Eksperimen ELEKTROLISIS? Tindak balas kimia yang ‘dipergunakan’

Seingat saya, elektrolisis merupakan salah satu tajuk yang saya belajar dalam subjek kimia ketika tingkatan 4. Ia merupakan salah satu tajuk yang disukai oleh ramai pelajar ketika itu. Tetapi tindak balas kimia inilah yang selalu digunakan oleh penjual produk air reverse osmosis dan juga penyedia rawatan terapi kaki ion. Disini kami ingin menceritakan serba sedikit berkenaan elektrolisis

Elektrolisis merupakan salah satu tindak balas kimia yang dimulakan dengan menggunakan arus elektrik

Didalam proses ini elektrolisis ini, ia melibatkan pergerakkan elektron daripada anod ke katod menyebabkan proses PENGOKSIDAAN berlaku pada ANOD dan proses PENURUNAN berlaku pada KATOD.

Pengoksidaan(Oxidation): adalah suatu proses KEHILANGAN elektron daripada sesuatu unsur
Penurunan(Reduction): adalah suatu proses PENERIMAAN elektron daripada sesuatu unsur

Proses elektrolisis inilah yang selalunya digunakan oleh penjual air RO dan juga yang menyediakan terapi kaki ion untuk mengelirukan mangsa

Warna kekuningan hasil daripada elektrolisis ini dikatakan sebagai bukti bahawa air selain air RO adalah kotor. 

Penyedia terapi kaki ion mengatakan toksik keluar daripada kaki ketika mana alat mereka dihidupkan. Sedangkan alat tersebut hanya menjalankan proses elektrolisis.

Sebagai tambahan, tindak balas kimia yang berlaku bergantung dalam kepada jenis elektrod yang digunakan, jenis elektrolit yang digunakan dan arus elektrik

Saya akan menceritakan prosedure yang mudah untuk membuat eksperimen ini

Bahan-bahan eksperimen:
1) 2 batang besi yang akan dijadikan sebagai elektrod. Dalam eksperimen ini kami menggunakan 2 batang skrew besi

2) Pengecas alatan elektrik. Dalam video ini kami menggunakan pengecas yang mempunyai nilai voltan diantara 10-12 volt. Dinasihati untuk tidak menggunakan pengecas yang mempunyai voltan yang tinggi kerana ia boleh mengakibatkan renjatan elektrik.

3) Balang Kaca

4) Garam dapur

Prosedur:
1) Potong hujung wayar charger supaya wayar keluar
2) Sambungkan wayar tersebut kepada skrew besi
3) Masukkan air beserta garam di dalam bekas kaca
4) Rendamkan bahagian besi sahaja ke dalam air tersebut
5) Pasangkan pengecas tersebut pada sumber elektrik
6) Hidupkan sius

Ketika suis dihidupkan, kelihatan buih terhasil pada bahagian katod. Buih ini merupakan hasil daripada penurunan ion Hydrogen(H+) di dalam air dan menhasilkanigas hydrogen. Pada bahagian anod pula, elektrod besi akan dioksidakan menjadi sama ada ion 3+(berwarna jingga seperti karat) dan juga ion 2+(berwarna hijau).

Video penuh berkenaan eksperimen elektrolisis

Ini adalah hasil elektrolisis selepas 15 minit. Kelihatan bahan berwarna hijau kekuningan terapung dan ada yang tenggelam. Ini merupakan hasil pengoksidaan besi di anod

Kelihatan kesan hakisan di anod. Ini disebabkan pengoksidaan unsur besi dan menyebabkan penghasilan ion-ion ferum

Eksperimen seperti inilah yang digunakan oleh penjual produk ataupun penyedia perkhidmatan yang berasaskan sains palsu

Penjual mesin air RO yang tidak beretika mesti akan menuduh bahawa kekotoran yang terhasil itu adalah bukti bahawa air itu kotor. Manakala, penyedia terapi kaki ion pula akan mengatakan bahawa warna yang terhasil adalah toksin yang dikeluarkan daripada kaki.

Sedangkan kedua-dua perkara tersebut adalah salah. Kerana apa yang berlaku hanyalah tindak balas kimia yang tercetus disebabkan kehadiran arus elektrik. Manakala di dalam air RO tiada tindak balas kimia kerana tiada langsung ion di dalam air tersebut dan menyebabkan arus elektrik tidak boleh merentasi air itu.

Sebagai tambahan, Elektrod besi juga boleh ditukarkan kepada jenis elektrod lain sebagai contoh kuprum. Jika kita menggunakan kuprum, warna air akan bertukar kepada warna biru. Ini kerana ion yang akan terhasil pada anod adalah ion copper 2+ yang berwarna biru.

Warna air akan berubah kepada warna biru cerah jika menggunakan kuprum sebagai elektrod

Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuka mata dan minda anda agar tidak ditipu lagi oleh penjual produk seperti itu.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.