Ingat tak pengalaman masa kecil dulu? Bila perah ingatan lampau, penulis lazimnya akan mula ingat memori zaman kecil, umur 5-7 tahun, bermain air ketika banjir, lemas di Sungai Golok dan pelbagai pengalaman zaman ketika kecil.

Bagaimana kita akan mula mengingat?

Umum mengetahui terdapat bahagian di otak yang dikenali sebagai Hipokampus bertanggungjawab terhadap memori. Namun, apabila terdapat memori baru, neuron baru yang terhasil akan membantu kita mengingat memori tersebut.

 

Image result for infantile amnesiaIlustrasi dari www.metroparent.com

 

Kenapa kita tidak boleh ingat zaman lampau?

Jika anda mempunyai sebarang trauma, atau pengalaman yang sukar dilupakan ketika kecil (penderaan seks umpamanya), neuron tersebut akan kekal dengan lebih lama berbanding neuron lain. Bayangkan seperti parut yang kekal dalam otak anda. Biasanya, dewasa yang mempunyai pengalaman seperti ini akan cenderung untuk ingat perkara yang berlaku terhadap mereka.

Disebabkan memori kita tersimpan oleh neuron dalam bahagain hipokampus, ingatan sekarang turut dijana oleh neuron yang akan diletakkan dalam bahagian yang sama. Jadi, neuron yang baru akan bertindan dengan neuron lama dan menyebabkan seolah-olah memori lampau kita terhapus. Fenomena ini dikenali sebagai ‘childhood amnesia’ atau ‘infantile amnesia’. Ada juga penyelidik yang mengatakan fenomena ini mungkin disebabkan oleh perkembangan otak yang masih tidak lengkap di kalangan kanak-kanak kecil ataupun kurang nutrient seperti zink dan DHA yang dapat membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Tambahan pula, ketika kita kecil menuju peringkat dewasa, banyak neuron baru wujud dengan lebih aktif menyebabkan banyak pertindanan mungkin berlaku, ini akan menyebabkan neuron dengan memori lama tidak dapat berfungsi dan menyebabkan memori lama kita seolah-olah dipadam.

 

Image result for neuron memoryNeuron otak kita begitu kompleks (sumber dari The Human Memory)

Jangan gusar!

Jika anda tidak dapat ingat memori lampau, ini adalah normal. Namun, jika anda mula mempunyai masalah pelupa sedangkan anda berumur 30 tahun, ini mungkin tidak normal dan disebabkan oleh kegagalan kognitif ringan (Mild Cognitive Impairment – MCI). MCI lazim akan menyebabkan seseorang mengalami masalah lupa kerana kegagalan dalam pemprosesan maklumat dan memori.

Apa sebabnya?

Pelbagai faktor boleh menyebabkan masalah ini. Terdapat kajian lepas menunjukkan bahawa kehadiran penyakit seperti diabetes melitus, strok dan hipertensi serta gaya hidup turut memainkan peranan dalam menyebabkan MCI. Stress dan masalah mental turut boleh menyumbang kepada MCI di mana fungsi kognitif kita akan menghadapi masalah apabila neuron di hipokampus tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kajian Kini

Kami, kumpulan penyelidik dari UKM sedang melihat samada puasa Sunnah dapat membantu mengurangkan masalah MCI ini, dan ternyata ia berhasil!. Puasa setiap Isnin dan Khamis, amalan gaya hidup sihat, bermain setiap hari, bersosial bersama kawan dapat membantu kita menghasilkan memori yang dapat membantu dalam fungsi kognitif yang lebih baik.

Kesimpulan

Ia adalah normal jika anda tidak dapat ingat memori lampau kerana terlalu banyak neuron baru dihasilkan, namun pilihan kita untuk menghasilkan neuron yang berkenaan memori indah atau memori duka. jadi, pilhan di tangan anda!

Sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory.

 

Kredit Gambar Utama:  

EPFL/the human brain project

Rujukan :

 

  1. Meramat et al. 2017. Pengehadan Kalori, Fungsi Kognitif dan Penuaan: Peranan terhadap Sistem Biologi. Sains Malaysiana. 46 (9). 1625-1633.
  2. Wang et al. 2017. Looking at the past through a telescope: adults postdated their earliest childhood memories. Memory.
  3. Alberini CM , Travaglia A.J 2017. Infantile Amnesia: A Critical Period of Learning to Learn and Remember. Neurosci. 37(24):5783-5795.
Shares