Bagus ke Minum Milo? Orang kata Banyak Gula

Sebelum ini pernah diviralkan berkenaan maltodextrin dan juga sirap jagung berfruktose tinggi/high fructose corn syrup(HFCS) di dalam milo

Ini merupakan screenshot yang diambil berkenaan post tersebut

screenshot_2016-10-28-08-22-52

tempfile_2016-10-28-08-23-41

screenshot_2016-10-28-08-24-30

Dikatakan ianya banyak di dalam produk dan juga menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum pada kanak-kanak. Kami ingin menjelaskan beberapa perkara agar benda ini tidak disalah ertikan daripada sudut sains:

Betul ke maltodextrin berasal daripada ‘high fructose corn syrup'(HFCS)

Di dalam post tersebut, ada menyatakan bahawa Maltodextrin adalah berasal daripada HFCS. Ini merupakan fakta yang salah.

Fakta sebenar: Maltodextrin berasal daripada kanji(starch) yang boleh diperolehi daripada jagung, nasi dan juga kentang. Begitu juga HFCS. Ia berasal daripada kanji yang boleh kita dapati daripada sumber yang diatasa cumanya disini HFCS diambil daripada jagung.

Tiada perbezaan daripada struktur kompaun kanji mahupun maltodextrin yang dihasilkan daripada jagung, nasi mahupun kentang. GMO ataupun tidak, kanji yang dihasilkan masih mempunyai struktur yang sama. Kecuali kanji yang dihasilkan oleh gandum. Ia mungkin akan ada sedikit kandungan gluten.




Bagaimana Maltodexrin dan HFCS di hasilkan?

Penghasilan Maltodextrin

Maltodextrin terhasil daripada hydrolysis separa pada kanji. Seperti yang kita tahu, kanji merupakan rantaian glucose yang sangat panjang dan bercabang-cabang yang terdiri daripada amylose dan amylopectin.

Dalam penghasilan Maltodextrin, enzim alpha amylase digunakan untuk menguraikan rantaian glukosa tersebut. Disebabkan hydrolysis itu hanya dijalankan secara separa(partial) sahaja, maka ianya akan menghasilkan rantaian glukosa yang pendek berbanding dengan kanji.

Penghasilan HFCS

Manakala HFCS pula terhasil daripada hydrolysis kanji yang sepenuhnya hingga menghasilkan monosaccharide glukosa. Maksudnya, kanji diuraikan sehingga mana tiada lagi rantaian glukosa. Yang ada hanyalah molekul glukosa yang wujud secara individu.

Setelah itu, enzim xylose(glucose) isomerase digunakan untuk menukarkan glukosa kepada fruktosa. Oleh itu, saya tekankan lagi sekali, maltodextrin bukan berasal daripada HFCS.

Kegunaan bagi dua jenis gula tersebut

Kita pergi kepada kegunaan pula. Maltodextrin digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan(Food additive). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti simpanan dan juga menambah perisa pada makanan tersebut.

Manakala HFCS pula ditambah dalam makanan untuk sebagai pemanis. Disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan dan kosnya murah, maka negara terutamanya eropah yang menghasilkan gula daripada jagung selalunya akan menggunakan pemanis HFCS ini.

Oleh itu, penggunaan Maltodextrin dan juga HFCS memang banyak digunakan dalam produk-produk luar negara seperti yang tertera dalam post di atas.. Ini kerana harganya yang sangat murah

Kesan pengambilan

Disebabkan Maltodextrin dan HFCS merupakan gula yang ringkas, maka ianya sangat senang diserap oleh badan dan menyebabkan kenaikkan gula yang cepat jika seseorang mengambilnya. Kedua-dua jenis gula ini dikaitkan dengan masalah obesiti dan juga penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Berbanding kanji, ia merupakan jenis gula yang kompleks. Rantaian glukosa yang panjang dan bercabang membuatkan ianya sedikit sukar untuk diuraikan dalam badan. Oleh itu, ianya memberi sedikit sebanyak makanan kepada bakteria baik di dalam usus supaya dapat membiak. Bahkan dalam pesakit diabetes, ia tidak menyebabkan kenaikkan gula yang terlampau tinggi berbanding maltodexrin dan juga HFCS

Adakah anda akan teus sentiasa merasa lapar setelah mengambil maltodextrin mahupun HFCS?

Maltodextrin dan HFCS tidaklah menyebabkan leptin turun secara ‘direct’. Mekanismanya lebih panjang dan kompleks daripada itu. Ianya bermula disebabkan maltodextrin dan HFCS adalah gula yang ringkas, maka ianya senang diserap oleh badan.

Kandungan gula dalam darah akan cepat meningkat bila mengambil makanan yang mempunyai bahan-bahan tersebut. Disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dan ianya tidak digunakan, maka badan akan menukarkannya kepada lemak dalam ‘adipose tissue’. Adipose tissue inilah yang akan membentuk perut kita yang boroi.

Perlu diketahui bahawa setelah kita makan, adipose tissue akan merembeskan hormone leptin untuk memberi perasaan yang kita sudah kenyang. Tetapi apabila kita mengambil gula yang banyak, maka lagi banyak adipose tissue yang terhasil(seseorang itu akan menjadi obese) dan pada akhirnya, ia menyebabkan ‘leptin resistance’(hormone leptin tidak berkesan). Pada ketika inilah iaitu ketika seseorang itu obese, hormone leptin tidak dpt memberikan perasaan kenyang dan sesorang itu akan rasa asyik lapar sahaja.

9) Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan bahawa mengambil maltodextrin dan HFCS boleh menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum. Tetapi ianya boleh menyebabkan kegemukkan(obesity) yang pada akhirnya menyebabkan kencing manis

Kesimpulan

  1. Maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Maltodextrin dan HFCS adalah berasal daripada kanji
  2. Tiada kajian benar-benar membuktikan gula tersebut boleh menyebabkan tantrum yang teruk pada kanak, kahak dan juga sembelit
  3. Gula tersebut merupakan gula yang ringkas dan senang diserap oleh badan. Jika tidak digunakan, maka ianya akan ditukarkan pada tissue lemak dan ini boleh menyebabkan obesity

NASIHAT KAMI KURANGKAN PENGGUNAAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI BAHAN-BAHAN SEPERTI INI. KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN OBESITY DAN BERAKHIR DENGAN BANYAK KOMPLIKASI. NAK MINUM SEKALI SEKALA ITU TAK APA

Jika rasa bermanfaat. Bolehlah like page kami Root Of Science untuk menambahkan ilmu

Rujukan

  1. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Dextrin#section=Top
  2. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/D-fructopyranose#section=Top
  3. http://emedicine.medscape.com/article/123702-overview#showall




5 Replies to “Bagus ke Minum Milo? Orang kata Banyak Gula”

  1. Tahniah. We need more of real science information like this to debunk the pseudo-science and scandal-monger. Keep it up

  2. Kalau orang ada gout bukan kena kurangkan fructose-based intake ke?
    So, kalau banyak produk ada HFCS, maknanya banyak la pantang orang gout ni huhu

  3. Rasanya they throw tantrum not bcoz of the milo. But of the refined sugar added in the milo. We all knew tht sugar can make kids hyperactive. Am i right?

  4. Kurang bersetuju dgn bab HFCS tu nama pun fructose..not a simple
    Glucose..Milo contain high sugar, betul..bila berlebihan bole menyebabkan metabolic disorder..HFCS metabolised in liver, unlike glucose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.