878Shares

Internet ini adalah satu dunia maya yang sangat luas. Bukan sekadar ‘Google’. Percaya tak? Dalam dunia maya yang bagaikan tiada sempadan, sebenarnya terkandung bermacam lapisan yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh ramai orang. Anda tahu tentang Facebook,  Amazon, tetapi adakah anda benar-benar tahu apa yang mengintai di laman web yang mesra pengguna dan dihormati ini?

Mari lihat lapisan yang wujud di sebalik dunia maya yang kita sedang layari sekarang.

 

Terdapat 3 lapisan iaitu lapisan atas maya (Surface web), lapisan dalam (Deep web) dan lapisan gelap (Dark web).

Laman Maya Lapisan Atas (Surface Web)
Lapisan atas ini adalah satu lapisan yang selalu kita gunakan. Ianya adalah satu laman yang boleh dicari di enjin carian dan membolehkan pengguna melihat laman web atau halaman seperti Google, Bing, Yahoo dan banyak lagi. 4% daripada kandungan tersedia untuk orang awam di seluruh lautan web.

Laman Maya Lapisan Dalam (Deep Web)
Laman ini adalah suatu laman maya yang tidak dapat dilihat melalui laman carian kerana perlu melepasi kata kunci (passwords) untuk keselamatan. Sebagai contohnya, emel di dalam ‘Gmail‘, penyata bank atas talian, gambar yang dinaikkan di laman mukabuku dan telah ditetapkan sebagai ‘private‘ dan apa-apa laman yang memerlukan kata kunci dan nama untuk memasuki laman tersebut.

Tahukah anda, 96% kandungan boleh didapati di seluruh lautan web.

sumber: medium.com

Laman Maya Gelap (Dark Web & Dark Net)
Laman ini adalah satu laman yang tidak boleh dijumpai menggunakan laman carian tertentu kerana disembunyikan dari pengguna awam. Kebanyakannya digunakan untuk aktiviti haram dan jahat. Kandungan di dalam Web Gelap biasanya didapati menggunakan rangkaian carian Tor.  Disinilah menjadi tempat untuk segala pasaran gelap beroperasi dan melakukan jual beli dan transaksi atas talian. Salah satu laman pasaran gelap yang terkenal ialah Silk Road yang beroperasi dalam jual beli dadah secara haram. Pada bulan Oktober 2013, FBI menutup laman web dan menangkap pemilik tetapi pada bulan November 2013 Silk Road 2.0 kembali beroperasi semula atas talian. Ia dimatikan semula oleh FBI pada tahun 2014.

Bukan sahaja aktiviti jual beli dadah, malah termasuk juga aktiviti jual beli duit palsu, identiti pengguna dan passport secara haram. Juga termasuk perkhidmatan haram, kebocoran berita, pengawasan massa, filem cetak rompak, pornografi kanak-kanak dan lain-lain. Ia hanya boleh diakses dengan menggunakan beberapa alat konfigurasi khusus dan perisian tertentu. 

Untuk sesiapa yang mencuba untuk memasuki laman ini perlu diingatkan bahawa terdapat potensi untuk ditangkap oleh pihak berkuasa dan menghadapi gangguan lain seperti kecurian identiti, penggodaman data dan banyak lagi. 

Tulisan ini dikongsi untuk tujuan pendidikan.

---------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:

Understanding Surface Web, Dark Web, Deep Web and Darknet

The deep web, the dark web, and simple things

https://www.cambiaresearch.com/articles/85/surface-web-deep-web-dark-web—-whats-the-difference