0Shares

Apabila ubat memasuki tubuh badan manusia, ia mempunyai objektif utama iaitu melakukan taggungjawab  yang telah di amanahkan. Contohnya, jika kita mengambil ubat tahan sakit, maka fungsi ubat tersebut adalah untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai. Jika ubat yang diambil bertujuan mengurangkan kahak, maka kepekatan kahak akan berkurangan.

Farmakokinetik, merujuk kepada pergerakan ubat ke dalam badan, melalui sistem badan, dan seterusnya ubat tersebut haruslah dikeluarkan daripada tubuh badan. Ini merangkumi perjalanan masa daripada penyerapan, pengedaran, metabolisma, dan perkumuhan. (Absorption,Distribution, Metabolism, Excretion)

PENYERAPAN (Absorption)
Setiap ubat yang memasuki tubuh badan mempunyai cara yang berbeza. Penyerapan adalah proses pemindahan ubat dari tempat pertama ia dimasukkan hinggalah ia mampu sampai sehingga ke dalam saluran darah. Kadar dan kecekapan penyerapan bergantung kepada laluan kemasukan ubat. Sesetengah ubat boleh di ambil melalui mulut. Kategori ini dipanggil sebagai oral, iaitu kemasukan ubat melalui rongga mulut. Terdapat ubat seperti ubat untuk angina yang perlu di letak kan di bawah lidah . Tujuannya adalah untuk mendapatkan  penyerapan yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan penyerapan melalui mulut yang akan memasuki rongga usus dan seterusnya dicernakan dan barulah diserap ke dalam darah.

Terdapat ubat yang tidak boleh dimasukkan ke dalam badan melalui laluan oral. Contohnya insulin, sejenis protein yang diperlukan oleh pesakit diabetik yang hanya boleh diambil melalui suntikan subcutaneous (Sutikan pada bahagian lemak di kawasan peha, bawah lengan ataupun kawasan perut) dan juga intravenous (suntikan terus ke dalam salur darah). Jika insulin diberi di dalam bentuk oral, protein ini akan menjadi tidak aktif di dalam bahagian perut.

Ubat seperti steroid boleh dihasilkan di dalam bentuk cream bagi sapuan di bahagian kulit (Topical application). Contohnya cream untuk ruam atau gatal-gatal. Selain daripada itu, terdapat juga ubat yang dihasilkan di dalam bentuk aerosol seperti steroid bagi tujuan kawalan asma. Ia diberikan dalam bentuk aerosol keranal ubat tersebut akan terus bertindak pada reseptor sepanjang saluran penafasan dan kerintangan asma dapat dikurangkan dan pesakit boleh bernafas semula.

Terdapat ubat yang diberikan kepada pesakit dalam bentuk (intravenous), iaitu terus di masukkan ke dalam salur darah. Ubat yang di hantar terus ke dalam salur darah mempunyai kadar kemasukan (bioavailability) 100% berbanding ubat yang perlu melalui halangan-halangan di dalam badan. Ubat yang diberi secara oral perlu melapasi halangan daripada perut. oleh itu, ubat berbentuk oral perlu melepasi aktivti daripada jus gastrik dan enzim-enzim pencernaan lain yang bertanggungjawab untuk menukarkan ubat tersebut ke dalam bentuk yang baru agar ia boleh diserap melalui dinding perut dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Oleh itu, ubat yang dimasukkan melalui perut tidak akan memperolehi kadar kemasukan (bioavailability) 100% berbanding ubat secara (intravenous).

Semua ubat yang dihasilkan perlulah melalui proses penyerapan yang tertentu yang bertujuan untuk memperolehi kadar penyerapan tertinggi di dalam darah.

PENGAGIHAN (Distribution)

Apabila ubat telah diserap di dalam saluran darah, ia harulah dihantar ke tapak pelekatan/reseptor (receptor) yang dipertangungjawabkan. Interaksi antara ubat dan pada reseptor bergantung kepada ciri pelengkapan kedua-dua molekul. Semakin dekat dan semakin padan ubat dengan tapak pelekatan pada reseptor, maka semakin banyak ikatan berlaku (kebiasaanya ikatan tidak ‘kovalen’) yang menghasilkan tarikan daya yang kuat antara kedua-duanya, seterusnya afiniti ubat terhadap reseptor juga turut meningkat. Keupayaan sesuatu ubat untuk bergabung dengan jenis reseptor yang khas dinamakan spesifisiti. Tiada ubat yang sebetul-betulnya spesifik  tetapi kebanyakannya secara relatif mempunyai tindak balas yang selektif ke atas satu jenis  reseptor tertentu. Ubat dipriskripsikan untuk kesan terapeutik tetapi ubat juga boleh menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini dari kesan yang kecil (sedikit loya) hingga kepada kesan yang boleh membawa maut.

PENGAKTIFAN METABOLISMA (Metabolism/Biotransformation)

Liver atau istilah melayu adalah hati, merupakan organ yang bertanggungjawab untuk  menjalankan proses metabolisma ubat. Ubat yang melalui proses metabolisma akan melalui pelbagai proses antaranya  pengoksidaan, pengurangan, hidrolisis, penghidratan, konjugasi, pemeluwapan, atau isomerisasi. Matlamat utama adalah untuk menjadikan ubat lebih mudah untuk dikeluarkan daripada system badan. Enzim-enzim yang terlibat dalam metabolisme hadir dalam kebanyakan tisu tetapi umumnya lebih tertumpu kepada hati. Kadar metabolisma ubat pada individu dipengaruhi oleh faktor genetik, ganguan pada sistem badan (terutamanya gangguan hati kronik dan kegagalan jantung beroperasi secara normal), serta  interaksi antara ubat (terutama yang melibatkan induksi atau perencatan metabolismea). Jesteru itu, kadar metabolisme ubat adalah berbeza di kalangan pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai kadar metabolisme ubat yang tinggi sehingga darah mahupun tisu tidak mendapat konsentrasi  optimum bagi ubat tersebut untuk menjalankan fungsinya. Terdapat pula pesakit  yang mempunyai kadar metabolisme yang begitu perlahan sehingga dos biasa yang diberikan boleh memberi kesan toksik.

Terdapat dua fasa metabolisma di dalam hati. Untuk kebanyakan ubat, metabolisma berlaku pada   fasa II. Reaksi Tahap I melibatkan pembentukan kumpulan berfungsi atau diubahsuai atau pengurangan (pengoksidaan, pengurangan, hidrolisis). Tindak balas ini dipanggil tindak balas tidak sintetik. Reaksi Fasa II melibatkan konjugasi dengan bahan endogen (seperti kumpulan kimia glukuronik, sulfat, glisin). Tindak balas ini dipanggil tindak balas sintetik. Metabolit yang terbentuk dalam tindak balas sintetik lebih kutub dan dengan itu lebih mudah diekskresikan oleh buah pinggang (dalam air kencing) dan hati (dalam hempedu) daripada yang terbentuk dalam tindak balas tidak bayar sintetik. Sesetengah ubat hanya menjalani samada reaksi fasa I atau fasa II, tetapi terdapat juga ubat yang perlu menjalani kedua-dua fasa sebelum dikeliuarkan dari tubuh badan(proses perkumuhan,Excretion).

PERKUMUHAN (Excretion)
Perkumuhan adalah proses bagi mengeluarkan ubat dan metabolitnya daripada badan. Organ utama yang melakukan fungsi ini adalah ginjal/buah pinggang di mana ubat serta metabolit yang telah ditukarkan di dalam hati akan seterusnya  dikeluarkan di dalam air kencing.  Terdapat juga ubat yang boleh disalurkan kepada organ perkumuhan lain seperti  hempedu, air liur, peluh, air mata serta najis. Kebanyakan ubat bersifat polar (larut di dalam air). Ubat yang bersifat polar mempunyai kerintangan untuk melepasi salur darah atau lapisan membran untuk dikeluarkan secara langsung.

Secara amnya, sebatian molekul adalah kurang larut dalam air (polar solvents) dan akan lebih larut di dalam  pelarut bukan kutub (non-polar solvents), manakala sebatian ionik adalah lebih larut di dalam air berbanding pelarut bukan kutub. Di dalam badan terdapat dua persekitaran yang berbeza. Pertama, keadaan di mana lebih berair (aqueous, polariti yang tinggi) seperti di dalam plasma darah.  Sebatian ionik lebih cenderung larut dalam darah daripada sebatian molekul.

Kedua, keadaan di mana membran sel (rujuk rajah fosfolipid)yang kebanyakannya terdiri daripada lipid bukan polar (fosfolipid, glikolipid dan kolesterol). Oleh itu, bahagian tengah membran terdiri daripada rantaian hidrokarbon panjang. Sebatian molekul adalah lebih cenderung untuk  larut di bahagian dalam membran sel daripada sebatian ionic.

Kedua-dua keadaan di atas amat penting bagi menentukan kriteria sejenis ubat kerana ia akan menentukan kadar resepan dan kadar perkemuhan sesuatu ubat. Di dalam artikel ini, penulis hanya membincangkan di bahagian perkumuhan.

Ubat dan produk metabolik mereka diangkut oleh kapilari ke dalam tubular buah pinggang. Apabila darah memasuki ke dalam buah pinggang tiga proses boleh terjadi.

Pertama: Penapisan glomerular (Glomerular filtration). Di dalam bahagian ini, hanya molekul ubat dan metabolit kecil  mereka yang tidak terikat kepada protein plasma akan ditapis daripada darah. Ini bermakana ubat ini berstruktur ionic dan  mempunyai polariti yang tinggi di dalam aquoes (keadaan berair) akan dikeluarkan di bahagian ini. Ia tidak akan dipengaruhi di bahagian tubul ginjal yang lain. Molekul besar (seperti heparin) yang tidak polar atau molekul ubat yang terikat kepada protein plasma kurang dikeluarkan oleh penapisan glomerular.

Kedua: Rembesan tubula (tubular secretion).  Majoriti ubat tidak memasuki tubul ginjal melalui penapisan glomerular tetapi dilakukan oleh rembesan tubula. Ini adalah proses yang aktif kerana ubat-ubatan dibawa terhadap kecerunan kimia dari rangkaian kapilari ke tubula. Proses ini melibatkan pengangkutan aktif terhadap kecerunan tumpuan dan oleh itu, memerlukan tenaga dan agen pembawa untuk mengangkut ubat. Rembesan tubule melibatkan dua sistem pembawa – pembawa basics (bersifat alkali), yang mengangkut ubat basics (amilorida, dopamin, histamin), dan pembawa asid untuk ubat asid (frusemide, penicillin, indomethacin).

Bagaimana proses ini berlaku? Sebenarnya, aliran ubat ini kembali semula ke dalam darah besama-sama air. Sebenarnya, kebanyakan air yang mula-mula memasuki nefron (fungsi pertama sekali  buah pinggang adalah pengeluaran air) itu diserap kembali ke dalam darah sebagai cara fisiologi untuk mengimbangi semula cecair badan. Apabila pergerakan ini berlaku, beberapa ubat dibawa bersama dengannya dan kembali ke dalam salur darah.

Proses rembesan tubula boleh memberi impak yang besar kepada kelajuan ubat untuk disingkirkan daripada badan. Sebagai contoh, penisilin mudah memasuki nephron melalui rembesan tubula dan cepat dikeluarkan dari badan dalam air kencing. Dalam keadaan di mana kesan terapeutik perlu dipanjangkan, sejenis agen ubat  boleh diberikan (blocker) untuk melambatkan pengeluaran ubat yang terlalu cepat keluar dari tubuh badan.

Ketiga: Penyerapan semula tubular (Tubule reabsorption).

Terdapat ubat dan metabolitnya yang memasuki tubula ginjal tetapi sesetengahnya mungkin menjadi resistan semula ke dalam aliran darah. Beberapa ubat dan metabolit diserap kembali ke dalam aliran darah. Proses ini tidak memerlukan tenaga tetapi lebih kepada  pengangkutan pasif.


Rajah streptomysin bersifat polar dan lebih mudah untuk di keluarkan ke dalam  air kencing tanpa perlu melalui proses reabsorption di dalam buah pinggang. Manakala struktur Heparin, sejenis anticoagulant, di mana strukturnya agak  besar dan memerlukan proses perkumuhan yang lebih mendalam. Bagi heparin, hanya sebahagian kecil (Unfractionated type) sahaja yang akan di keluarkan melalui air kencing manakala selebihnya akan di proses semula di dalam badan melalui sistem reticuloendothelial.

Secara total, proses perkumuhan bukan berhenti setakat ini. Di dalam farmakokinetik, terdapat banyak lagi aspek lain yang perlu di ambil kira bagi perkumuhan sesuatu ubat. Ini termasuklah, first and second compartment, renal clearance, first, zero atau mix first/zero order metabolism, transport process,dan juga clinical implication yang perlu dibincangkan. Bagi bacaan umum, penulis berhenti di aspek ini sahaja.

KESIMPULAN

Apabila ubat memasuki sistem badan, ia perlu melakukan tugasan tersebut melalui beberapa proses. Ubat tidak boleh selama-lamanya berada di dalam badan dan perlu dikeluarkan dan di sini organ hati dan ginjal memainkan peranan. Apabila terdapat produk kesihatan yang memberikan kenyataan-kenyataan yang berunsurkan kesihatan, anda perlulah bertindak bijak dan berfikir di bagaimanakah produk-produk ini sebenarnya akan melakukan kerja tersebut. Lebih membahayakan jika produk tersebut hanyalah indah khabar dari rupa sekaligus memberi beban kepada organ hati dan buah pinggang untuk melakukan fungsi dengan lebih baik (dahlah pesakit kronik mempunyai organ yang tidak efisyen, dibebankan lagi dengan unsur-unsur bahan yang tidak diperlukan, bertambah kurang efisyenlah organ-organ tersebut malah lebih membahayakan, menjadi lebih rosak). Ini amat dikuatiri kerana ramai pembeli adalah dari golongan pesakit kronik buah pinggang, jantung dan hati yang mana organ mereka semakin lemah untuk berkerja. Kerana terdesak untuk menjadi lebih sihat, mereka terpedaya dengan penjualan hebat produk-produk kesihatan tanpa merujuk nasihat doktor pakar. Lebih malang lagi, mereka yang langsung tidak mahu berjumpa degan doktor pakar dan mempercayai bulat-bulat apa yang disarankan oleh ‘doktor produk’.

Bayangkan jika syarikat tersebut tidak melakukan sebarang kajian toksisiti terhadap produk mereka? Ini bermakna pengusah-pengusaha produk tidak pasti berapakah sukatan tertnggi produk mereka yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Lebih menyedihkan,terdapat pengusaha produk yang mengambil produk luar secara pukal dan menjenamakan semula untuk kegunaan ramai. Walaupun begitu, tidak semua pengusaha produk akan bertindak sebahagian. Segelintir daripadanya mungkin kurang peka akan isu yang bahaya ini.

Rujukan

1.Rang & Dale’s Pharmacology 8th Edition. Churchill Livingstone. 2015
2.A review of pharmacokinetic parameters of metabolites and prodrugs.de Campos ML, Padilha EC,
Peccinini RG. Drug Metab Lett. 2014 Jul;7(2):105-16.
3.Basic & Clinical Pharmacology, 13e . Bertram G. Katzung, Anthony J. Trevor.
4.A review of pharmacokinetic and pharmacodynamic interactions with antipsychotics. Ruki Wijesinghe.
Pharmacokinetics in Psychiatry and Neurology, Vol. 6, Iss. 1