Dalam artikel yang lepas kami telah terangkan bagaimana porno dapat menyebabkan ketagihan. Ketagihan yang menyebabkan si penonton susah untuk tinggalkan aktviti menonton pernografi.

Seperti juga dadah, porno juga menyebabkan penontonnya perlu menonton pornografi yang lebih ekstrim dan eksotik untuk meransang otak merembeskan dopamine yang lebih bagi mendapatkan kesan tenang, dan gembira.

Jadi dalam masa menonton porno, otak juga sedang membina jalan/reward-pathway yang menghubungkan apa yang ditonton dan keseronokan yang dapat. Dan memori ini akan disimpan, untuk digunakan pada waktu lain tanpa kita sedar, dan tanpa kita memilihnya. Ini sebab mengapa penonton porno sering terperangkap dalam kitaran yang sama.

Bagaimana Porno menjadikan sikap seks anda berubah?

Kajian oleh James G. Pfaus menunjukkan perkaitan hormone dopamine dan reward-pathway dapat mengubah tingkah laku seseorang.

Di dalam kajian tersebut seekor tikus jantan diletakkan  bersama dengan tikus bertina yang telah disembur dengan bau bangkai di dalam satu sangkar. Tikus secara alaminya tidak menyukai bau bangkai.

Tetapi keinginan untuk melakukan hubungan seksual mendorong tikus jantan untuk melakukan hubungan seksual dengan tikus bertina tersebut walaupun dalam keadaan yang secara fitrahnya tidak disukainya.

Selepas itu, kajian diteruskan dengan meletakkan tikus jantan yang sama di dalam sangkar dengan seketul kayu kecil yang telah disembur dengan bau bangkai tersebut. Dan keputusannya, tikus itu cuba mendekati kayu kecil itu dan seolah-olah kayu kecil itu pasangan yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual

Boleh dikatakan secara tidak langsung reward-pathway telah terbentuk dan tikus jantan itu sudah mampu sebati dengan bau tersebut, malah bau tersebut menjadi daya peransang untuk melakukan hubungan seksual.

Situasi ini disebabkan hormone dopamine yang dirembes ketika tikus jantan tersebut melakukan hubungan seksual pada pertama kali dan seterusnya terbentuk jalan/reward-pathway.

Dan perkara yang sama juga berlaku, ke atas manusia.

Menakutkan!

Inilah antara sebab seseorang manusia itu akan melakukan sesuatu yang diluar norma manusia, ketika mahukan kepuasan seksual.

Dalam hal ini, penonton porno lebih mendapat kepuasan seksual ketika menonton porno berbanding melakukan hubungan seks secara sihat dan normal. Perkara Ini kami ulas dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.

Kajian: Mereka yang selalu melihat porno akan cenderung menyaksikan aksi porno yang lebih ekstrim

Pada tahun 2012, satu survey telah di jalankan ke atas 1500 lelaki. Hasil daripada survey tersebut menunjukkan 56%  citarasa mereka terhadap porno meningkat kepada aksi porno yang ekstrim dan di luar daripada kebiasaan. Perkara ini berlaku disebabkan otak yang terdedah dengan grafik porno secara berlebihan dan berkala akan menyebabkan rasa biasa dan kurang meransang mereka.

Disebabkan itu penonton pornografi perlu mendapatkan aksi yang lebih ekstrim untuk mendapatkan kesan ghairah dan memberi kepuasan seksual kepada mereka.

Hasil akhirnya, mereka akan menyukai sesuatu perlakuan dan perbuatn seksual yang ekstrim dan menjijikan demi mendapatkan kepuasan seksual. Malah yang lebih menakutkkan mereka akan merasai perkara itu normal dan biasa bagi mereka.

Satu kajian menunjukkan, mereka yang terdedah dengan pornografi menganggap perlakuan seks dengan binatang dan seks secara ganas adalah sesuatu yang biasa berbanding mereka yang tidak menonton pornografi.

Dan apabila sesuatu tingkah laku atau perbuatan itu dianggap normal, mereka cenderung untuk mencubanya.

Perkara di atas menunjukkan kita kesan pornografi bukan sahaja berlaku di dalam otak tetapi mampu mengubah perilaku dan cara fikir seseorang.

Apa tunggu lagi jom bangkitmelawanporno.

Bacaan seterusnya:
1. KAJIAN: MELIHAT PORNO MEMBUATKAN ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEKSUAL
2. 3 KISAH INI AKAN MEMBUKA MATA KITA, APA ITU PORNOGRAFI.
3. KETAGIHAN PORNO. TOPIK TABOO YANG ANDA WAJIB TAHU

Sumber:-

Pfaus, J. G., Kippin, T. E., and Centeno, S. (2001). Conditioning and Sexual Behavior: A Review. Hormones and Behavior 40: 291–321. (http://www.pphp. concordia.ca/fac/pfaus/Pfaus-Kippin Centeno(2001).pdf)
fightthenewdrug.org
NoFap Survey http://www.reddit.com/r/NoFap/comments/updy4/rnofap_ survey_data_complete_datasets/
Zillmann, D. (2000). Influence of Unrestrained Access to Erotica on Adolescents’ and Young Adults’ Dispositions Toward Sexuality. Journal of Adolescent Health 27, 2: 41–44.
Paul, P. (2010). From Pornography to Porno to Porn: How Porn Became the Norm. In J. Stoner and D. Hughes (Eds.) The Social Costs ofPornography: A Collection of Papers (pp. 3–20). Princeton, N.J.: Witherspoon Institute.
Zillmann, D., and Bryant, J. (1984). Effects of Massive Exposure to Pornography. In N. M. Malamuth and E. Donnerstein (Eds.) Pornographyand Sexual Aggression. New York: Academic Press.
Bridges, A. J. (2010). Pornography’s Effect on Interpersonal Relationships. In J. Stoner and D. Hughes (Eds.) The Social Costs of Pornography: A Collection of Papers (pp. 89-110). Princeton, NJ: Witherspoon Institute.

Shares