BUMI MENDATAR VS BUMI SFERA Bahagian 2

Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi membaca sampai habis, berkongsi maklumat dan membuka minda kita untuk berfikir.

‘Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu’ – Imam Syafie –

Secara rawak, 3 persoalan dalam ruangan komen sebelum ini yang saya ingin jawab dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan oleh Allah; 1) Persoalan bumi berlubang, 2) Kemana perginya banyak satelit? dan 3) Kenapa tidak melalui jalan pintas sahaja di artik?

1) Bumi berlubang

Persoalan ini timbul kerana Teori Konspirasi juga. Kita ambil 3 metod untuk memperjelaskannya:
I. Kaedah pemerhatian: Setakat ini, tiada pula lubang kelihatan di live satelit mahupun melalui kapal terbang yang melalui polar route.

II. Kaedah perbandingan mudah: Umum mengakui bumi termasuk diatara 4 Rocky Planet dalam system suria kita. Manakala, selebihnya (The Gas Giants) terdiri dari gas.

Melihat bulan, Utarid, Zuhrah & Marikh pun tiada berlubang mengapa perlu bumi berlubang? Oh, mungkin juga planet-planet lain tiada unsur air yang boleh ianya ‘ketepi’ kerana centripetal force dan angular momentum yang dialami planet ketika berputar pada paksinya.

Oleh yang demikian, soalan yang sama juga boleh ditanyakan, mengapa the The Gas Giants yang sudah jelas berunsurkan gas tidak juga berlubang? Gas juga bole mengalir seperti cecair dan ketepi dalam keadaan sama (berputar).

III. Kaedah teknikal: Terlebih dahulu, saya mohon maaf jika ini terlalu teknikal dan berat sedikit. Jika diteliti balik bab moment of inertia, suatu objek yang padu dan berlubang cara pengiraannya berbeza dan nilainya juga berbeza.

Di dalam buku ‘Atmospheric and Space Flight Dynamics’ ditulis oleh Ashish Tewari pada bab Gravity of an Axisymmetric Planet (Bab 3.3), mengatakan ada suatu constant yang disebut sebagai Jeffry’s Constant.

Constant ini merujuk kepada ‘spherical harmonics of the planetary mass distribution’. Sekiranya kita menidakkan ketidaksferan graviti tersebut, kita pasti mengalami masalah dan keralatan yang besar (several hundred kilometres away from satellite trajectory).

Kita sudah beribu-ribu satelit diletakkan pada orbit kerana kesferan bumi, itu belum termasuk lagi navigasi pesawat. Kesemua satelit berjaya ditempatkan pada orbit masing-masing berasaskan kesferan bumi (walaupun sedikit offset ditengah-tengahnya). Jika berkelapangan, boleh juga ambil rujukan dibawah (link buku) untuk dibaca dan difahami.

2) Kemana hilangnya satelit semua?

Daily Mail (dikemaskinikan pada 19/9/2012) melaporkan pada tepat waktunya dan tempat di Amerika, terdapat sekurang-kurangnya 5000 kapal terbang komersial berada diatas awan.

Itu belum lagi dihitungkan berapa banyak lagi pesawat atas awan di setiap negara. Boleh juga (jika berminat) merujuk kepada flightradar24.com untuk track kesemua kapal terbang di kedudukan masing-masing.

Oleh itu, dengan begitu banyaknya pesawat di atas awan (cruise) yang lebih hampir dalam atmosfera bumi pun kita sukar melihatnya, inikan pula satelit yang beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer jauhnya. Ia bukanlah suatu yang mustahil untuk melihatnya, cuma ‘we are not at the right place, at the right time and at the right position to view them’.

Tidakkah satelit itu berlanggar? Boleh tapi jarang kerana luasnya langit Allah. Info tambahan, cukup hanya perubahan halaju (delta velocity) yang sedikit ketika mana satelit berada pada orbit boleh menukar ketinggiannya dan juga bergantung pada escape velocity (ini lain bab).

Salah satu satelit diangkasa

3) Kenapa tidak melalui jalan pintas sahaja di artik?

Ini suatu soalan yang baik. Penerbangan ini disebut sebagai Polar Route. Terdapat banyak penerbangan telah, pernah dan sedang melaluinya. Cuma melaluinya perlu juga dilihat dari sudut-sudut berikut:

I. Panduan peraturan-peraturan dari segi:
• Keperluan lapangan terbang untuk laluan alternative
• Pelan kecemasan untuk lencongan
• Strategi pembekuan minyak dan pemantauan
• Kemampuan komunikasi
• Latihan penerbangan tambahan (QFE, QNH, cold-temperature altitude correction, weather patterns, etc)
• Pertimbangan berlakunya suar solar

II. Laluan alternatif untuk ke lapangan terbang
• Peraturan alternative lapangan terbang
• Keselamatan lapangan terbang

III. Pengurusan takat beku minyak
• Properties minyak pada suhu rendah
• System aliran minyak dan ukurannya
• Factor-faktor yang mempengaruhi suhu bahan api

IV. Komunikasi dan navigasi

Konklusinya, boleh terbang secara polar route, tetapi peraturannya agak ketat & perlukan latihan tambahan, modifikasi pada pesawat dan juga kos operasi. Mungkin lebih pendek perjalannanya tetapi kos-kos lain yang lebih banyak termasuk keselamatan. Ambil contoh Concorde, ianya laju dan cepat sampai, tetapi kos dan keselamatan lebih diutamakan. Pendek kata, pergilah lebih awal supaya cepat sampai.

Jalan terbaru pernebangan yang merentasi kutub utara

Wallahua’lam.
-hamba Allah yang terhad pengetahuannya, HN-

p/s: ada sedikit ralat ejaan, Hohmann Transfer.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

Rujukan:
http://link.springer.com/book/10.1007%2F978-0-8176-4438-3
http://www.boeing.com/commercial/aeromagazine/aero_16/polar_story.html
Gambar-gambar diambil dari:
http://www.telegraph.co.uk/culture/books/10961412/Hollow-Earth-conspiracy-theories-the-hole-truth.html

Explore Earth’s Satellites with Google Earth


http://www.fogonazos.es/2007/03/transpolar-flights-shortcut-through.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.