air tulang belakang

Lumpuh sebab ambil air tulang belakang. Betul ke??

“Emak, kenapa abang lumpuh daripada kecik ye?”, Tanya Ali kepada Emaknya
“Dulu waktu abang kau masih kecil, dia demam tinggi. Doktor pun ambil air tulang belakangnya. Lepas dia ambil air tulang belakang tulah dia mula lumpuh”, jelas ibunya.

Perbincangan ini selalu kita dengari. Tetapi adakah benar pengambilan air tulang belakang menyebabkan kelumpuhan?
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.

Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi. Pendek kata, mereka merasakan prosedur ini berisiko tinggi.

Kami ada beberapa perkara yg ingin dinyatakan agar pandangan anda berubah:

1) ‘Lumbar puncture’ ataupun nama yang selalu dipanggil oleh orang kita iaitu ambil air tulang belakang merupakan salah satu prosedur yang sangat selamat

2) Kenapa ambil air tulang belakang Selamat?

Sebenarnya ia ada kaitan dengan struktur tulang belakang(vertebral bone) dan juga saraf tunjang(Spinal cord).
Tempat yang dicucuk untuk mengambil air tulang belakang merupakan ruang yang hanya mengandungi air tulang belakang(Cerebrospinal fluid) dan juga saraf periferi yang kecil dan terapung di dalam air tulang belakang. Tiada saraf tunjang pada ruang tersebut.

Saraf tunjang berakhir pada tulang lumbar nombor 1(L1). Manakala, jarum untuk pengambilan air tulang belakang pula dicucuk pada tulang lumbar nombor 4(L4). 

Ini kerana hujung saraf tunjang hanya berakhir pada tulang belakang jenis Lumbar nombor satu. Tetapi kita mengambil air tulang belakang di antara tulang lumbar nombor 3 dan 4 iaitu lebih rendah daripada tulang lumbar nombor 1.
Oleh itu, prosedur itu tidak akan mencederakan saraf tunjang dan sangat jarang(extremely rare) untuk terkena saraf periferi yang terapung di dalam air tersebut.

Tulang belakang terbahagi kepada beberapa jenis. Bermula daripada bahagian atas iaitu Cervical, diikuti dengan thoracic, lumbar, sacral dan berakhir dengan coccyx dibahagian bawah sekali. Saraf tunjang berakhir pada tulang lumbar nombor 1

3) Apa yang menyebabkan kelumpuhan?

Pengambilan air tulang belakang adalah salah satu cara untuk mengetahui punca penyakit yang pesakit alami. Ini akan membantu perawat kesihatan untuk memberi rawatan yang tepat kepada pesakit.

Penyakit yang selalu doktor ingin diagnos dalam pengambilan air tulang belakang adalah MENINGTIS. Iaitu jangkitan kuman pada selaput otak.

Kelumpuhan yang selalu dialami oleh seseorang pesakit bukan lah disebabkan prosedur pengambilan air tulang belakang. Ini kerana saraf yang berada di situ hanya mengawal sedikit sahaja pergerakan kaki. Yang menyebabkan kelumpuhan itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada bahagian otak itu sendiri.

Kuman itu akan merosakkan bahagian otak yang mengawal pergerakkan kaki dan tangan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan pada bahagian tersebut(Kaki dan tangan)

4) Komplikasi yang selalu dialami

Selalunya pesakit yg menjalani prosedur ini boleh mengalami sakit kepala yang dipanggil sebagai ‘post spinal headache. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari. Selalunya pesakit dinasihatkan untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi sahaja. Jika teruk pemberian ubat tahan sakit boleh membantu

Kesimpulan Kami:

Prosedur ini bukanlah sesuatu prosedur yang berbahaya ataupun menyebabkan kelumpuhan. Malah, prosedur ini mampu memberi diagnosa yang tepat berkenaan punca penyakit yang pesakit sedang hadapi.

Ini penting kerana setiap jenis penyakit ataupun kuman mempunyai cara rawatan ataupun ubat-ubatan yang berbeza. Jika diagnosis yang tepat tidak diketahui, selalunya doktor akan merawat secara rambang sahaja berdasarkan simptom yang ada.

Jika rasa perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa like page kami Root Of Science

Bacaan seterusnya: MSG menyebabkan kanser dan sakit kepala

Sebarang persoalan boleh bertanya dan follow twitter penulis artikel ini.

2 Replies to “Lumpuh sebab ambil air tulang belakang. Betul ke??”

  1. Mungkin di lain masa Root of Science boleh beri penerangan mengenai penyakit kusta. Tukang jahit saya disyaki membawa penyakit ini.

    1. jika begitu bolehlah membawa tukang jahit anda pergi ke hospital kusta sungai buloh dan suruh tukang jahit puan tinggalkan kusta disana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.