0Shares

Serangan sakit jantung adalah penyebab kematian terbesar di dunia. Ia adalah punca kepada lebih 17 juta kematian setiap tahun.

Dengan menghapuskan Lemak Trans dalam makanan, World Health Organization (WHO) menjangkakan kebanyakan negara dapat menyelamatkan lebih 500,000 nyawa dalam setahun.

WHO baru sahaja melancarkan perancangan untuk mengharamkan penggunaan lemak trans di seluruh dunia dan jangkaan untuk berjaya adalah pada tahun 2023

Kebanyakkan negera telah pun mengharamkan penggunaan lemak trans dalam makanan, tetapi kilang makanan di Afrika dan juga Asia Selatan termasuk Malaysia masih lagi menggunakan produk berbahaya ini

Apakah itu Lemak Trans?

Lemak trans adalah lemak yang terhasil daripada proses penghidrogenan lemak tidak tepu kepada lemak tepu. Sebagai contohnya minyak sayuran yang diproses untuk menghasilkan lemak tepu. Dalam proses tersebut, lemak tersebut juga akan bertukar kepada lemak trans. Produk yang terhasil inilah yang kita panggil sebagai marjerin.

Selalunya proses ini dilakukan supaya minyak tersebut tahan lama dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lagi sebagai contoh dalam pembuatan kek dan biskut.

Berlainan dengan mentega (butter). Mentega dihasilkan daripada susu haiwan dan mengandungi lemak tepu sahaja tanpa lemak trans. Oleh itu, jika anda hendak membeli bahan untuk membuat kek, pilihlah mentega berbanding marjerin ini kerana kesannya kepada kesihatan adalah lebih rendah berbanding lemak trans.

Bagaimana mengenalpasti beza di antara mentega (butter) dan marjerin?

Terdapat pelbagai produk di dalam pasaran hingga menyebabkan para pengguna tidak boleh membezakan mana satu mentega (butter), mana satu marjerin. Disamping itu, ada juga pengilang yang menggunakan nama ‘butter’ sebagai jenama hingga membuatkan pengguna tertipu kerana menganggap itu sebagai mentega. Sebenarnya tidak, ia adalah marjerin.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk melihat label pada marjerin/mentega tersebut walau jenama apa sekalipun untuk memastikan ia adalah mentega.

Produk yang mengandungi marjerin selalunya akan ditulis mengandungi ‘partially hydrogenated vegetable oil‘. Produk seperti ini perlulah ditinggalkan. Manakala. mentega pula dihasilkan daripada susu.

Label makanan ini menunjukkan ia mengandungi lemak trans(trans fat) dan Partially hydrogenated soybean oil. Bermaksud ini adalah marjerin

Ini adalah contoh mentega. Ia mengandungi susu dan kosong lemak trans

Kesan Lemak Trans kepada kesihatan

Serangan sakit jantung telah membunuh manusia lebih banyak dari perkara lain. Lebih dari 17 juta orang meninggal dunia disebabkan penyakit kardiovaskular seperti serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Untuk mengurangkan kematian setiap tahun ini adalah lebih mudah dengan mengharamkan penggunaan lemak trans di dalam makanan.

Pada isnin yang lepas, WHI telah pun mengemukan plan untuk mengajak kerajaan bagi mengharamkan penggunaan lemak trans di dalam industri makanan dan ia akan mengambil masa 5 tahun

“Lemak trans adalah bahan toksik yang membunuh dan tiada alasan untuk mendedahkan seseorang itu dengan bahan ini,” Kata Dr. Tom Frieden, Bekas Pengarah Pusat Kawalan Penyakit.

Bangkit turun produk lemak Trans

Lemak trans dihasilkan pada awal kurun ke-20, apabila industri pemakanan ingin menggantikan mentega (butter) dengan marjerin yang lebih tahan lama malah lebih murah dari mentega.

Bermula pada 1950an, masyarakat menyatakan kerisauan berkenaan dengan penggunaan lemak tepu yang boleh memberi kesan kepada kesihatan juga. Pada ketika itu, industri pemakanan mula memperkenalkan produk lain iaitu merjerin yang terhasil daripada minyak sayur. Pada ketika itu, tiada lagi kajian yang mampan berkenaan kegunaan lemak trans ini.

Menggantikan lemak tepu dengan marjerin ketika itu adalah satu idea yang sangat buruk. Produk ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL-cholesterol) dan menurunkan kolesterol baik (HDL-cholesterol). Diet ini akan meningkatkan kadar serangan sakit jantung sebanyak 21% dan kadar kematian sebanyak 28%. Ia juga meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit kencing manis

Kebangkitan untuk mengharamkan penggunaan lemak trans

Pada tahun 2001, Danish Nutrition Council telah mencadangkan untuk menghadkan penggunaan lemak trans dalam makanan untuk memperbaiki kesihatan jantung dalam masyarakat. Undang-udang ini dilaksanakan dan ia menunjukkan penurunan mendadak untuk kematian disebabkan serangan sakit jantung berbanding negara-negara lain.

Negara eropah lain juga menuruti jejak langkah yang sama seperti Denmark.

Pada tahun lepas juga, satu kajian telah menunjukkan penurukan serangan sakit jantung dan angin ahmar bagi mereka yang mengelakkan permakananan yang mengandungi lemak trans. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of the American and Medical Association Cardiology.

Amerika dibawah pimpinan Obama sebelum ini telah memulakan langkah pengharaman lemak trans dan ia akan diharamkan sepenuhnya di Amerika pada bulan hadapan

Lemak trans masih lagi dijual di kawasan Asia Selatan termasuk Malaysia dan juga Afrika, dimana adanya tekanan daripada industri pemakanan itu sendiri menyebabkan lemak trans masih lagi digunakan

Polisi WHO yang terbaru ini tidak mampu mengharamkan lemak trans di negara-negara ini. Tetapi ia dapat memberikan garis panduan kepada negara tersebut untuk melakukan hal yang sama