Betul ke wujud ULAT RESDUNG?

Sebelum ini pernah viral cara rawatan untuk mengeluarkan ulat Resdung daripada muka. Dikatakan Ulat Resdung merupakan salah satu punca seseorang itu menghadapi masalah resdung seperti gatal hidung, selalu bersin, muka berjerawat dan sebagainya

Caranya mudah iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan sahaja. Sebatian yang terhasil daripada bahan-bahan tersebut dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung yang terdapat di dalam kulit muka.

sss

Cara rawatan yang dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung daripada kulit muka

Jika dilihat daripada carian di dalam youtube dan google, anda boleh menemukan banyak rawatan yang seolah-olah mengeluarkan ulat resdung tersebut dan salah satunya adalah dengan menggunakan lipas tanah

Pada hakikatnya ulat yang dikatakan punca resdung itu bukanlah berasal daripada muka pesakit tersebut. Tetapi sebenarnya ia berasal daripada lipas tanah itu sendiri.

Jika benar ulat yang bergerak-gerak berada keluar ketika menjalankan rawatan tersebut, jaga-jaga mungkin mereka menggunakan lipas tanah

GUNA LIPAS. BUKAN GUNA DAUN PANDAN DAN LIMAU NIPIS

Cara rawatan kampung yang sebenar adalah mereka menggunakan lipas tanah. Rawatan ini telah dimulakan beberapa tahun dahulu oleh orang-orang kampung.

Ketika rawatan dibuat, badan lipas akan dipotong supaya nampak isi dalamnya. Isi badan lipas inilah yang disapu diatas muka pesakit untuk tujuan ‘perubatan'(walhal ianya tidak).

Ulat kecil yang kelihatan pada muka pesakit dikatakan berasal daripada dalam kulit muka. Ia dipanggil sebagai ulat resdung

Pesakit pun balik dengan perasaan gembira sebab ulat resdung telah dikeluarkan

screenshot_2016-12-06-15-05-36
Badan lipas yang digunakan dlm ‘rawatan’ tersebut

LIPAS MERUPAKAN PERUMAH BAGI PELBAGAI JENIS PARASIT

Tahukah anda bahawa lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit termasuk virus, bakteria dan kulat(fungi).

Satu kajian mengenai lipas telah dibuat di Africa. Ia melibatkan 6000 lebih ekor lipas. Pemeriksaan telah dijalankan pada organ-organ serta sistem pencernaan lipas-lipas tersebut dan mendapati wujudnya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai pelbagai jenis parasit yang lain.

Oleh itu, jika anda sapukan bahagian dalam lipas itu pada permukaan dinding sekalipun, ia masih akan mengeluarkan cacing-cacing tersebut.

dictyoptera_blattellidae_blattellinae__blattella_germanica__private-collection__dzialdowo

Lipas tanah selalu digunakan bagi tujuan rawatan seperti ini

RESDUNG

Orang melayu selalu mengaitkan penyakit resdung ini dengan berbagai perkara. Ada yang kata ada hama dalam kulit muka. Tak lupa juga mengatakan wujudnya ulat resdung di dalam muka.

Semua perkara ini adalah sesuatu yang salah.

Dalam istilah perubatan, resdung juga dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia merupakan salah satu jenis masalah alahan(allergy) sama seperti penyakit eczema dan asma. Jika pesakit terkena sesuatu yang dia alah padanya, maka dia akan mendapat simptom-simptom tersebut

Pesakit ini mempunyai 4 simptom yang selalu dihadapi oleh mereka iaitu:

  • Hidung sumbat
  • Gatal hidung
  • Selalu bersin
  • Selalu selsema

RAWATAN

Rawatan yang paling utama bagi penghidap penyakit ini adalah mengelakkan diri daripada benda yang menyebabkan allergic rhinitis itu berlaku. Anda boleh melakukan perkara-perkara seperti ini:

  • Elakkan daripada terdedah pada habuk
  • Elakkan bermain selalu dengan haiwan perliharaan. Jika bermain, basuh tangan selepas itu
  • Selalu mengemas rumah supaya rumah tidak berdebu
  • Gunakan tikar ataupun karpet yang tidak memerangkap habuk

Jika anda mempunyai simptom resdung , sila berjumpa dengan mana-mana perawat kesihatan. Ubat yang selalu diberikan kepada pesakit ini adalah anti-histamine iaitu salah satu jenis ubat untuk alahan dan jika simptom tersebut  kerap berlaku, pesakit akan dirujuk pada pakar otolaryngology.

figure-02

Bahan yang menyebabkan alahan perlu cuba untuk dielakkan

Kesimpulan

Cara rawatan resdung yang menggunkan Lipas tanah tidaklah mengeluarkan ulat resdung ataupun menyembuhkan resdung. Malah ia meletakkan risiko orang yang menggunakan rawatan tersebut dijangkiti parasit dan bakteria yang saya katakan di atas.

Selain itu, cara rawatan yang asal iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan juga belum lagi dibuktikan keberkesanannya.

Cara yang paling tepat adalah berjumpa dengan ahli yang tahu berkenaan rawatan Resdung(Allergic Rhinitis) Iaitu doktor perubatan

Rujukan:

1) Cockroaches as carriers of human intestinal parasites in two localities in Ethiopia. Kinfu A, Erko B. Trans R Soc Trop Med Hyg. 2008 Nov;102(11):1143-7. doi: 10.1016/j.trstmh.2008.05.009. Epub 2008 Jun 25.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science

One Reply to “Betul ke wujud ULAT RESDUNG?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.