Skip to content

Betul ke ubat tahan sakit menyebabkan gastrik?

Orang melayu panggil Gastrik.

Orang Cina panggil Wai tong.

Kadang2 kita juga akan cakap ia sebagai angin. Penyakit macam ni selalunya akan menyebabkan kita asyik sendawa sahaja

Kalau ikut istilah perubatan yang sebetulnya ia dipanggil sebagai GASTRITIS. Gastrik bukan sakit perut ye.

Maksud sebenar Gastrik adalah organ PERUT itu sendiri

GASTRITIS pula merupakan keradangan yang berlaku pada dinding perut. Selalunya ia disebabkan dua perkara iaitu jangkitan Helicobacter Pylori dan juga penggunaan ubat tahan sakit jenis Non steroidal Anti-inflammatory drug(nSAIDS)

gastritis-500x3251

Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs(nSAIDS)

Ubat ini merupakan ubat yang selalu digunakan utk tujuan menahan sakit. Ia sangat sesuai digunakan untuk kesakitan yang disebabkan keradangan(Inflammation) pada tisu sbg contoh gout, luka, jangkitan pada kulit dan beberapa lagi.

Tetapi tidak sesuai untuk kesakitan yang disebabkan masalah saraf seperti Slip disc, kerosakkan saraf yg disebabkan kencing manis dan beberapa lagi.

Bagaimanakah ubat nSAIDS bertindak?

Ketika mana keradangan berlaku, salah satu kompaun yang dihasilkan adalah kompaun prostaglandin. Kompaun inilah yang akan menyebabkan receptor sakit menghasilkan impulse yang dihantar ke otak.

Otak pula akan menafsirkan impulse tersebut dan memberi perasaan sakit pada bahagian yang terlibat.

Disinilah ubat nSAIDS akan membantu dimana ia akan merencatkan penghasilan kompaun prostaglandin. Apabila prostaglandin kurang, receptor sakit tidak akan di rangsang. Maka kesakitan akan semakin berkurangan.

Bagaimana nSAIDS menyebabkan gastritis?

Malangnya prostglandin juga merupakan kompaun yang dihasilkan di dalam perut untuk mengawal penghasilan mucous dan ion bicarbonate. Kedua-dua bahan ini iaitu mukus dan juga ion bicarbonate berfungsi melindungi dinding perut daripada dirosakkan oleh asid yang terhasil.

Apabila prostaglandin berkurangan, mukus dan ion bicarbonate pun tidak dapat dihasilkan. Ini menyebabkan asid yang terhasil menghakis dinding perut dan merosakkan sel-sel yang berada di situ.

Dinding sel yang rosak pula akan menyebabkan keradangan(inflammed) dan ianya diterjemahkan kepada sakit bahagian ulu hati

nsaids_stomach

Gambarajah menunjukkan bagaimana ubat nSAIDS menyebabkan gastritis

Kegunaan nSAIDS yang lama boleh menyebabkan ulser pada perut dan berakhir dengan pendarahan pada bahagian perut. Sebab itu kita tidak galakkan untuk mengambil ubat tahan sakit jenis ini pada suatu tempoh yang lama.

Ubat tahan sakit jenis ini selalunya digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit yang kronik seperti sakit sendi disebabkan umur yang tua, gout, sakit belakang dan sebagainya. Ia diburukkan lagi jika mereka mengambil terus daripada farmasi tanpa pengawasan doktor.

Kami sudah selalu berjumpa dengan mereka yang mempunyai masalah ulser dalam perut disebabkan kegunaan ubat nSAIDS yang tidak terkawal.

Kesimpulan

Oleh itu, kami nasihati mereka yang mempunyai sakit yg kronik untuk sentiasa melakukan follow up berjumpa dengan doktor. Jika guna dalam jangka waktu beberapa hari sahaja, ia tidak mempunyai masalah. Masalah terjadi apabila digunakan terlalu lama.

Contoh nSAIDS yang selalu kita gunakan adalah seperti Ponstan(Mefenemic Acid), Voltaren(Diclofenac), aspirin dan beberapa jenis lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 14 =