Definisi: Kaji selidik adalah satu kedah yang digunakan untuk mengenalpasti kumpulan atau kategori populasi tertentu. Lalu maklumat dikumpulkan daripada sebahagian mereka untuk mendapatkan gambaran / membuat generalisasi terhadap apa yang difikirkan / dilakukan / diperlukan oleh keseluruhan kumpulan.

Walau bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan tidak dapat lari daripada persoalan-persoalan lain yang sukar dijawab seperti:

1. Berapa ramaikah orang yang perlu dikaji untuk mendapat gambaran yang tepat mengenai keseluruhan kumpulan?

2. Bagaimanakah populasi perlu dipilih?

3. Apakah soalan-soalan yang perlu ditanya dan bagaimanakah soalan patut ditanya kepada responden?

4. Apakah kaedah pengumpulan data yang difikirkan sesuai untuk digunakan?

5. Adakah terdapat kaedah pengumpulan data yang lebih baik berbanding dengan cara yang difikirkan?

Kemudiannya, sebaik sahaja seseorang / pihak kami berjaya mengumpulkan maklumat,

6. Bagaimanakah data tersebut perlu dianalisis dan dilaporkan?

Oleh itu, apabila kami memutuskan untuk membuat tinjauan / kaji selidik, kami sebenarnya menghadapi pelbagai isu yang kritikal seperti yang disebutkan di atas sebelum mengakhiri / membuat konklusi daripada dapatan tersebut.

Sesetengah tinjauan memakan masa bertahun hanya untuk merancang, ini termasuklah usaha untuk memilih dan mewawancara responden di lokasi tertentu dan beberapa bulan lagi hanya untuk menyelesaikan analisis sebelum melaporkan hasil. Ada juga kaji selidik yang dijalankan sepantas kilat seperti tinjauan dalam talian yang dihantar secara serentak kepada semua orang tanpa mengambil kira jarak dan lokasi. Dengan teknologi Internet, borang yang lengkap dapat dikembalikan hanya selepas beberapa minit kemudian. Pengumpulan data dapat dihentikan setelah beberapa hari sistem dibuka dan hasilnya dapat dilaporkan hanya dalam beberapa minit lagi. Jadi kaji selidik RoS yang mana?

Langkah-langkah asas dalam menjalankan kaji selidik

 

Terdapat juga tinjauan yang hanya menggunakan satu mod pengumpulan data seperti melalui panggilan telefon (phonebank Rafizi Ramli), atau yang lain mungkin melibatkan pelbagai mod, contohnya, melalui pos, panggilan telefon dan wawancara secara bersemuka.

Di samping itu, ada juga kaji selidik yang agak mudah dan murah dijalankan, seperti tinjauan melalui pos kepada ahli-ahli persatuan ibu tunggal. Manakala selebihnya mungkin sangat kompleks; seperti tinjauan ke atas orang ramai di seluruh negara Kesatuan Eropah, yang mana, soalan yang sama perlu dijawab dalam pelbagai bahasa oleh semua orang yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan.

Bersambung di artikel mendatang.

Rujukan:

de Leeuw, E. D., & Dillman, D. A. (Eds.). (2008). International handbook of survey methodology. Taylor & Francis.

Shares