Skip to content

HARI INI ANDA MENONTON PORNO, ESOK ANDA MELANGGAN PELACUR

Mungkin ada yang mengatakan, “Alah… ak tengok porno je, bukan main pelacur pun. Bahayanya kurang” atau “ Aku tengok porno, wife ak tahu. Dia ok je”

Ok atau tak ok, teruskan membaca…

Di dalam satu kajian yang bertajuk Adult Social Bonds and Use of Internet Pornography menunjukkan mereka yang melanggan pelacur 37 kali lebih suka menonton porno berbanding mereka yang tidak melanggan pelacur.




Dr Janice G. Raymond mengatakan dalam satu pembentangan bertajuk The Impact of the Sex Industry in the EU  Kebanyakan lelaki tidak cukup dengan hanya menonton porno, mereka berkeinginan untuk melakukan fantasi mereka yang ganas dan jijik yang mereka dapat melalui porno dengan perempuan sebenar. Dan tempat yang terbaik bagi mendapatkannya adalah servis daripada pelacur. Kerana Industri Pelacuran memang dibina untuk memenuhi segala citarasa dan kehendak pelanggan”

Dalam satu temubual yang melibatkan 854 pelacur di 9 negara yang berbeza menjelaskan kaitan pornografi dan pelacuran. 70% pelanggan meminta mereka(pelacur) melakukan aksi dan posisi yang pernah dilihat oleh pelanggan ketika mereka menonton pornografi.

Dalam buku  The Johns: Sex for Sale and the Men Who Buy It yang ditulis oleh Victor Malarek menceritakan pengalaman “ Saya mula menonton porno dan kemudian saya sedar saya berada di dalam kereta bersiap sedia untuk mendapatkan perempuan sebenar”. “Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas. Pelacuran adalah aktiviti utama dan pornografi adalah persediaan awal ke arah melanggan pelacur”

Dalam buku yang sama “ Bagi Penagih Porno, mereka seolah-olah mahu berada di kerusi pengarah filem porno, tapi sudah pasti mereka tidak berpeluang. Jadi tempat yang paling sesuai untuk memenuhi angan-angan tersebut adalah pelacur.

Dalam satu artikel yang bertajuk Prostitution: A Critical Review of the Medical and Social Sciences Literature. Menunjukkan 32 daripada 130 pelacur mengatakan kebanyakan pelanggan minta mereka beraksi seperti mana aksi yang ada wujud di pornografi.

Malah menurut Jurnal Pornography is Tracfikking , ada pelanggan yang membawa gambar aksi pornografi untuk dijadikan contoh bakal aksi yang dimahukan, terutamanya aksi yang ganas-ganas yang mana aksi tersebut tidak dapat di lakukan bersama pasangan mereka.

Berdasarkan sumber daripada buku Big Porn Inc: Exposing the Harms of the Global Pornography Industry, satu kajian kepada 110 pelanggan pelacur di Scotland untuk mengetahui kekerapan mereka melanggan pelacur.

Pelanggan yang mempunyai kekerapan tinggi melanggan pelacur di dapati adalah penonton pornografi tegar dan mereka juga bertindak melakukan aksi seks yang agresif terhadap perempuan yang bukan pelacur.

Tegas Abigail Bray pada topik Capitalism and Pornography: the Internet as a Global Prostitution Factory pornografi itu sendiri jelas merupakan satu pelacuran kerana menggunakan tubuh badan wanita untuk mendapatkan keuntungan.

Data-data ini jelas menunjukkan kepada kita penonton pornografi tidak berhenti sekadar menonton, malah boleh melakukan lebih daripada itu dengan melanggan pelacur. Dan tidak perlu untuk hurai panjang apa kesannya setelah melanggan pelacur samada dari segi kesihatan mahupun kekeluargaan.

Jangan kita ambil mudah dan ringan perkara ini dengan sekadar menganggap bila sudah tua nanti mereka akan berubah dan bila berkahwin mereka akan meninggalkan pornografi. Ya kahwin boleh dijadikan salah satu langkah penyelesaian, tetapi sekadar mengambil jalan mudah seperti ini dan berharap ketagihan pornografi akan selesai dengan sendirinya anda silap besar.

Kemungkinan besar penonton pornografi bukan sahaja merosakkan diri mereka, malah mereka merosakkan keluarga yang bakal dibina. Fikirkan. Jangan ambil mudah.

#bangkitmelawanporno




Sumber:

Steven Stack, Ira Wasserman, and Roger Kern, “Adult Social Bonds and Use of Internet Pornography,” Social Science Quarterly 85, no. 1 (2004): 75–88.

Janice Raymond, “Public Hearing on ‘The Impact of the Sex Industry in the EU,” Committee on Women’s Rights and Equal Opportunities, European Parliament, January 19, 2004

Melissa Farley, “Renting an Organ for Ten Minutes: What Tricks Tell Us about Prostitution, Pornography, and Trafficking,” in Pornography: Driving the Demand in International Sex Trafficking, ed. David E. Guinn and Julie DiCaro, (Bloomington, IN: Xlibris, 2007), 145.

Victor Malarek, The Johns: Sex for Sale and the Men Who Buy It (New York: Arcade, 2009), 202–4.

Melissa Farley and Vanessa Kelly, “Prostitution: A Critical Review of the Medical and Social Sciences Literature,” Women and Criminal Justice, 11, no. 4 (2000): 29–64.

Catherine A, MacKinnon, “Pornography as Trafficking,” Michigan Journal of International Law 26, no. 4 (2005): 999–1000.

Melissa Farley, “Pornography Is Infinite Prostitution,” in Big Porn Inc., edited by Melinda Tankard Reist and Abigail Bray, 150–159. North Melbourne, Australia: Spinifex Press, 2011.

Abigail Bray, “Capitalism and Pornography: the Internet as a Global Prostitution Factory,” in Big Porn Inc., edited by Melinda Tankard Reist and Abigail Bray, 160–166. North Melbourne, Australia: Spinifex Press, 2011. 1— Rebecca Whisnant, “Confronting Pornography: Some Conceptual Basics” in Not For Sale: Feminists Resisting Prostitution and Pornography, edited by Rebecca Whisnant and Christine Stark, 15–27. North Melbourne, Australia: Spinifex Press, 2004.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 17 =