Nanas batu atau dalam Bahasa inggerisnya Pine cone, adalah bahagian reproduktif pokok dari jenis pine atau Pinus spp. Terdapat 112 spesis pokok di bawah genus Pinus spp. Pokok pine bukan berasal dari Malaysia, dan ia banyak tumbuh di kawasan beriklim sederhana. Lihat gambar pine cone dari spesis Pinus pinea L. (Kews Garden)

Secara tradisi, minyak pati (essential oil) dari Pinus spp. Banyak digunakan sebagai pewangi. Di Turki, Pinus spp digunakan untuk merawat sakit sendi dan penyembuhan luka. Manakala, di Canada, pine cone (buah pine) banyak digunakan oleh masyarakat asal setempat untuk tujuan perubatan.

Terdapat beberapa jenis sebatian kimia semula jadi yang ditemui dari pokok Pinus spp antaranya labdane diterpene (Sultan et al, 2008) dari Pinus densiflora, monoterpenoids dan sesquiterpenoids (Kurose et al., 2007, Macchioni et al., 2002, Amri et al., 2013, Yang et al., 2010), phenolic acid (Lain et al., 2011) dari P. yunnanensis dan lignins (Ucar & Ucar, 2008).

Kajian perubatan berkenaan pine cone/buah pine (Nanas batu)

Terdapat beberapa kajian terhadap pine cone (buah pine). Antaranya: anti keradangan, bersifat analgesik, antitumor, sitotoksi ke atas sel kanser payudara, antibakteria, antioksidan dan antiviral (Li et al., 2013)

Namun begitu, kesemua pengujian di atas hanya dilakukan secara piring petri dan ke atas tikus sahaja. Sehingga kini belum ada data yang konkrit yang boleh merasionalkan penggunaan nanas batu atau cone pine (buah pine) untuk mengubati penyakit pada manusia.

Nanas batu ini mempunyai nilai komersil dalam industri perkayuan. Ia merupakan bahan buangan dari industry penanaman pokok pine bagi industri penghasilan kertas. Selain itu, minyak pati dari cone pine (buah pine) digunakan meluas sebagai pewangi dan bahan tambahan di dalam makanan.

Dakwaan nanas batu boleh mengubati pelbagai penyakit adalah mengelirukan, kerana kajian sedia ada tidak konkrit bagi menggantikan ubat sedia ada.

Sekian, semoga bermanfaat.

Siri khidmat masyarakat ini dibawakan khas untuk anda oleh

Che Puteh Osman,
PhD (Natural Product Chemistry)

Rujukan:

  1. Li, B., Shen, Y.-H., He, Y.-R., & Zhang, W.-D. (2013). Chemical Constituents and Biological Activities of Pinus Species. Chemistry & Biodiversity, 10(12), 2133-2160. doi:10.1002/cbdv.201100373
  2. Kurose, K., Okamura, D., & Yatagai, M. (2007). Composition of the essential oils from the leaves of nine Pinus species and the cones of three of Pinus species. Flavour and Fragrance Journal, 22(1), 10-20. doi:10.1002/ffj.1609
  3. Kurose, K., Okamura, D., & Yatagai, M. (2007). Composition of the essential oils from the leaves of nine Pinus species and the cones of three of Pinus species. Flavour and Fragrance Journal, 22(1), 10-20. doi:10.1002/ffj.1609
  4. The Herbarium Catalogue, Royal Botanic Gardens, Kew. Published on the Internet http://www.kew.org/herbcat [accessed on 30112017]’. 
  5. Tumen, I., Hafizoglu, H., Kilic, A., Dönmez, I. E., Sivrikaya, H., & Reunanen, M. (2010). Yields and Constituents of Essential Oil from Cones of Pinaceae spp. Natively Grown in Turkey. Molecules, 15(8), 5797.
  6. Tümen, İ., Akkol, E. K., Taştan, H., Süntar, I., & Kurtca, M. (2018). Research on the antioxidant, wound healing, and anti-inflammatory activities and the phytochemical composition of maritime pine (Pinus pinaster Ait). Journal of Ethnopharmacology, 211(Supplement C), 235-246. doi:https://doi.org/10.1016/j.jep.2017.09.009
  7. Ucar, M.B. and Ucar, G. (2008). Lipophilic Extractives and Main components of Black Pines Cones, Chemistry of Natural Compounds, 44(3), 380-383
  8. Yang, X., Zhang, H., Zhang, Y., Zhao, H., Dong, A., Xu, D., . . . Wang, J. (2010). Analysis of the Essential Oils of Pine Cones of Pinus koraiensis Steb. Et Zucc. and P. sylvestris L. from China. Journal of Essential Oil Research, 22(5), 446-448. doi:10.1080/10412905.2010.9700368
  9. Zou, P., Yang, X., Huang, W.-W., Zhao, H.-T., Wang, J., Xu, R.-B., . . . Qin, D. (2013). Characterization and Bioactivity of Polysaccharides Obtained from Pine Cones of Pinus koraiensis by Graded Ethanol Precipitation. Molecules, 18(8), 9933.

 

 

 

Shares