terbang. Ianya berlaku didalam gelombang apabila udara yang stabil menaik lebih dari tahap pemulwapannya lalu melepasi tanah tinggi dan tenggelam semula.

Altocumulus lenticularis (Diambil dari: https://www.stormeyes.org/tornado/SkyPix/lenticul.htm)

  • Mammatus

Pembentukan awan yang membonjol ini kadang-kadang tergantung dari bahagian bawah awan ribut besar yang kuat. Mamma dalam Bahasa latin membawa maksud dada.

Mammatus (Diambil dari: https://weather.com/sports-recreation/news/sky-watching-mammatus-20130227)

  • Caps

Awan yang rata terbentuk diatas puncak gunung. Ianya terbentuk oleh udara yang menaik secara orografik yang lebih dari tahap pemulwapannya.

Cap (Diambil dari: https://www.newscientist.com/gallery/dn17178-extraordinary-clouds/)

 

Jenis-jenis awan ini diberikan namanya kerana rupa bentuknya dan kadang kalanya oleh ketinggian yang mana ianya terbentuk. Ketinggian ini bergantung juga sejauh mana perubahan suhu yang jatuh ke paras suhu ‘dew point’. Apabila ianya tepu, dan titisan air ini akan mula terkondensasi. Makin lembab udara, makin rendah awan ini berada. Had ketinggian kategori-kategori awan ini lebih tinggi di kawasan tropika berbanding di kutub. Umumnya, awan yang tinggi terdiri dari ais kristal, awan pertengahan dan rendah terdiri dari titisan air. Namun begitu, cumulonimbus terdiri dari dua iaitu ais kristal dan titisan air.

 

Kabus juga adalah awan yang berlaku di dataran yang menyebabkan penglihatan berkurangan. Kebanyakkan kabus terdiri dari titisan air, tetapi kabus yang membeku terdiri dari ais kristal. Jenis-jenis kabus yang ada terdiri dari kabus ‘advection’, ‘radiation’, dan kabus bukit.

 

Salji

Apabila udara menaik, suhu akan jatuh. Maka, apabila suhu ini jatuh dibawah paras beku, wap air ini akan terkondensasi kepada ais kristikal berbentuk heksagonal yang menolaknya keatas (dalam awan). Apabila kristal-kristal ini berlanggar, ianya akan beku bersama, kemudian terbentuknya snowflakes yang lebih berat dan jatuh ke bawah. Sekiranya suhunya tinggi dari suhu beku, snowflakes ini akan cair menjadi hujan. Enam jenis ais kristal yang terbentuk seperti, jarum, kolum, piring, dendrit, bintang, dan kolum bercapped.

 

Rujukan:

Allaby, M, Coenraads, R. R, Hutchinson, S, McGhee, K., O’Byrne, J, and Rubin, K. (2008). The Encyclopedia of Earth A Complete Visual Guide. Weldon Owen Pty Ltd: Sydney, Australia.