DEMAM PADA KANAK-KANAK. APA YANG ANDA PERLU TAHU?

“Anak saya demamlah doktor”

Kanak- kanak yang menghidapi simptom demam merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak kecil. Selain daripada itu,dDemam merupakan salah satu penyebab utama ibubapa membawa anak berjumpa dengan doktor.

Ketika suhu badan anak meningkat, kerisauan ibubapa juga meningkat sama dalam menghadapinya. Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih senang dapat demam dan selalunya ia disebabkan jangkitan virus yang tidak berbahaya. Kanak-kanak tersebut boleh dijaga di rumah dan akan sembuh selepas 2 ke 3 hari dan badan mereka boleh melawan virus tersebut tanpa sebarang bantuan luar

Hanya sebilangan kecil sahaja yang menghidapi demam yang serius. Punca demam seperti itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan penumonia(jangkitan paru-paru) ataupun meningitis(jangkitan selaput otak) dan beberapa jenis jangkitan yang lain

OLEH ITU, PENTINGNYA IBUBAPA UNTUK MEMBEZAKAN DEMAM YANG BIASA DAN JUGA DEMAM YANG BERBAHAYA

SIMPTOM

Selalunya anda boleh tahu anak anda demam dengan melihat muka mereka sahaja. Muka mereka akan kelihatan kemerahan-merahan, nampak keletihan, mata yang lesu dan juga kulit yang sedikit pucat.

Dahi dan leher yang panas juga merupakan salah satu simptom demam

Penggunaan termometer juga boleh membantu ibubapa mengukur suhu anak mereka dengan tepat. Definasi demam adalah suhu yang melebihi 37.5 darjah celcius.

PENYEBAB DEMAM

Kanak-kanak  sangat mudah untuk mendapat demam. Sehingga mana memakai pakaian yang berlapis-lapis seperti bedung juga boleh menyebabkan suhu badan meningkat.

Disebabkan perkara itu, untuk bayi kita tidak galakkan untuk memakai pakaian yang berlapis-lapis.

Perlu diketahui bahawa majoriti punca demam adalah disebabkan jangkitan kuman

Berikut merupakan beberapa penyebab demam:

  • Jangkitan virus seperti virus demam denggi
  • Jangkitan bakteria
  • Nak tumbuh gigi
  • Reaksi kepada vaksin
  • dan banyak lagi

Jika kanak-kanak baru sahaja balik daripada negara luar, penting untuk memberitahu perkara tersebut kepada doktor. Ini kerana punca jangkitan kuman tersebut mungkin berasal daripada negara itu. Sebagai contoh Zika virus yang sedang menjadi wabak di negara Brazil.

Begitu juga jika kanak-kanak itu pernah melawat tempat-tempat wabak seperti wabak Malaria, Dengue, thypoid dan berbagai lagi. Perkara tersebut penting untuk diberitahu kepada doktor yang merawat. Maklumat ini dapat membantu pengesahan diagnosa supaya menjadi lebih tepat dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

KESAN KEPADA KANAK-KANAK

Kebanyakkan ibubapa risau terhadap demam yang tinggi dan mengatakan ia boleh merosakkan organ dalaman anak mereka terutamanya otak. Ada ibubapa yang berpendapat demam tinggi punca otak anaknya rosak dan menyebabkan anak dia terencat perkembangan.

Kajian menyatakan bahawa demam sendiri tidak akan merosakkan mana-mana organ dalam badan. Malah demam juga adalah salah satu mekanisma badan melawan jangkitan kuman. Kenaikkan suhu sebanyak satu darjah celcius akan merencatkan perkembangan virus dan kuman yang lain.

DEMAM YANG TINGGI TIDAK MENYEBABKAN ANAK TERENCAT PERKEMBANGAN

SAWAN

Demam kadang-kadang boleh membawa kepada sawan. Pada ketika itu, kaki dan tangan kanak-kanak akan bergerak-gerak dengan lajunya tanpa terkawal. Kanak-kanak juga tidak akan respons ketika ibubapa panggil.

Majoriti sawan ketika demam adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Selalunya ia melibatkan ‘Simple febrile seizures’ dimana sawan akan berlaku dalam beberapa minit sahaja(kurang daripada 5 minit) dan kanak-kanak tidak akan mengalami sebarang komplikasi

Sebagai tambahan, ada kajian yang menunjukkan pemberian ubat demam, tidak mengurangkan kebarangkalian untuk terkena sawan ketika demam.

UBAT DEMAM TIDAK BOLEH MENURUNKAN KEBARANGKALIAN SESEORANG KANAK-KANAK UNTUK MENDAPAT SAWAN

RAWATAN

Ubat tidak semestinya perlu diberikan kepada kanak-kanak. Jika suhu diantara 37.5 hingga ke 38.4 darjah celcius dan kanak-kanak masih aktif, kita boleh pantau seperti biasa. Jika kanak-kanak nampak letih, makan kurang dan tidak aktif, ubat demam boleh diberikan kepada kanak-kanak

Jika suhu lebih daripada 38.5 darjah celsius, kami nasihatkan untuk memberi ubat demam. Sebab risau suhuh badan akan meningkat lebih daripada 41 darjah celcius yang menyebabkan sel protein dalam badan rosak. Ini akan menjejaskan metabolisma badan serta kebolehan badan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Jika ikut NICE guideline, Ubat demam hanya digunakan ketika pesakit menunjukkan simptom tidak sihat sahaja.

BILA PERLU BAWAK PERGI JUMPA DOKTOR?

Kebanyakkan kanak-kanak yang demam boleh dirawat di rumah. Ada beberapa keadaan yang perlu bawak kanak tersebut berjumpa dengan doktor:

  • Demam melebihi 3 hari
  • Demam berserta sawan
  • Kurang menyusu ataupun minum air
  • Muntah dan cirit birit yang banyak
  • Kanak-kanak tidak aktif
  • Nampak terlampau letih

Simptom-simptom ini mungkin menunjukkan pesakit mengalami keadaan yang serius seperti demam denggi, jangkitan kuman pada selaput otak, jangkitan pada otak dan sebagainya. Maka, kena bawa pergi berjumpa doktor

Kanak-kanak yang sedang demam tidak boleh bermain dengan kanak-kanak yang lain. Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan tersebut boleh merebak kepada kanak-kanak yang lain.

KEBANYAKKAN KES DEMAM PADA KANAK-KANAK ADALAH TIDAK MERBAHAYA DAN AKAN SEMBUH DENGAN SENDIRINYA.

AKHIR KATA, MASA, REHAT YANG MENCUKUPI DAN KASIH SAYANG DARIPADA IBUBAPA ADALAH PENAWAR YANG PALING BERKESAN.

Bacaan seterusnya: Kembung perut pada kanak-kanak

Sumber rujukan:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0072639/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.