Adakah Aluminium dalam vaksin MERBAHAYA?

Aluminium merupakan unsur drpd kumpulan 13 drpd jadual berkala unsur(Periodic Table). Ianya salah satu unsur yang terbanyak di atas muka bumi. Dan unsur ini juga telah membawa arus pemodenan dalam dunia teknologi dan juga perubatan. Sebagai mana yang kita tahu, aluminium juga digunakan dalam pembuatan kapal terbang[1].

Jika di Malaysia kita ada lombong bauksit di Pahang yang merupakan bijih kepada Aluminium.

kesan-aktiviti-lombong-bauksit-di-kuantan-dari-udara-3Lombong bauksit di Pahang

1) Fungsi Aluminium dalam vaksin

Begitu pentingnya logam ini digunakan dalam arus kemodenan teknologi, ianya juga penting dalam arus kemodenan perubatan terutamanya dalam vaksin. Penggunaan aluminium di dalam vaksin telah terbukti menguatkan lagi ‘Antigenicity’.

Di mana penghasilan antibody akan semakin efektif apabila bahan ini disertakan dalam vaksin. Pada 1926, Glenny et al(1926) dalam kajian preliminary nya telah menemui bahawa dgn hanya meletakkan sedikit aluminium berserta dgn sedikit antigen dapat menghasilkan kesan yg sama dgn menggunakan antigen yg banyak[2].

Kajian yang seterusnya membuktikan bahawa preliminary study itu betul dan ianya terpakai kepada manusia. Dalam kajian tersebut mereka menggunakan diptheria toxoid berserta aluminium dan ianya telah terbukti bahawa antibody yang terhasil lebih banyak apabila disertakan dgn aluminium[3]

Mekanisma bagaimana immunopotentiation of aluminium ada diceritakan dalam kajian Harm(2013). Apabila vaksin yg mengandungi aluminium disuntik ke dalam otot, kehadiran aluminium membuatkan penyerapan antigen yg melekat pada aluminium lambat utk masuk ke dalam saluran darah. Ini akan membolehkan sel pemakan(phagocytes) utk berkumpul pada tisu tersebut[4].

Seterusnya antigen drpd cell phagocytes itu akan dikenal pasti oleh cell b lymphocytes utk penghasilan antibody.

Kehadiran aluminium juga boleh menyebabkan pembengkakkan di tempat cucuk kerana ianya melambatkan penyebaran antigen tersebut dan menyebabkan sel darah putih berkumpul ditempat itu. Tetapi ianya boleh mengelakkan reaksi systemic(keseluruhan badan) dan juga reaksi setempat[4].

2) Kesan buruk pengambilan Aluminium

Banyak kajian telah membukti pengambilan aluminium yang berlebihan boleh menyebabkan kesan buruk. Sebagai contoh penyakit yang seolah2 seperti Alzhemiers[5].

Ianya juga boleh mempengaruhi fungsi kognitif, pergerakan motor dan peripheral neuropathy[6]

3) Penyingkiran Aluminium drpd badan

Penyingkiran aluminium telah di evaluasi sebelum2 ini. Ianya dikaji dgn menggunakan Radioactive isotope 26-aluminium yang disuntik ke dalam badan manusia. Lebih drpd setengah aluminium yang disuntik disingkirkan oleh badan dalam masa 15 minit sahaja. Selepas 2 hari, aluminium dalam darah hanya tinggal kurang drpd <1% sahaja[7].

Jika dilihat, hampir 95% drpd aluminium di dalam badan akan melekat pada transferrin dan albumin di dalam darah akan disingkirkan drpd badan melalui buah pinggang[8].

Akan tetapi, jika adanya masalah terhadap buah pinggang, maka penyingkiran aluminium akan terganggu. Sebagai contoh dalam kajian Brown et al(2008), kandungan aluminium dalam darah yg diberi melalui parenteral nutrition dilihat meningkat dan susah utk disingkirkan apabila diberi kepada pesakit yg mempunyai masalah buah pinggang[9].

4) Aluminium di dalam vaksin

Walaubagaimanapun, kehadiran aluminium di dalam vaksin adalah perlu utk memastikan kanak2 yang divaksin dapat menghasilkan antibody pada kadar yg sepatutnya utk mengelakkan jangkitan kuman yg specifik. Ianya membantu dalam memperkuatkan ‘antigenicety’ seperti yg saya telah terangkan di atas.

Manakala, jumlah aluminium di dalam vaksin hanyalah pada kadar yang sgt sedikit. Dan jumlah kenaikkannya dalam badan adalah sgt rendah drpd tahap yang telah dibenarkan[10].

Malah saya nak qoute kajian yang dibuat pada 2011 berkenaan jumlah aluminium di dalam vaccine:
“We conclude that episodic exposures to vaccines that contain aluminum adjuvant continue to be extremely low risk to infants and that the benefits of using vaccines containing aluminum adjuvant outweigh any theoretical concerns”[11]

Makna kata disini, jumlah yg diberi adalah pada dose yang sangat sedikit dan tiada interaksi yg berlaku hingga menyebabkan kandungan aluminium itu meningkat lebih tinggi drpd had yg dibenarkan.

aluminum-element-atomic

Rujukan:
[1] Royal Society of Chemistry, Periodic Table, Aluminium
[2]Glenny, A. T., Pope, C. G., Waddington, H., and Wallace, U. (1926). Immunological notes. XVI1–XXIV. J. Pathol. Bacteriol. 29, 31–40.
[3] Jones, F. G. M. J. M. (1936). Studies on tetanus toxoid: I. The antitoxic titer of human subjects following immunization with tetanus toxoid and tetanus alum precipitated toxoid. J. Immunol. 30, 115–125.
[4] Harm HogenEsch. Mechanism of immunopotentiation and safety of
aluminum adjuvants. Department of Comparative Pathobiology, College of Veterinary Medicine, Purdue University, West Lafayette, IN, USA. published: 10 January 2013
doi: 10.3389/fimmu.2012.00406
[5] Tomljenovic , Shaw CA.Mechanisms of aluminum adjuvant toxicity and autoimmunity in pediatric populations. Lupus. 2012 Feb;21(2):223-30. doi: 10.1177/0961203311430221.
[6]Pubchem: aluminium: toxicity
[7] Priest ND, Newton D, Day JP, Talbot RJ, Warner AJ:Human metabolism of aluminium-26 and gallium-67 injected as citrates.Hum Exp Toxicol. 1995 Mar;14(3):287-93.
[8] Medscape: aluminium toxicity
[9] Brown RO, Morgan LM, Bhattacharya SK, Johnson PL, Minard G, Dickerson RN. Potential aluminum exposure from parenteral nutrition in patients with acute kidney injury. Ann Pharmacother. 2008 Oct. 42(10):1410-5. Drpd laman web Medscape
[10] Keith LS, Jones DE, Chou CH.Aluminum toxicokinetics regarding infant diet and vaccinations. Vaccine. 2002 May 31;20 Suppl 3:S13-7.
[11] Mitkus RJ, King DB, Hess MA, Forshee RA, Walderhaug MO:Updated aluminum pharmacokinetics following infant exposures through diet and vaccination.Vaccine. 2011 Nov 28;29(51):9538-43. doi: 10.1016/j.vaccine.2011.09.124. Epub 2011 Oct 11.
[13] Gambar: http://id-ea.org/bangladeshi-government-launches-measles-r…/

2 thoughts on “Adakah Aluminium dalam vaksin MERBAHAYA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.