Uber diasaskan bukanlah sekadar mahu lawan teksi atau selama-lamanya mempunyai partner (Driver) yang memandu menggunakan aplikasinya.
Visi Uber sebenarnya adalah mahu mendominasi pengangkutan awam pada masa hadapan. Bayangkan pada masa hadapan, kita dah tak perlu beli kereta. Cuma tekan app, kereta tanpa pemandu akan datang ke koordinasi yang anda tetapkan dan menghantar anda ke koordinasi yang anda mahukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Kerana itu Uber melabur wang yang agak banyak bagi penyelidikan kereta tanpa pemandu.
Sewaktu penubuhan Uber pada tahun 2009, mereka hanya perlu bersaing dengan teksi tradisional dan oleh kerana orang ramai banyak bergantung kepada telefon pintar, Uber makin popular. Di sesetengah tempat, populariti Uber meningkat naik kerana sentimen dan ketidakpuasan hati para pengguna pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa.
Tetapi populariti Uber di kalangan pengguna berbanding khidmat pengangkutan awam tradisional sebenarnya adalah menyediakan alternatif yang amat memudahkan pengguna untuk mendapatkan pengangkutan awam berbanding cara tradisional yang menunggu di stesen atau tepi jalan.
Setelah nampak potensi Uber sebagai khidmat pengangkutan awam di masa depan, muncullah pesaing Uber seperti Lyft di Amerika Syarikat (2012), Taxify di Eropah (2013), Ola di India (2012), Grab atau MyTeksi/GrabTaxi (2012), Didi Chuxing (2012), dan lain-lagi pesaing kecil yang mula ditubuhkan.
Ini menarik minat Softbank yang juga memiliki kepentingan 29.5% di Alibaba untuk menjadi pemain besar dalam industri ini apabila mula melabur pada Grab di Asia Tenggara, Ola di India, Didi Chuxing di China. Ini menjadikan SoftBank sebagai tuan boneka utama dalam aplikasi pengangkutan awam E-Hailing. Maka, Uber yang hampir “mendominasi dunia” kini terpaksa berlawan dengan empayar softbank di samping bersaing dengan aplikasi pesaing tempatan yang lain. Didi Chuxing dan Softbank juga meluaskan empayar mereka di Jepun, dan lain-lain negara. Pada ogos tahun lepas, Didi Chungxi juga berkerjasama dengan Taxify serta bekerjasama dengan Careem (yang popular di timur tengah dan Afrika Utara). Didi Chungxi juga seakan agresif meluaskan empayar dengan membeli 99 (aplikasi di Mexico).
Uber kalah dalam pertempuran di China dan menyebabkan kerugian dalam 2 billion dolar. Tetapi kekalahan persaingan antara Uber vs SoftBank sebenarnya disebabkan kelemahan Uber itu sendiri apabila mempunyai masalah dalaman dan lain-lain lagi.
Akhirnya pada Januari lalu, SoftBank berjaya menjadi pemegang saham terbesar didalam Uber. Dan ini seakan melengkapkan “dominasi” softbank dalam aplikasi E-Haling atau pengangkutan masa depan.
Softbank melalui Didi juga telah meneruskan visi asal Uber dalam mendominasi pengangkutan awam dengan kenderaan tanpa pemandu apabila mula melabur pada kecerdasan buatan dan kenderaan memandu sendiri.
Softbank adalah punca sebenar kenapa Uber meninggalkan Asia Tenggara apabila SoftBank mahu uber untuk memfokuskan pasaran di Amerika Syarikat.
Jadi, jika anda adalah pemandu E-Haling, anda perlu sedar yang suatu hari nanti kereta dan khidmat anda tidak lagi diperlukan ketika kereta memandu sendiri dan kecerdasan buatan telah makin stabil dan maju untuk mendominasi pasaran kereta.
Ya, boleh dikatakan karma bagi pemandu E-Hailing apabila dikatakan menyebabkan kerugian teksi dan pengangkutan awam tradisional yang lain.
Namun, kita tak boleh salahkan gergasi E-Hailing seperti Softbank, Uber, Didi, dan lain-lain kerana dunia berkembang dan semakin maju. Teksi makin merundum kerana tidak mahu berubah seperti jatuhnya Kodak.
Dahulu kita berkerja seperti robot, maka mesin menggantikan kita. Kini kita berfikir seperti robot, maka kecerdasan buatan (A.I) akan menggantikan kita.
Makanya, kita harus membuka mata dan mula berfikir seperti manusia dan bukannya berfikir seperti robot. Bukannya “buku tulis macam tu, kita kena ikut macam tu”, apabila secara harfiahnya ianya bukanlah harus berfikir seperti itu.
Akhir kata, manusia mungkin satu hari nanti akan digantikan dengan kecerdasan buatan apabila kita masih lagi berfikir seperti robot dan berkerja seperti robot.
Shares