Hari itu amat sejuk. Cuaca di negara kecil Skandinavia ini amat luar biasa pelik. Penuh misteri. Aku kira sudah baru masuk musim luruh, tapi hujannya masih lebat. Paginya teramat panas disimbahi mentari. Tengaharinya hujan, dan berlarutan hingga ke petang dan makin lebat di bawa ke malam. Ternyata aku tersilap percaturan dalam memilih baju yang sesuai. Jadi aku bermalasan untuk pulang. Aku fikir, kekal kering di makmal, atau basah kesejukan di luar.

Petang itu, aku mendapat khabar gembira. Permohonan aku untuk ke KU Leuven, Belgium telah diterima sebagai visiting scholar. Aku dijangka akan ke sana lagi dua bulan. Aku berkira-kira bilangan sampel kajian yang belum aku usik. Sedap juga kalau boleh habiskan kesemuanya, sebelum “bercuti” di Belgium – getus hatiku.

Aduh, memikirkan sampel kajian, tiba-tiba bulu roma aku terus tegak. Meremang kerana terkenangkan saat aku terperangkap ketika turun ke basement untuk menyimpan sampel. Adakah kejadian tersebut suatu kebetulan, atau masaalah teknikal. Bayangan lelaki botak, tinggi berkulit gelap tersiar-siar di fikiranku. Aku masih tidak faham, kenapa tiba-tiba Joseph muncul. Dan pintu tiba-tiba terbuka. Kemudiannya hilang dalam kegelapan lewat malam itu. Sedangkan Josep, janitor bangunan di Rolighedsvej 26 sedang bercuti! Mana mungkin Josep datang kerja pada tengah malam!

Aku masih teringat bagaimana ketika aku di basement, tiba-tiba lampu terpadam, dan semua pintu yang memberi akses ke tingkat atas terkunci dengan sendirinya. Dalam kepekatan malam, saya cuba untuk mencari jalan untuk keluar, dengan bantuan lampu dari iPhone. Berkali-kali saya terlanggar barang yang diletakkan di sisi laluan itu. Tiba-tiba dari hujung jalan, saya nampak ada satu cahaya kecil dari sebalik pintu. Saya menjerit-jerit meminta tolong. Pintu tersebut terbuka, dan saat itu saya terpandang wajah seiras Josep. Saya berlari sekuat hati ke pintu tersebut. Tetapi Josep tiada di situ. Peluh satu badan.

Ingatan aku terhadap insiden pelik lalu aku lontar jauh-jauh. Aku mahu siapkan sampel dan ber”cuti”. Tekad.

Dalam berat hati, aku memilih untuk terus menyiapkan pemprosesan sampel kajian. Lagipun, pada awalnya fume hood chamber sudah penuh di tempah oleh pelajar lain. Aku memeriksa jadual; petang sudah kosong! Lampu hijau untuk aku terus bekerja sesuka hati hingga lemat malam atau terus ke pagi esoknya!

Aku terus menuju ke makmal. Sampel yang aku ambil sejak tengahari tadi sudah layak untuk diproses kerana sudah tidak beku. Aku teringat cerita Josue ketika ke basement tengahari tadi. Khabarnya, ketika Denmark berperang dengan Jerman suatu masa dahulu, basement adalah pilihan popular untuk menyelamatkan diri dari serangan udara. Namun, disebabkan situasi peperangan, kurang bekalan untuk bahan pemanas, ramai yang mati kesejukan ketika bersembunyi. Josue cakap, dia pernah terdengan suara anak kecil menangis nyaring, “Nej….nej…”

Nej bermaksud tidak. Tidak pasti apa yang diraungkan anak kecil itu ditengah malam. Tapi Josue buat-buat tidak tahu sahaja.

Selepas era berperang, basement ini menjadi tempat yang menghubungkan antara bangunan-bangunan di Institute Kajian Veterinari dan Pertanian ini. Dikhabarkan haiwan-haiwan akan di heret melalui basement untuk dipindahkan dari satu unit ke unit lain. Ini kerana, jalan dia atas adalah jalan raya yang sibuk dengan kereta. Haiwan ini juga dikorbankan di basement untuk tujuan penyelidikan.

Apabila sampai ke makmal, sudah tiada sesiapa di situ kerana menjelang musim luruh, sejak pukul 3 petang sudah dirasakan seperti tengah malam. Matahari cepat benar tenggelam. Aku picit suis radio. Lagu Lukas Graham 7 years–berkumandang memenuhi ceruk ruang makmal. Aku mula bekerja. Perancangan awal mahu sahaja aku pasangkan alunan bacaan al Quran, tetapi aku takut lain pula tanggapan rakan sekerja yang lain nanti.

Ketika tekun melalukan kerja difume hood chamber, tiba-tiba siaran radio seperti terganggu. Seperti cerita-cerita alien di mana siaran berbunyi seperti robot. Lampu seperti berkelip kelip beberapa saat. AKu tengok jam menghampiri 12 tengah malam. Aku sedikit cuak. Lalu aku ke radio dan cuba mencari siaran. Gagal, dan aku terus cabut plug. Aku kembali ke chamber untuk bekerja.

Ketika itu, aku rasakan seperti ada sesuatu yang memerhatikan aku. Aku rasa seperti ada seseorang yang duduk di sebelahku. Meremang tengkuk ku. Aku teringat kisah kawanku di USM yang berkerja dengan sel sel kanser; Nadia – bukan nama sebenar. Sel tersebut di ambil dari pesakit kanser ovari yang telah meninggal. Nadia cuba untuk membiakkan sel tersebut di makmal. Nadia ada kebolehan untuk melihat hantu. Terbuka hijab kata orang-orang yang mempercayai perkara mistik. Nadia cakap, semasa di makmal, dia selalu ditemani “kawan” barunya itu. Kawan itu tidak pernah menggangunya. Hanya sekadar berdampingan, memerhati dan juga kadang-kadang tersenyum, tanpa melihatkan matanya.

Kisah Nadia dan kawannya amat popular ketika di Makmal Molekular USM dahulu. Pernah suatu masa, makmal tempat Nadia bekerja pernah terbakar, dan Nadia terus hilangkan diri. Masa itu, aku langsung tidak percaya pada cerita-cerita sedemikian. Bagi aku, semua itu hanyalah perkara karut.

Tapi, siapa yang sedang memerhatikan aku ini. Aku rasa begitu rapat ia di sampingku. Nafas aku menjadi sesak. Terasa bagai dihimpit. Badanku mula berpeluh, dan tiba-tiba bau busuk mula memenuhi ruang bilik makmal.

Sudah. Ujian apakah ini?

Bau apa pulak ni. Cukuplah perasaan diperhatikan buat aku jadi tidak tentu arah. Baunya semakin kuat. Bau seperti bangkai. Seperti isi perut, malah lebih dasyat dari bau hanyir darah. Aku jadi tidak sedap hati. Aku semakin gelabah. Mulutku tidak henti-henti membacakan ayat al Quran. Ayat-ayat yang aku ingat. Aku berasa sangat sempit, seperti dihimpit sesuatu. Aku cuba menghantukkan kepala pada cermin fume hood, dengan harapan aku bermimpi. Ternyata aku tidak mimpi. Aku cuba untuk tidak panik. Tiba-tiba loceng amaran berbunyi. Mirip bunyi yang biasa aku dengar semasa insiden di basement. LAmpu makmal terpadam tiba-tiba.

Tangan aku masih memegang sampel. Aku jadi serba salah kerana sampel yang di ambil dari orang-orang tua Denmark ini amat berharga, dan aku tidak boleh bazirkan walaupun satu. Aku tidak boleh terus berlari untuk menelamatkan diri. Aku memilih untuk membatu menghadap chamber tersebut. Berpeluh, dan beristighfar. Aku dapat rasakan sesuatu yang mendampingi aku semakin menjauhi. Memandang dari sudut. Aku pejam mata. Terasa seperti akan pitam.

Tiba-tiba, bahu aku dipegang. Mata aku masih rapat memejam. Remang semakin kuat. Aku tidak berani untuk menoleh.

“Next time, if you want to work late, please let me know. I will show you where to switch on the electricity, and most importantly the fume hood. It will help you better to suck up the smell from these feacal samples!”

Aku hanya tersenyum.

“Thanks Nils”, ucapku pada penjaga bangunan.

Ps – apabila menghampiri musim sejuk, amat mudah untuk terkena cas elektrostatik and rasa meremang. Kajian microbiota memerlukan satu bilik makmal yang asing, kerana ketika memproses sampel tinja, baunya amat busuk. Fume hood chamber yang beroperasi dengan baik amat membantu.

SEKIAN.

 

Shares