Antara kelas pemakanan penting dalam nutrisi harian yang seimbang adalah vitamin. Vitamin sangat perlu dalam mengekalkan keseimbangan fungsi fisologi tubuh badan.

Bermula pada awal kurun ke-20, vitamin dilihat sebagai satu revolusi ikonic yang menghubungkan antara dua elemen iaitu, diet dan kesihatan.

Revolusi vitamin ini mengambil kira dua aspek utama,
1. diet seimbang adalah sumber kepada kelangsungan fungsi tubuh badan
2. Pengambilan spesifik nutrient yang rendah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Maka, revolusi ini menyebabkan masyarakat sedar bahawa keperluan vitamin sangat penting untuk menjaga kesihatan hinggakan ramai yang mengambil secara berlebihan.

Selain dibekalkan oleh hospital dan farmasi kerajaan, penjualan vitamins dan mineral juga boleh dilihat di rangkaian pasar raya, kedai farmasi yang berdaftar serta daripada syarikat jualan langsung.

Malah, terdapat juga produk-produk kesihatan yang dijual oleh syarikat jualan langsung yang tidak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakalanya kita mendengar terdapat sesetengah individu, memberi nasihat kepada para pengguna untuk mengambil vitamins dan mineral dengan kadar yang berlebihan dan tidak menepati jadual Dietary Reference Intake (DRI) yang dibenarkan.

Adalah sangat menyedihkan apabila mereka cuba memberi nasihat yang tidak tepat mengenai keperluan vitamins dan mineral terutama kepada mereka yang terdesak seperti mereka yang mempunyai penyakit berbahaya (kanser,diabetes, sakit jantung), orang-orang tua yang uzur, golongan ibu yang menyusukan anak-anak, serta golongan kanak-kanak (autisme, demam yang berpanjangan, imunisasi yang lemah, obesity) .

Memang tidak dinafikan, golongan-golongan ini memerlukan keperluan vitamin dengan dos yang berbeza , tetapi harus diingatkan, jumlah yang diperlukan tidak perlu dalam kuantititi yang terlampau tinggi hingga boleh menyebabkan keseimbangan nutrisi terjejas.

Bukan setakat itu, rawatan yang diambil oleh sesetengah pesakit mungkin tidak memberi kesan akibat daripada dos vitamin yang terlalu tinggi.

Adakah tindakan mengambil pengambilan vitamins dan mineral dengan kadar yang luar biasa tinggi adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan dan memberi kesembuhan kepada penyakit?

Apa itu vitamin ?

Vitamin adalah antara salah satu nutrien yang diperlukan untuk kelangsungan fungsi fisiologi tubuh badan. Tidak seperti kelas nutrient yang lain, vitamin tidak menjalankan tugas secara structure dan tidak berperanan untuk menghasilkan tenaga. Sebaliknya, keperluan vitamin menjadi sangat khusus, dan dos vitamin yang diperlukan oleh badan adalah dalam jumlah yang kecil sahaja setiap hari.

Perlu diketahui, pengambilan diet secara normal dan seimbang menyediakan keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan bagi mengekalkan kesihatan dan fungsi fisiologi tubuh badan serta membantu melawan tindak balas radikal daripada persekitaran. Oleh itu, adalah perlu bagi seseorang untuk mengenal pasti sama ada diet yang diambil seharian adalah seimbang dan dalam jumlah yang dibenarkan.

Berapa nilai vitamin yang diperlukan setiap hari ?

Jadual 1 menunjukkan nilai keperluan vitamin berdasarkan Dietary Reference Intakes (DRIs) mengikut kepada umur yang dicadangkan. Dos yang disarankan boleh diperolehi daripada diet yang seimbang seharian tanpa perlu diambil dalam bentuk pil mahupun cecair.

TETAPI perlu diingatkan, golongan seperti ibu hamil, kanak-kanak, warga emas serta mereka yang berpenyakit memerlukan pengambilan dos vitamin yang berbeza dan sudah pasti mereka memerlukan supplement tambahan dalam jumlah yang disarankan oleh pakar perubatan.

Jadual 1: Jadual ini diambil daripada laporan Dietary Reference Intakes (DRIs) daripada www.nap.edu. Ia memberi nilai Recommended Dietary Allowances (RDAs) dalam tulisan bold dan keperluan yang diperlukan (Adequate Intakes (AIs) ditanda sebagai *.

a: Pengambilan asid folic adalah penting kerana kekurangan nutrisi ini boleh mengakibatkan neural tube defects kepada bayi , adalah disarankan wanita mengandung mengambil 400 μg asid folik daripada supplements atau makanan yang tinggi kandungan asid folic.

b: Anggapan wanita mengandung akan terus mengambil jumlah asid folic sebanyak 400 μg daripada supplements mahupun diet tinggi asid folik sehingga kehamilan mereka disahkan atau sehingga mereka menerima rawatan semasa hamil (prenatal) daripada pihak hospital.

c. Oleh kerana 10-30% warga emas mengalami masalah kekurangan penyerapan (malabsorb) makanan yang mengandung vitamin B12, adalah dinasihati mereka yang berumur lebih daripada 50 tahun untuk mendapat secukupnya dos yang diperlukan. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

Kesan Toksik Pengambilan Vitamin Secara Berlebihan.

Kesan toksik akan berlaku sekiranya pengguna tidak berhati-hati dengan pengambilan vitamin yang diambil daripada supplement secara berlebihan . Antaranya:

* Pengambilan vitamin E secara berlebihan daripada supplement tambahan boleh menyebabkan interaksi dengan ubat-ubat lain yang diambil oleh seseorang pesakit yang mengambil anticoagulant (ubat cair darah seperti warfarin) dan ini boleh menyebabkan risiko pendarahan. Selain itu, terdapat sesetengah pesakit barah yang mengambil vitamin E secara berlebihan tidak memberi tindak balas positif kepada rawatan kimoterapi dan radiasi . Secara tidak langsung ini menjejaskan rawatan yang diberikan. .

* Vitamin C yang diambil secara berlebihan selalunya mempunyai kadar toksik yang rendah kepada badan kerana vitamin C besifat vitamin yang larut di dalam cecair (water-soluble vitamin). Meskipun begitu terdapat juga individu yang mengalami cirit-birit, muntah, pening kepala, sakit di bahagian abdomen, dan masalah usus akibat pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi . Selain itu, bagi pesakit yang mengambil ubat statin, sekiranya mereka mengambil vitamin C secara berlebihan, ini merencatkan kenaikkan high-density lipoprotein(Kolesterol baik) . Oleh itu, mereka yang mengambil ubat statin perlu dipantau kandungan lipid mereka.

* Hypervitaminosis A, adalah satu keadaan di mana pengambilan vitamin A yang terlalu tinggi. Keadaan toksik boleh menyebabkan seseorang mengalami penglihatan yang kabur, sakit pada bahagian sendi dan tulang, dan warna pada kulit boleh bertukar. Dalam keadaan toksisiti yang kronik, seseorang boleh mengalami kerosakan hati dan tekanan darah yang sangat tinggi di bahagian otak. Ini sering berlaku apabila seseorang mengambil dos vitamin secara berlebihan tanpa nasihat daripada pakar perubatan.

Nur Aliana Hidayah Muhamed. Sarjana sains perubatan(farmasi)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

References.
1. https://ods.od.nih.gov/HealthInformation/makingdecisions.sec.aspx
2. Recommended Nutrient Intake for Malaysia. A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Ministry of Health Malaysia. Putrajaya. 2005.
3. Hypervitaminosis A-induced liver fibrosis: stellate cell activation and daily dose consumption. Liver Int. 2006. March. 26(2):182-6.
4. Current trends in the use of vitamin E-based micellar nanocarriers for anticancer drug delivery. Expert OpinIon on Drug Delivery. 2016. September. 6:1-12.
5. The risk of abuse of vitamin supplements. Annales Academiae Medicae Stetinensis. 2014. 60(1):60-4.

Sumber imej daripada http://m.doctorulzilei.ro/cancerul-din-suplimentele-alimentare-ce-risca-cei-care-iau-calciu-sau-acid-folic-dupa-ureche/

Shares