Kenapa kita rasa nak buang air besar sejurus selepas kita makan?

Kebanyakkan daripada kita mesti merasakan nak buang air besar sejurus selepas kita makan. Ada yang beranggapan najis yang ingin dibuang itu merupakan makanan yang baru sahaja diambil sebentar tadi. Sebenarnya bukan itu yg berlaku.

Kami ingin menerangkan beberapa perkara:

1. Makanan yang baru dimakan akan melalui saluran pencernaan sepanjang lebih kurang 9 meter bagi orang dewasa. 9 meter ni bukan pendek ye tuan puan. Mustahil makanan yg baru masuk itu dpt bergerak dgn cepatnya melalui tempat-tempat yang berbeza(esophagus, perut, usus kecil, usus besar) dan terus kebahagian anus(dubur).

2. Perasaan ingin membuang air besar itu berlaku disebabkan badan kita mempunyai suatu reflex yg dipanggil sebagai Gastro-Colic Reflex.

Dalam reflex ini, apabila kita mengambil makanan dan makanan masuk ke dalam perut(nama lain bagi perut adalah Gastric) maka akan ada satu reflex terhasil iaitu pergerakan ‘peristalsis’ di usus besar(nama lain bagi usus besar adalah COLON).

Oleh itu, najis yg keluar itu adalah makanan yg kita makan sebelum itu lagi, bukan makanan yg kita baru sahaja makan. Sebab itu kita panggil sebagai Gastro(bermaksud perut) – colic(bermaksud usus besar) reflex.

3. Begitu juga dalam kanak-kanak yg cirit birit. Ada ibubapa yg risau selepas anaknya makan sahaja, anak itu cirit. Mereka beranggapan makanan yg baru kanak2 itu makan terus dicernakan menjadi cirit.

Sebenarnya tidak. Najis itu adalah makanan yg kanak2 itu makan sebelum ini. Bukan yg baru sahaja dia makan.

Harap bermanfaat

Sumber gambar: https://crohnsdisease.com/living/the-gastrocolic-reflex-food-goes-right-through-me/

7 thoughts on “Kenapa kita rasa nak buang air besar sejurus selepas kita makan?

  1. kalau bangun pagi tapi belum makan apa apa perut kosong. minum air apa pun takde. tetiba berak. normal la keluar. takde cirit2. tu petanda apa ? tak makan apa pun berak. dah makan lagi la berak keluar.

    1. normal la tu. kan dah diberitahu kat atas td,
      “Oleh itu, najis yg keluar itu adalah makanan yg kita makan sebelum itu lagi, bukan makanan yg kita baru sahaja makan”
      maksudnya makanan yg semalam punya la, semalam encikmohdkitt tak makan apa2 ke

      1. Tapi macam anak saya pulak makan buang lepas tu dah bersihkan lepas tu lapar..lepas tu makan buang lagi aduhai kesian tengok anak mohon bantuan apa puncanya ye….

  2. Kenapa saya lepas makan je terus berak like everyday adakah itu normal? my poop are lembik dia bukan solid sorry if you gross terjadi sepanjang 5 hari berturut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.