US gesa labelkan pada produk homeopathy sebagai tidak terbukti berkesan.

Pada November 2016, Federal Trade Commision(FTC) telah menguatkuasakan satu undang-undang berkenaan ubat homeopathy yang dijual di kaunter farmasi.

FTC merupakan badan kerajaan di US yang bertujuan untuk membela hak pengguna yang membeli produk ataupun menggunakan khidmat dalam negara mereka. Sebelum ini mereka pernah pulaukan beberapa produk yang didapati menipu pengguna termasuk ‘Pad detox’.

Dalam pekeliling terbaru itu, ia menyatakan 2 syarat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang menjual ubat homeopathy iaitu:

1) Pelanggan perlu diberitahu bahawa tiada kajian yang menunjukkan Ubat Homeopathy berkesan mengubati penyakit
2) Ubat Homeopathy hanya berasaskan ‘kepercayaan‘ yang bermula pada tahun 1700 dan ia tidak diterima pakai oleh perubatan moden

Di US sebelum ini, produk homeopathy dijual di kaunter farmasi secara berleluasa tanpa preskripsi daripada doktor mahupun pengamal homeopathy.




Jenis ubat yang boleh dijual tanpa preskripsi drpd doktor dipanggil sebagai ‘over the counter’ drug(OTC drug).

Pada tahun 1988, Food and Drug Administration(FDA) membenarkan penjualan ubat homeopathy di kaunter-kaunter farmasi tanpa menunjukkan keberkesanannya. Ubat Homeopathy ini selalu digunakan untuk merawat penyakit yang majoritinya boleh sembuh sendiri seperti demam, batuk dan selsema yang disebabkan virus.

Ubat Homeopathy dibenarkan dijual di kaunter farmasi tanpa preskripsi doktor kerana ubat ini terdiri daripada larutan yang telah dicairkan(diluted) sehingga mana kandungannya mengandungi 99.9999% air sahaja. Oleh itu, ia sangat selamat kerana ia hanya mengandungi air sahaja.

Tetapi yang menjadi persoalannya daripada dahulu lagi, keberkesanan ubat Homeopathy masih lagi belum terbukti.

Saya ingin menjelaskan bahawa bukan perubatan hari ini menolak perubatan homeopathy secara semberono. Tetapi sejak dahulu lagi perubatan homeopathy gagal dalam menunjukkan keberkesanannya dalam merawat penyakit.

Pekeliling di US ini bukanlah mengharamkan penjualan ubat homeopathy di kaunter-kaunter farmasi, tetapi lebih kepada memperkasa hak pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan yang lebih tepat.

Sumber
1) Laman web Federal Trade Commission
https://www.ftc.gov/news-events/blogs/business-blog/2016/11/otc-homeopathic-drugs-established-ftc-proof-standards-apply

2) Website ‘I fucking love science’
http://www.iflscience.com/health-and-medicine/us-government-says-all-homeopathic-products-now-have-admit-dont-work/




1 thought on “US gesa labelkan pada produk homeopathy sebagai tidak terbukti berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.