Macam mana badan mempertahankan diri daripada Jangkitan Kuman?

Sistem pertahanan(Imun) badan merupakan cara bagaimana badan kita melakukan operasi bagi menghalang jangkitan kuman serta bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam badan. Anda akan melihat betapa kompleksnya sistem imun badan ini serta perkara yang berkaitan dengannya.

Kami akan cuba meringkaskan tajuk ini disamping tidak melupakan perkara yang penting. Di dalam perbincangan ini juga kita akan kaitkan bagaimana vaksin bertindak, beberapa jenis penyakit dan juga produk-produk yang ‘overclaimed’ boleh merawat beberapa penyakit.

Setiap hari sebenarnya badan kita terdedah kepada berjuta-juta jenis kuman. Tetapi disebabkan sistem imun badan manusia yang kuat dan cekap, maka ia mampu mengelakkan kita daripada jangkitan kuman tersebut. Perlu diketahui bahawa kuman terdiri daripada pelbagai jenis sebagai contoh kulat(Fungi), bakteria, Virus, Prion dan beberapa jenis lagi.

Terdapat 2 jenis sistem imun di dalam badan kita iaitu
1) Sistem pertahanan badan yg wujud secara semula jadi – Innate immunity
2) Sistem pertahanan badan yg terbina selepas diserang kuman – Acquired Immunity

Dalam post kali ini kami hanya akan menerangkan berkenaan dgn Innate immunity(sistem imun yg tidak spesifik) dahulu




INNATE IMMUNITY

Sistem imun ‘Innate’ merupakan sistem pertahanan badan yang tidak spesifik. Iaitu bermaksud ia melindungi badan daripada semua jenis kuman samada daripada bakteria, virus mahupun kulat. Ia tidak spesifik kepada satu-satu jenis kuman. Ia juga merupakan ‘first line defense’ untuk sistem imun badan.

Lupa untuk saya beritahu bahawa ‘Innate’ membawa maksud semula jadi. Oleh itu, pertahanan ini sudah ada secara semula jadi sejak daripada lahir.

Sistem pertahanan badan ‘Innate’ terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

1) Halangan daripada segi fizikal(Physical Barrier) ataupun external defense(pertahanan luar)

ia terdiri daripada kulit, asid perut, sebum yang terhasil daripada kulit, bendalir yg terhasil daripada saluran pernafasan dan banyak lagi. Kesemua daripada perkara yang saya katakan itu akan menghalang semua jenis kuman daripada menjangkiti seseorang manusia ataupun masuk ke dalam badan. Ia tidak spesifik kepada satu jenis kuman sahaja.

Untuk lebih senang, kita ibaratkan badan kita seperti sebuah istana yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi. Disebelah bawah tembok itu pula adanya parit yg dipenuhi dgn air. Di dalam air itu pula adanya buaya yang akan memakan sesiapa sahaja yg cuba untuk memanjat tembok tersebut. Senang cerita kesemua jenis musuh akan susah utk memasuki istana tersebut. Baik daripada kereta kudanya, pemanahnya, pahlawannya dan juga pengintipnya. Semua akan dihalang daripada memasuki istana tersebut. Begitulah keadaannya bagi Innate immunity jenis physical barrier. Mereka akan menggunakan halangan fizikal untuk melindungi badan daripada jangkitan kuman.

Sebagai contohnya kulit. Kuman tidak dapat menembusi kulit ini kerana lapisan kulit paling luar merupakan sel mati yang tersusun rapi. Sehingga mana air sendiri tidak telap kepadanya(Kalis air).

Manakala kalenjar sebum pula menghasilkan sebum yang bersifat asid dan menyebabkan sesetengah kuman tidak mampu membiak. Saluran pernafasan pula mempunyai bendalir mukus dan juga cilia.

Mukus berfungsi untuk memerangkap kuman yang memasuki saluran pernafasan. Manakala cilia pula merupakan bulu yang terdapat dalam saluran pernafasan yang berfungsi untuk menolak bendalir mukus keluar agar jangkitan kuman tidak berlaku.

Tidak lupa asid di dalam perut juga merupakan salah satu physical barrier yang membantu dalam sistem pertahanan badan. pH yang rendah di dalam perut membunuh kuman yang masuk. Semua perkara diatas merupakan halangan fizikal yang perlu dilalui oleh kuman sebelum ia dapat menjangkiti badan.

*picture2




2) Internal Defense(pertahanan dalaman)

Apabila kuman telah melepasi pertahanan luar, maka pertahanan dalaman akan bertindak. Pada peringkat ini, salah satu jenis sel darah putih iaitu macrophage akan menelan kuman yang memasuki badan.

Bukan itu sahaja, sel macrophage itu juga akan merembeskan bahan yang dipanggil sebagai ‘Inflammatory markers'(bahan yang menyebabkan keradangan). Bahan inilah yang akan bertindak seolah-olah seperti SIREN yang akan memanggil sel darah putih yang lain untuk berkumpul di tempat yang terlibat agar kuman disitu dapat dihapuskan.

Bukan itu sahaja, ‘Inflammatory markers’ juga akan mengubahsuai takat suhu normal yang telah ditetapkan oleh hypothalamus di otak. Ini menyebabkan suhu badan meningkat daripada yang sepatutnya dan menyebabkan demam. Demam pula ada berapa fungsinya iaitu ia akan menyebabkan peningkatan jumlah sel darah putih di dalam badan supaya dapat melawan jangkitan kuman yang sedang berlaku. Bukan itu sahaja, peningkatan suhu juga akan merencat pembiakkan kuman di dalam badan.

Keradangan berserta demam yang berlaku disebabkan sel macrophage inilah yang dipanggil sebagai Internal Defense dan ia masih lagi berada di dalam ‘Innate’ immunity kerana sel macrophage ini masih lagi bertindak secara tidak spesifik. Semua jenis kuman habis dimakan oleh sel tersebut

*

natural_killer_cells
Kelihatan sel macrophage sedang memakan kuman

***Macrophage membawa maksud Macro= besar dan phage=makan. Di dalam badan manusia Sel macrophage merupakan sel darah putih yang besar dan berfungsi untuk memakan kuman.

Pada post yang seterusnya kita akan menceritakan Acquired Immunity. Iaitu sistem imun yang akan bertindak secara spesifik kepada sesiatu jenis kuman.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science untuk mendapatkan maklumat yang berterusan.




Sumber Gambar:
1) https://i.ytimg.com/vi/EghIe1k14S8/maxresdefault.jpg
2) http://www.austincc.edu/apreview/NursingPics/ImmunoPics/Picture2.jpg
3) https://selfhacked.com/wp-content/uploads/2016/04/Natural_Killer_Cells.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.