Ketika meneliti garis masa Facebook, tiba-tiba ternampak iklan kerepek pisang ‘bebas kimia’. Tergelak kecil dibuatnya.

Mengapakah kita begitu paranoid dengan perkataan ‘KIMIA’? Benarkah kimia tidak bagus? Wujudkah makanan bebas kimia?

Lihat gambar di bawah:

Imej oleh James Kennedy di https://jameskennedymonash.wordpress.com/

Pisang tulen petik dari pokok mempunyai pelbagai bahan kimia dalamnya. Perkataan kimia sepatutnya tidak dijadikan seperti hantu yang menakut-nakutkan anak kecil.

Kimia bukan semata-mata kompaun dan bahan-bahan yang terdapat dalam makmal. Kimia ada disekeliling kita. Mata yang melihat dan membaca tulisan ini juga sebenarnya dapat terjadi dengan impuls kimia.Kimia juga bukanlah sentiasa merujuk pada sesuatu yang buruk. Air yang kita minum juga bahan kimia. Bahkan udara yang kita hirup juga komposisi oksigen (kimia juga!)

Imej oleh James Kennedy di https://jameskennedymonash.wordpress.com/

Jadi makan pisang, kiwi, markisa, durian belanda yang penuh bahan kimia tersebut selamat tak? Haruslah selamat, Insyaallah!

Tapi ini bukanlah bermaksud kita tak perlu melihat langsung bahan yang kita masukkan ke tenggorok kita. Cuma janganlah terlalu paranoid dengan bahan kimia. Kalau kita tak tahu, tak pernah dengar, tak semestinya berbahaya. Kan?

Image result for compound interest andy brunning soursop

Imej dariCompound Interest, Andy Brunning

Jadi, kenapa dalam artikel-artikel sebelum ini Root of Science banyak menulis tentang keburukan herba dan tumbuhan? Eh? Mana ada. Kita tak pernah menghalang sesiapa pun memakan apa yang mereka suka.

Lihat kembali gambar pisang atau markisa di bawah yang penuh senarai bahan kimia. Apa akan terjadi jika kita memakannya secara sangat berlebihan?

Imej oleh James Kennedy di https://jameskennedymonash.wordpress.com/

Durian belanda memang buah yang enak dan mengandungi nutrisi yang baik. Tetapi bersederhana itu penting. Kandungan acetogenins nya jika diambil dengan kadar biasa, tiada menimbulkan masalah kesihatan pun. Bayangkan jika mengambilnya dalam kadar yang tinggi, setiap hari? Sudah tentu mudarat. Baca disini.

Kurma yang dimakan seharian oleh kebanyakan orang tidaklah membawa mudarat. Tetapi jika diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah jantung? Mungkin berbahaya kerana kurma kaya potasium. Mahu ambil sesuatu janganlah sampai memberi mudarat. Ikut aturan dan berpada-pada lah.

Imej oleh James Kennedy di https://jameskennedymonash.wordpress.com/

Bagaimana dengan herba tumbuhan yang dikatakan selamat berbanding ubatan ‘moden’, ‘kimia’ atau ‘big-pharma’?

Lihat gambar pisang dan markisa tersebut kembali. Herba juga begitu. Terdapat pelbagai kompaun kimia yang bermanfaat dan mudarat dalam setiap jenis herba, tumbuhan, atau fungus.

Image result for compound interest andy brunning carambola

Contohnya carambola (buah belimbing) yang dikatakan boleh menguruskan badan. Kalau diambil dengan banyak boleh memudaratkan  (sebab nak kurus cepat, mestilah ambil berkala dan dalam kuantiti yang banyak. Kalau buat masak lemak tak sampai 20 biji pun makan sekeluarga).

Kehadiran caramboxin dalam buah ini boleh menyebabkan sawan kerana kompaun ini boleh menambat dan berfungsi sebagai agonis yang mengaktifkan reseptor NMDA di otak.

 

Image result for food chemical natural

Sayuran seperti timun, tomato, terung mengandungi glycoalkaloid solanine. Kompaun toksik yang boleh menyebabkan keracunan, halusinasi dan menghentikan jantung. Malah, tumbuhan ini sekelompok dengan Atropa belladonna yang mempunyai racun antimuscarinic athropine!

 

Image result for food chemical natural

 

Cili adalah sumber capsaicin dan piperidine yang banyak digunakan dalam industri farmaseutikal. Kalau makan tiada cili, mesti tak kaw! Tapi kalau ambil terlampau banyak? Baca tentang cili disini.

Bawang putih yang katanya sangat bermanfaat untuk kesihatan. Ambil banyak-banyak sudah tentu tiada siapa sanggup berdiri disekitar kita dan menghidu bau badan yang ‘enak’ akibat degradasi kompaun-kompaun organosulfur dalam bawang putih.

Image result for compound interest andy brunning garlic

Segala yang kita ambil masuk dalam tubuh ada had, ada akibatnya. Bersederhanalah dalam hidup. Jika sakit, cari ubat yang diketahui dosnya. Jangan sengaja mencari penyakit mencuba produk dan petua yang katanya ‘orang tua-tua’ pakai.

Bukan kita taksub dengan sains atau menidakkan ‘ikhtiar’. Tetapi jika ternyata sains telah membuktikan sesuatu itu boleh jadi mudarat, masihkah kita berpegang pada yang dikatakan ‘ikhtiar’ tanpa asas?

Shares