Apakah rupa batuan bila dilihat dengan menggunakan mikroskop?

Setiap ahli geologi akan mengambil sampel dan data semasa bekerja di lapangan. Antara sampel yang paling biasa diambil adalah sampel batuan. Semasa di lapangan ahli geologi akan cuba mengenal pasti jenis batuan dan ciri – ciri yang terdapat di dalam batuan (cth. jenis fosil, mineral, struktur canggaan dan sebagainya). Walaubagaimanapun keupayaan mata manusia ada terhad dimana kebanyakkan ciri – ciri tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar walaupun dengan bantuan kanta pembesar. Oleh itu sampel – sampel batuan ini akan dibawa pulang ke makmal untuk dipotong serta dijadikan keratan nipis (thin section). Ketebalan batuan yang dipotong kebiasaannya adalah setebal 30 micronmeter atau 0.003 centimeter. Di bawah adalah contoh – contoh gambar batuan apabila dilihat dibawah mikroskop.

Image result for diorite under microscopeGambar mikroskopik batuan yang telah diambil dibawah mikroskop (silang nicol). Dalam gambar mikroskopik ini menunjukkan batuan ini adalah batuan diorit. Batuan ini dihasilkan daripada penyejukan magma jauh dibawah permukaan bumi. Sekurang – kurangnya ada 4 jenis mineral yang hadir dalam gambar diatas. Antaranya ialah plagiokilas (berwana hitam dan putih membentuk kembaran seperti zebra), hornblende (biru cair), biotit (coklat gelap – kehitaman) dan piroksen (ungu kebiruan).

Kenapa setiap mineral menunjukkan warna yang berbeza?

Pertama sekali bukan semua mikroskop akan menunjukkan mineral itu bewarna. Ciri-ciri tersebut hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop petrologi. Setiap mineral akan menunjukkan warna berbeza kerana struktur fizikal (susunan atom dengan unsur kimia yang berbeza). Terdapat lebih 3000 jenis mineral yang terdapat dibumi kita yang dikenal pasti. Masih ada lagi penemuan mineral baru walaupun tidak kerap berlaku.

 

Contoh mikroskop petrologi yang digunakan oleh ahli geologi (petrologist) untuk melihat sampel batuan yang diatas keratan nipis.

Gambar mikroskopik menunjukkan kewujudan fossil dibawah ‘order’ fusulinid dalam ‘subphylum’ foraminifera. Fossil ini kebiasaannya hidup di dalam lautan dalam tidak seperti batu karang (coral) yang hidup di kawasan lautan cetek.

Siapakah yang mengkaji dan mengenalpasti fossil?

Ahli geologi yang kerja dengan fosil-fosil ini selalunya digelar ahli paleontologi atau mikropaleontologi. Mereka ini bertanggungjawab dalam mengenalpasti jenis jenis fossil. Banyak informasi yang kita boleh perolehi daripada mengkaji fosil. Antaranya ialah mengetahui keadaan iklim dan persekitaran pada zaman itu dimana fosil itu masih hidup.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.