PENGENALAN POKOK LETUP

1. Physalis minima, atau dikenali sebagai pokok letup, atau pokok letup kelambu, atau wild gooseberry merupakan pokok dari keluarga Solanaceae. Terdapat beberapa spesis lain yang juga dipanggil buah letup seperti Physalis peruvinia dan Passiflora foetida. Physalis peruvinia tidak berasal dari Malaysia dan banyak di dapati di Amerika Latin. Namun pengenalpastian spesis tumbuhan oleh ahli botani mengesahkan pokok yang ditularkan kononnya mengubati angin ahmar adalah Physalis minima.

2. Physalis minima(Pokok letup) digunakan secara tradisi di China untuk masalah keradangan, masalah limpa dan kanser [1]. Manakala ia digunakan secara tradisi di Thailand bagi masalah demam, jangkitan fungi di dalam mulut dan batuk berkahak [2] selain cirrhosis dan jaundis [3]. Ia digunakan secara tradisi di India bagi merawat sakit mata [4], sakit perut dan sembelit . Keseluruhan pokok ini direbus dan digunakan sebagai ubat kanser dalam rawatan tradisional melayu [5]

3. Physalis minima kaya dengan sebatian kimia dari kumpulan steroid dari rangka ergostone iaitu withanolides [1, 6-7] (lihat gambar 2) dan physalin [8-11] dan beberapa komposisi kecil sebatian kimia dari kumpulan flavonoid [12]. Sebatian kimia steroids withanolide banyak didapati dari tumbuhan keluarga Solanaceae [13]. Steroid jenis withanolide banyak dikaji untuk pelbagai aktiviti antaranya antikanser, hepaprotektif, anti-keradangan dan lain-lain.

pokok letup

PENGUJIAN BIOAKTIVITI

4. Physalis minima (Pokok Letup) disaring untuk antikanser dan menunjukkan potensi menrencatkan sel kanser paru-paru dan sel kanser payudara di dalam piring petri. Pemencilan sebatian kimia dari fraksi yang aktif menghasilkan sebatian kimia jenis steroids iaitu physalin B dan F, dan kedua-kedua sebatian ini aktif merencat sel kanser paru-paru dan sel kanser payudara [14-15].

5. Beberapa sebatian kimia dari kelas withaphysalin disaring untuk sel kanser colacteral dan paru-paru, dan menunjukkan aktiviti yang sederhana [11]. Di dalam kajian terbaru, physalin F, didapati merencat sel kanser dengan mencetuskan apoptosis iaitu kematian sel terprogram [16].

6. Di dalam kajian ke atas sekumpulan tikus, pemberian 200 mg/kg berat tikus mengurangkan kandungan glukosa dalam darah sebnayak 33% [17]. Di dalam kajian yang lain, ekstrak Physalis minima merencat akktiviti alpha-glukosidase, sejenis enzin yang menguraikan disaccharides kepada glukosa di dalam usus kecil. Penyelidik berkenaan juga mendapati pemberian 200mg/kg dan 400 mg/kg ekstrak Physalis minima kepada sekumpulan tikus mengurangkan kandungan glukosa di dalam darah [18].

7. Dua sebatian withanolides dari Physalis minima didapati bersifat anti-keradangan. Ekstrak Physalis minima mempunyai aktiviti anti-keradangan, analgesik dan antipyretic [19], antimalaria terhadap rodent malaria, Plasmodium berghei ke atas tikus [20], antibakteria [21], antikesuburan [22], dan menghalang tumbesaran sel kanser [13]. Dua sebatian dari Physalis minima juga mempunyak aktiviti antileishmanial yang sederhana [23], dan mengurangkan pembentukan sel fibrosis di jantung [24].

KESIMPULAN:

8. Dakwaan khasiat kesihatan rebusan pokok letup mungkin disebabkan kehadiran steroid jenis withanolide dan physalin di dalam pokok ini. Tiada kajian setakat ini menunjukkan pokok Physalis minima digunakan untuk tujuan rawatan angin ahmar atau stroke.

9. Pokok ini dikaji untuk antikanser hanya diperingkat saringan di dalam piring petri. Kajian lanjutan diperlukan untuk melihat keberkesanan dan keselamatan penggunaan pokok ini bagi rawatan kanser.

10. Penggunaan pokok ini bagi menggantikan rawatan hospital adalah tidak wajar. Penggunaan steroid berterusan dari ekstrak Physalis minima boleh memberikan kesan sampingan yang tidak dijangka.Ini kerana masih belum ada kajian keselamatan penggunaan steroid dari pokok ini antaranya kesan terhadap hati, buah pinggang dan neuron.

Sekian, semoga bermanfaat.

Siri khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh:

Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)

Rujukan:

[1] Guan, Y.-Z.; Shan, S.-M.; Zhang, W.; Luo, J.-G.; Kong, L.-Y., Withanolides from Physalis minima and their inhibitory effects on nitric oxide production. Steroids 2014, 82 (Supplement C), 38-43.

[2] Cheeptham, N.; Towers, G. H. N., Light-mediated activities of some Thai medicinal plant teas. Fitoterapia 2002, 73 (7), 651-662.

[3] Neamsuvan, O.; Ruangrit, T., A survey of herbal weeds that are used to treat gastrointestinal disorders from southern Thailand: Krabi and Songkhla provinces. Journal of Ethnopharmacology 2017, 196 (Supplement C), 84-93.

[4] Islam, M. K.; Saha, S.; Mahmud, I.; Mohamad, K.; Awang, K.; Jamal Uddin, S.; Rahman, M. M.; Shilpi, J. A., An ethnobotanical study of medicinal plants used by tribal and native people of Madhupur forest area, Bangladesh. Journal of Ethnopharmacology 2014, 151 (2), 921-930.

[5] Zakaria, M.; Mohd, M. A., Traditional Malay Medicinal Plants. ITBM: Kuala Lumpur, 2010.

[6] Gottlieb, H. E.; Cojocaru, M.; Sinha, S. C.; Saha, M.; Bagchi, A.; Ali, A.; Ray, A. B., Withaminimin, a withanolide from Physalis minima. Phytochemistry 1987, 26 (6), 1801-1804.

[7] Xu, X.-M.; Guan, Y.-Z.; Shan, S.-M.; Luo, J.-G.; Kong, L.-Y., Withaphysalin-type withanolides from Physalis minima. Phytochemistry Letters 2016, 15 (Supplement C), 1-6.

[8] Sen, G.; Pathak, H. D., Physalin L, a 13,14-seco-16,24 cyclosteroid from Physalis minima. Phytochemistry 1995, 39 (5), 1245-1246.

[9] Glotter, E.; Kirson, I.; Abraham, A.; Sethi, P. D.; Subramanian, S. S., Steroidal constituents of Physalis minima(Solanaceae). Journal of the Chemical Society, Perkin Transactions 1 1975, (14), 1370-1374.

[10] Mulchandani, N. B.; Iyer, S. S.; Badheka, L. P., Physalin D, a New 13, 14–Seco–16, 24–Cyclo Steroid from Physalis minima. Planta Med 1979, 37 (11), 268-273.

[11] Ma, L.; Gan, X.-W.; He, Q.-P.; Bai, H.-Y.; Arfan, M.; Lou, F.-C.; Hu, L.-H., Cytotoxic Withaphysalins from Physalis minima. Helvetica Chimica Acta 2007, 90 (7), 1406-1419.

[12] Ser, N. A., Flavonoids from Physalis minima. Phytochemistry 1988, 27 (11), 3708-3709.

[13] Zhang, H.; Cao, C.-M.; Gallagher, R. J.; Timmermann, B. N., Antiproliferative withanolides from several Solanaceous species. Natural product research 2014, 28 (22), 1941-1951.

[14] Lee, C. C.; Houghton, P., Cytotoxicity of plants from Malaysia and Thailand used traditionally to treat cancer. Journal of Ethnopharmacology 2005, 100 (3), 237-243.

[15] Ooi, K. L.; Muhammad, T. S. T.; Lim, C. H.; Sulaiman, S. F., Apoptotic Effects of Physalis minima L. Chloroform Extract in Human Breast Carcinoma T-47D Cells Mediated by c-myc-, p53-, and Caspase-3-Dependent Pathways. Integrative Cancer Therapies 2010, 9 (1), 73-83.

[16] Ooi, K. L.; Muhammad, T. S. T.; Sulaiman, S. F., Physalin F from Physalis minima L. triggers apoptosis-based cytotoxic mechanism in T-47D cells through the activation caspase-3- and c-myc-dependent pathways. Journal of ethnopharmacology 2013, 150 (1), 382-388.

[17] Daud, D.; Elias, S. F.; Hassan, F. S. M.; Jalil, M. N.; Tawang, A., Physalis minima Linn methanolic extract reduces blood glucose level without compromising sperm quality in normoglycaemic mice. Journal of Applied Pharmaceutical Science 2016, 6 (6), 8-11.

[18] Sathis Kumar, D.; Raju, S. N.; Harani, A.; Banji, D.; Rao, K. N. V.; Banji, O., Alpha-glucosidase inhibitory and hypoglycemic activities of Physalis minima extract. Pharmacognosy Journal 2009, 1 (4), 273-278.

[19] Khan, M. A.; Khan, H.; Khan, S.; Mahmood, T.; Khan, P. M.; Jabar, A., Anti-inflammatory, analgesic and antipyretic activities of Physalis minima Linn. Journal of Enzyme Inhibition and Medicinal Chemistry 2009, 24 (3), 632-637.

[20] Misra, P.; Pal, N. L.; Guru, P. Y.; Katiyar, J. C.; Tandon, J. S., Antimalarial Activity of Traditional Plants against Erythrocytic Stages of Plasmodium berghei. International Journal of Pharmacognosy 1991, 29 (1), 19-23.

[21] Patel, T.; Shah, K.; Jiwan, K.; Shrivastava, N., Study on the antibacterial potential of Physalis Minima linn. Indian Journal of Pharmaceutical Sciences 2011, 73 (1), 111-115.

[22] Sudhakaran, S.; Ramanathan, B.; Ganapathi, A., Antifertility effects of the petroleum ether extract of Physalis minima on female albino rats. Pharmaceutical Biology 1999, 37 (4), 269-272.

[23] Choudhary, M. I.; Yousuf, S.; Samreen; Ahmed, S.; Atta Ur, R., New leishmanicidal physalins from Physalis minima. Natural Product Research 2007, 21 (10), 877-883.

[24] Li, R.-J.; Gao, C.-Y.; Guo, C.; Zhou, M.-M.; Luo, J.; Kong, L.-Y., The Anti-inflammatory Activities of Two Major Withanolides from Physalis minima Via Acting on NF-κB, STAT3, and HO-1 in LPS-Stimulated RAW264.7 Cells. Inflammation 2017, 40 (2), 401-413.

Shares