Kepercayaan ini sudah lama bertapak di dalam masyarakat dimana kita percaya bahaya meminum air lepas makan merupakan punca kepada obesiti. Penjelasan yang diberikan oleh mereka yang mempercayai perkara ini adalah mereka percaya bahawa jika air sejuk diminum selepas makan ia akan menyebabkan lemak menjadi beku dan kemudian menjadi lemak pada bahagian perut. Inilah punca oebsiti kata mereka.

Tetapi sebelum kita sentuh bab itu, mari kita bincangkan berkenaan dengan penyerapan lemak dalam saluran permakanan manusia

Pencernaan lemak

Perlu diketahui bahawa lemak terdiri daripada 2 kompaun iaitu glycerol dan fatty acid yang bergabung menjadi triglyceride. Triglyceride inilah lemak yang kita katakan sebelum ini. Disebabkan triglyceride bersifat hydrophobic(takut kepada air), ini membuatkan ia tidak larut di dalam air. Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut adalah jenis yang larut dalam air sahaja.

Gabungan glycerol dan 3 kompaun fatty acid akan menghasilkan kompaun triglyceride(lemak)

Badan mengatasi perkara ini dengan merembaskan garam hempedu yang akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil. Gumpalan yang kecil ini akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan lemak tersebut.

Ketika mana ia telah diuraikan menjadi glycerol dan fatty acid, barulah ia akan diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga seperti lemak.

Jika lemak terlebih simpan, itulah penyebab kepada obesiti

Pada bahagian kiri, gumpalan lemak dipecahkan menjadi gumpalan kecil menggunakan garam hempedu(bile salt). Ini akan menambahkan luas permukaan untuk tindakakan enzim lipase. Enzim lipase akan menguraikan lemat tadi menjadi fatty acids dan glycerol. Free fatty acid ini pula akan diserap ke dalam permukaan sel usus untuk dihantar ke bahagian badan yang lain menggunakan chylomicrons

Minum air sejuk penyebab obesiti ke?

Sebelum ini dikatakan minum air sejuk akan menyebabkan penggumpalan lemak yang tidak boleh dicernakan oleh badan dan menyebabkan ia berkumpul di perut dan menjadi penyebab kepada obesiti.

Tetapi seperti penerangan saya di atas, syarat pertama untuk dia menjadi lemak di dalam badan kita, perlulah ia dicernakan dan diserap terlebih dahulu. Kemudian barula ia akan dibawak kepada bahagian badan yang lain dan berkumpul disitu menjadi lemak. Tetapi, jika ia masih dalam gumpalan lemak, sudah tentu ia tidak boleh diserap oleh badan dan badan tidak akan menjadi obes sepatutnya

Oleh itu, perlu kita faham bahawa minum air sejuk tidak menyebabkan kegemukkan malah ada juga kajian yang menyatakan jika kita meminum air yang sedikit sejuk, ia akan meningkatkan metabolisma badan kita dan menyebabkan penurunan berat badan. Bukan peningkatan berat badan

Sebagai tambahan, air kosong tidak mempunyai sebarang kalori di dalamnya. Bermaksud ia tidak mempunyai apa-apa tenaga untuk ditukarkan kepada lemak.

Jadi jika anda ingin minum air sejuk, silakan.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

Shares