Pengenalan

Ada pesakit PCOS dikalangan pembaca ROS? Jika ada, teruskan membaca artikel ini. Ada suami yang mempunyai isteri yang mempunyai masalah PCOS? Anda juga boleh membaca artikel ini untuk memahami masalah isteri anda. Adakah anda tahu berkenaan polycyctic ovary syndrome (PCOS)? PCOS merupakan satu keadaan dalam tubuh dimana ketidakstabilan hormon berlaku yang lazimnya akan hanya mengancam wanita pada umur reproduktif (apabila mula berovulasi) iaitu mula haid.

PCOS boleh bermula awal lagi, sejak haid atau apabila meningkatnya berat badan. Simptom bagi setiap pesakit tidak sama, namun apa yang pasti, ia lazim menyebabkan masalah infertiliti. PCOS boleh juga dikategorikan sebagai PCOS ringan, (mild), sederhana (moderate) dan teruk (severe) mengikut simptom yang berlaku.

Sumber : Medical News Today

Diagnosis lazimnya dilakukan apabila pesakit mempunyai 2 dari simptom ini iaitu : 1) kekurangan proses ovulasi, 2) hormone testosterone yang tinggi (hormone lelaki) yang menyebabkan bulu di kaki, muka dan tangan menyerupai ciri lelaki dan 3) beberapa cyst yang terdapat pada ovari yang hanya boleh dilihat dengan melakukan ultrasound. Jadi jika anda mempunyai simptom ini, lebih baik berjumpa dengan Dr secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan.

 

Adakah anda perlu khuatir dengan PCOS?

Ya dan tidak. Ya jika anda telah berkahwin dan merancang untuk mendapatkan anak. PCOS ini akan mengganggu proses mendapatkan anak, jadi tindakan susulan amat diperlukan.

Tidak sekiranya anda masih belum berkahwin, PCOS tidak akan menyebabkan kesan sampingan lain, hanya mengganggu kitar haid anda yang mungkin menyebabkan anda mengalami kecelaruan emosi.

Sumber : http://www.drsamrobbins.com/weight-loss-ppc/how-to-lose-weight-with-polycystic-ovarian-syndrome-pcos/

 

PCOS dan kegemukan

Banyak penyelidik yang merumuskan pesakit PCOS lazimnya adalah mereka yang mengalami masalah obesity. Tidak dinafikan, obesiti akan semakin menyebabkan pesakit PCOS semakin sukar mencapai proses ovulasi, dan jika ada, ovum (telur) akan kurang matang menyebabkan masalah infertiliti.

 

Bolehkah pesakit PCOS mendapatkan anak?

Boleh. Pesakit PCOS boleh mendapatkan proses ovulasi dengan bantuan Metformin dan ubat hormone lain yang dapat membantu kematangan ovum mereka. Biasanya mereka yang mengalami masalah PCOS perlu berjumpa dengan pakar perubatan segera untuk melihat sendiri kitar ovulasi dan kematangan ovum.

Bolehkah pesakit PCOS hidup normal?

Boleh. Namun masalah PCOS ini melibatkan kesan endokrin yang lazimnya menyebabkan masalah kerintangan insulin lantas menyebabkan masalah diabetes jenis 2, darah tinggi, masalah lipid, penyakit jantung dan juga kanser payudara dan endometrial. Punca sebenar masih tidak diketahui dan PCOS juga bukan masalah genetik. Banyak kajian dilakukan dan mengaitkan PCOS dengan persekitaran iaitu jenis makanan kita. Pesakit PCOS juga lazim cenderung untuk mengalami masalah kemurungan dan stress kerana ketidakstabilan hormon mereka.

PCOS dan diet

Banyak kajian dilakukan dan mengaitkan terapi diet sebagai terapi yang paling sesuai untuk mengurangkan masalah PCOS. Lazimnya, pesakit PCOS dinasihatkan untuk mengambil diet yang dapay membantu mengurangkan kerintangan insulin, dan menambahkan fungsi system reproduktif dan metabolik. Antara nasihat diet yang sesuai bagi pesakit PCOS adalah

  1. Diet rendah kalori
  2. Kurangkan pengambilan gula ringkas (air manis etc), karbohidrat kompleks
  3. Tingkatkan pengambilan makanan rendah indeks glisemik
  4. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan trans
  5. Tingkatkan pengambilan makanan kaya vitamin D, kromium dan omega-3 (pasti anda boleh google sahaja makanan ini)

Ramai doktor menasihatkan pesakit PCOS yang Berjaya mengurangkan 5% dari berat mereka akan berjaya mengurangkan risiko kerintangan insulin dan kesan sampingan berkaitan.

PCOS and ayam yang diternak di kilang

Terdapat kajian terbaru yang menyatakan ayam yang diternak di kilang mungkin mempunyai suntikan hormone yang turut menyebabkan masalah ketidakstabilan hormone dalam tubuh. Kajian di Pakistan melihat terdapat perkaitan yang signifikan antara pengambilan ayam dengan masalah PCOS dan infertility. Kaitan antara PCOS dengan pengambilan ayam masih di tahap kajian dan tiada bukti kukuh yang mengaitkannya. Namun, lebih baik jika kita mengamalkan konsep variasi dalam diet kita dan melebihkan sayur dan buah dalam diet seharian.

Kesimpulan

Pesakit PCOS yang obese dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan mereka bagi mengatasi masalah infertility yang mungkin dihadapi. Amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam selalu bagi mengatasi masalah ketidak stabilan hormon di dalam badan. Elakkan juga stress kerana ia sangat berkait rapat dengan ketidak stabilan hormon. Tahukah anda jika anda stress, berat badan anda semakin sukar turun? Be well, PCOS fighter!

 

Rujukan

  1. Ahmad S. 2017. The effect of commercially available chicken feed and chicken meat on body weight and serum estrogen levels in female albino Wistar rats. International Journal of Livestock Production.
  2. Shafie et al. 2014. Preventing endometrial cancer risk in polycystic ovarian syndrome (PCOS) women: could metformin help? Gynecol Oncol.
  3. Faghfoori et al. 2017. Nutritional management in women with polycystic ovary syndrome: A review study. Diabetes Metab Syndr.
Shares