Skip to content

Pentagon diarah untuk menubuhkan Armada Tentera Angkasa Lepas

Setelah lebih kurang satu bulan bercerita berkenaan Armada angkasa, isnin yang lepas Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat telah mengarahkan Pentagon untuk mewujudkan satu armada baru iaitu Tentera Angkasa (Space force). Pengumuman yang mengejutkan itu telah dibuat isnin lepas Ketika waktu mesyuarat bersama ‘National Space Council’.

“Kita telah ada Tentera Udara (Air Force) dan kita juga akan mengadakan Tentera Angkasa (Space Force). Berlainan bahagian tapi sama.” Trump memberitahu wartawan.

“Saya dengan ini mengarahkan Bahagian Pertahanan dan juga Pentagon dengan serta merta memulakan proses bagi penubuhan tentera angkasa (Space Force) sebagai cabang ke-enam dalam bahagian ketenteraan,” Trump menyambung

Sebelum pengumuman dibuat, wartawan tidak diberitahu berkenaan arahan tersebut ataupun dimasukkan ke dalam helaian sebaran yang diberikan kepada media. Terdapat juga sumber mengatakan bahawa Pentagon telah pun mendapat berita tersebut sebelum pengumuman dibuat.

Tidak diketahui adakah ini suatu rancangan yang betul-betul akan terjadi ataupun masih dalam perancangan. Tahun lepas Trump juga telah mengura-urakan rancangannya untuk menwujudkan polis angkasa (Space Corp) dimana kemudian idea tersebut telah dibatalkan.

Pada bulan March, Trump sudah mula menceritakan hasratnya untuk menubuhkan Pasukan Tentera Angkasa dalam satu Konferens di California. Menariknya, pada ketika itu, filem Solo: A Star Wars Story baru sahaja dilancarkan 3 hari sebelum konferens tersebut.

Akan tetapi, walaupun Trump mengarah Pentagon untuk menubuhkan angkatan tentera tersebut, ia tidak bermaksud angkatan tentera tersebut pasti akan ditubuhkan. Tiada tarikh yang diletakkan untuk kita jangkakan berkenaan penubuhan Tentera Angkasa ini. Dan paling penting ia perlu mendapat persetujuan Kongress terdahulu sebelum perkara tersebut dapat dilaksanakan dan untuk mendapat persetujuan kongress pula adalah sedikit sukar kerana ramai dari ahli kongress selalu mengkritik polisi Trump yang terbaru.

Sumber: IFLscience

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − nine =