PADANG PASIR AKAN DIPENUHI PADI YANG DITANAM MENGGUNAKAN AIR LAUT.

Padang pasir yang kering dan gersang di kawasan Emiriah Arab Bersatu tak lama lagi akan dipenuhi dengan kawasan tanaman padi. Ia mungkin kedengaran seperti perubahan yang mustahil. Tetapi saintis dari negara china berserta pemimpin negara tersebut mempercayai yang mereka akan melakukan perubahan itu. Ini menjadikan ia sebagai suatu kemungkinan yang pasti

Perancangannya adalah dengan menggunakan jenis padi yang boleh hidup dalam air masin. Ia akan ditanam pada kawasan timur negara tersebut dan sumber air adalah dengan menggunakan air laut. Ini akan membantu negara Emiriah Arab bukan sahaja mempunyai simpanan makanan yang banyak disamping itu mereka dapat mengurangkan penggunaan air bersih yang sangat berharga.

Kajian Jenis Padi yang boleh hidup dalam air masin

Kemungkinan ini hanya disedari apabila jenis padi yang tahan air masin itu telah dihasilkan oleh saintis dari negara China. Kata mereka, sebenarnya ia mengambil masa 4 dekad untuk menghasilkan tumbuhan seperti ini dimana pada mulanya mereka menjumpai pokok padi liar yang hidup berdekatan dengan pokok bakau dimana ia dikelilingi dengan air masin. Disitulah, kajian ini bermula

Melihat kepada kelebihan pokok tersebut, mereka mula mengkacukkan pokok tersebut dengan spesies pokok padi yang lain. Setelah beberapa tahun, mereka telah menghasilkan lebih kurang 8 jenis padi yang boleh hidup dalam air masin. Akan tetapi tidak satu pun dari padi itu boleh menghasilkan beras yang banyak dan mampu memberikan jumlah makanan yang tinggi kepada penduduk.

Sehinggalah tahun lepas, saintis tersebut menyatakan yang mereka telah menemukan jenis padi yang boleh meningkatkan penghasilan beras. Padi ini telah pun dijual di negara China bertujuan untuk meningkatkan penghasilan padi sehingga 20 peratus. Di China, mereka telah pun menanam padi ini dikawasan lebih kurang 1 juta KM persegi.

Perancangan di Emiriah Arab Bersatu

Sekarang pula, kumpulan saintis tersebut bersama dengan Sheikh Saeed bin Ahmed Al Maktoum iaitu salah seorang ahli keluarga pemerintah di Dubai akan membuat perubahan di sini. Sasaran mereka adalah untuk memenuhkan lebih kurang 10 peratus tanah di Emiriah Arab Bersatu dengan tumbuhan ini. Dengan itu, mereka boleh menghasilkan makanan yang cukup bagi penduduk mereka.

Idea tersebut tidak terhenti disitu sahaja, malah pemimpin tersebut juga ingin mempromosikan padi ini kepada seluruh kawasan dan negara di Timur Tengah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.