Isu kolesterol agak panjang untuk dikupas. Di sini, penulis berkongsi sedikit penerangan berkenaan kolesterol dan isu-isu utama berkaitan.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol merupakan salah satu komponen yang berasal dari kumpulan sterol (iaitu dalam kumpulan lipid). Kolesterol merupakan asasl dalam pembentukan sel haiwan dan ia penting untuk keutuhan sel.

Cholesterol structure formula

Imej struktur kimia kolesterol (rujukan : http://www.nutrientsreview.com/lipids/cholesterol.html)

 

Ada yang bercerita berkenaan kolesterol baik dan buruk, sebenarnya dalam istilah biokimia, tiada istilah kolesterol baik dan jahat. Apa yang ada adalah LDL dan HDL, kedua-duanya merupakan pengangkut kolesterol ke dalam tubuh, tetapi dengan fungsi yang berbeza.

 

Apa itu HDL and LDL?

HDL didefinasikan sebagai High Density Lipoprotein maksudnya Lipoprotein berketumpatan tinggi, ia merupakan pengangkut untuk kolesterol dan lemak dan komposisi, ia hanya dapat mengangkut sedikit kolesterol dan peranan utama membawa kolesterol untuk dikeluarkan dan dikumuhkan. Umpama seperti kereta kecil, HDL hanya mampu mengangkut peratusan kolesterol yang lebih rendah berbanding LDL untuk dikeluarkan dari tubuh.

 

LDL pula didefinisikan sebagai Low Density Lipoprotein maksudnya Lipoprotein berketumpatan rendah, ia membawa kolesterol ke dalam darah dan dikaitkan dengan penyempitan salur darah dan sebagainya. Seperti kereta yang lebih besar, LDL boleh mengangkut lebih banyak kolesterol ke dalam salur darah.

 

Jelas bukan, tiada istilah kolesterol baik dan jahat, apa yang berbeza adalah kandungan pengangkut dalam badan, iaitu samada HDL atau LDL yang tinggi. Berdasarkan fungsi mereka, sepatutnya kita mempunyai nilai HDL yang tinggi berbanding LDL.

 

Walaupun begitu, nilai HDL and LDK lazim digunakan sebagai indicator kesihatan bagi melihat status kolesterol tubuh.

 

Apa status kolesterol anda?

 

High Blood Cholesterol

Kesan buruk kolesterol yang boleh menyebabkan pembentukan plak dalam arteri (sumber imej dari http://aru.usc.edu/what-is/what-is-cholesterol/)

 

Kolesterol ditarik balik dari senarai ‘makanan tidak baik’

 

Pada tahun 2015, Amerika Syarikat telah menarik balik kolesterol dari senarai makanan ‘tidak baik’ sebaliknya hanya memfokuskan kepada gula sebagai makanan ‘tidak baik’.

Penarikan semua ‘health claim’ berkenaan menjadikan makanan seperti telur, mentega, produk susu lemak penuh, kekacang dan daging diklasifikasikan sebagai ‘selamat’.

 

 

Benarkah kambing tinggi kolesterol?

Image result for kambing bakar

Imej kambing bakar yang viral satu ketika dulu (sumber : http://www.friedchillies.com/site/detail/warung-kambing-bakar-ayam-penyet-sahara)

 

Isu kolesterol tidak akan habis. Sepanjang penulis menjalankan khidmat komuniti, ramai yang mengatakan makan kambing boleh meningkatkan aras kolesterol tubuh. Sebenarnya, telahan itu tidak tepat. Semua daging merah (lembu/kambing) mempunyai nilai kolesterol yang lebih tinggi berbanding ‘daging putih’ (ayam/ikan). Jadi, jangan salahkan kambing!

Pilihan yang lebih baik bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol pastinya protein dari kekacang. Kolesterol lazimnya dikatkan dengan lemak tepu pada binatang (ayam/lembu/kambing).

 

Isu telur mempunyai kolesterol baik

 

Telur memang mempunyai kolesterol, sebagai contoh, 1 telur yang besar boleh mempunyai sebanyak 187 mg. Tiada had untuk anda makan telur namun anda perlu menjaga batasnya jika mempunyai masalah kolesterol yang tinggi dalam badan, dalam kata lain, mempunyai nilai LDL lebih dari 100.

Setiap kita perlu menjaga untuk tidak mengambil kolesterol lebih dari 300 mg setiap hari. Walaupun telur boleh membantu dalam peningkatan HDL dalam tubuh, namun ia turut dikaitkan dengan peningkatan LDL.

Jika kita punya banyak kolesterol, pasti lebihan kolesterol akan diangkut oleh LDL dan dibawa ke dalam darah lalu membentuk sumbatan pada salur darah.

Selain dari makan telur yang dikatakan boleh meningkatkan nilai HDL, kita juga boleh menurunkan LDL dengan bersenam.

Jadi, makan dengan waspada ya. Jangan sampai menambah kolesterol tubuh pula.

 

Isu lemon boleh mengurangkan kolesterol

 Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi melihat kesan ini namun ubat kolesterol seperti Statin bukanlah berasal dari lemon. Lemon mempunyai kandungan vitamin C yang agak tinggi dan hipotesis ini yang digunakan oleh sesetengah pengeluar suplemen. Lemon didapati dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung oleh kerana ia mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi seperti ‘polymethoxylated flavones’ yang dapat membantu mengurangkan aras kolesterol total tubuh, namun flavonoid ini tinggi dalam kulit lemon. Walaupun begitu, kajian masih terhad dan kebanyakan kajian tidak melihat penggunaan lemon semata-mata, malahan kajian yang dilakukan melibatkan subjek yang turut bersenam. Jadi, hipotesis ini agak lemah selagi tidak dibuktikan dengan ujian klinikal.

 

Image result for lemon and cholesterol

Sumber imej : https://steptohealth.com/garlic-and-lemon-cure-clean-arteries-reduce-cholesterol/

 

Terdapat juga kajian terbaru yang membuktikan penggunaan bawang putih bersama dengan lemon untuk mengurangkan nilai LDL tubuh, namun kajian ini masih di peringkat preliminari.

 

Kesimpulan

 

Kolesterol dalam tubuh sebenarnya akan menjadi tinggi apabila aras gula dalam darah yang tinggi dan pemakanan lemak tepu yang tinggi. Ia boleh dikurangkan dengan bersenam dan meningkatkan pengambilan serat (sayur dan buah). Jadi waspada dengan makanan anda! Jom bersenam!

 

Sumber Imej Atas : CDC (Centre of Disease Control and Prevention)

Rujukan

 

  1. 2017. The role of polyphenols in modern nutrition. Nutr Bull. 2017 Sep;42(3):226-235.
  2. Aslani et al. 2017. Effect of Garlic and Lemon Juice Mixture on Lipid Profile and Some Cardiovascular Risk Factors in People 30-60 Years Old with Moderate Hyperlipidaemia: A Randomized Clinical Trial. Int J Prev Med. 29;7:95.
  3. Gropper and Smith. 2013. Advanced Nutrition and Human Metabolism. Wadsworth, Cengage Learning.

 

 

Shares