Baru-baru ini tular pada page fb Mualim Mohd Fadhli mengenai kisah yang sangat merisaukan.

Kisahnya di sebuah sekolah rendah, terdapat seorang murid lelaki yang melakukan hubungan seks dengan kakaknya sendiri.

Puncanya kerana kakaknya mengajaknya melakukan aksi yang sama seperti dilihat di filem porno yang mereka tonton.

Lebih malang lagi, ibu, bapa, abang, kakak dan dirinya menonton porno bersama-sama.

Ini adalah post tersebut:

Dirogol Ayah Tiri & Tengok 'Blue' dengan mak ayah abang & kakak bersama===========================Baru dapat…

Posted by Mualim Mohd Fadhli on 21hb Ogos 2017

Semua ini membawa ke pada satu persoalan: Apa nak jadi dengan masyarakat kita?

Sepatutnya kehidupan seorang kanak-kanak dipenuhi segala keseronokan zaman kanak-kanaknya. Bukan menjadi kemaruk porno atau seks. Sepatutnya anak-anak ini diajar bercita-cita, diajar tulis dan baca. Bukan jadi ketagih senggama.

Kecanduan porno, ketika memasuki kepada institusi kekeluargaan, akan memberi kesan yang maha fatal.

Kajian menunjukkan pasangan yang berkahwin dengan salah seorangnya adalah penghidap masalah porno akan dihidapi kekurangan hubungan intim dan sensitiviti. Ia juga menyebabkan keresahan yang tinggi, kerahsiaan dalam hubungan, dan ikatan perkahwinan yang gagal berfungsi dengan baik. [1] Lebih teruk lagi, kerana pencandu porno selalunya akan mendapat risiko dibuang kerja kerana menggunakan komputer pejabat untuk menonton porno, maka pasangan seperti ini mempunyai kebarangkalian untuk mendapat masalah kewangan juga. [2]

Malahan, kebanyakan wanita-tanpa mengira latar belakang agama-melihat pornografi sebagai ancaman yang serius kepada perkahwinan. [3] Kenapa? Kerana pasangan yang selalu menonton porno akan meluangkan lebih sedikit masa bersama kerana masa yang ada digunakan untuk menonton porno. Pelik bukan? Hakikatnya memang pencandu porno akan mengambil banyak masa untuk menonton porno. Dalam satu bancian yang dijalankan majalah Elle dan MSNBC.com, satu perlima dari responden lelaki pada bancian mengaku yang kecenderungan mereka menonton porno telah menjadikan mereka meluangkan kurang masa bersama pasangan dan anak-anak. Dan terdapat 37 peratus responden yang menonton porno selama lima atau lebih jam seminggu! [4]

Di samping itu, kajian juga menunjukkan banyak pasangan yang merasakan ianya adalah satu kecurangan-atau hampir kepada kecurangan-apabila pasangan mereka menggunakan video tubuh badan orang lain untuk meransang keinginan seksual. [5]

Lebih teruk lagi terdapat penyelidikan yang mendapati pencandu porno yang telah berkahwin akan lebih tinggi kemungkinannya untuk melakukan hubungan seksual dengan selain daripada pasangannya; berbanding mereka yang tidak menggunakan porno. [6] Dan lelaki yang menonton porno lebih tinggi kemungkinannya untuk melanggan pelacur. [7]

Sebagaimana yang dinyatakan seorang penyelidik, “Lelaki yang menyaksikan penindasan terhadap wanita di dalam tayangan porno secara konsisten, tetapi tidak dapat berhubungan dengan pasangan mereka secara menindas pasangan itu pula, akan menyebabkan mereka mendapatkan pelacur untuk merealitikan apa yang menjadi ketagihan mereka.” [8]

Suami atau isteri yang pengguna porno juga akan lebih permisif dalam hubungan. Mereka akan lebih rela pada mempunyai ramai pasangan seksual, dan jenis-jenis seks yang berbahaya, yang akhirnya menyebabkan hubungan kekeluargaan yang tidak stabil. [9] Perceraian juga sangat banyak berlaku di kalangan pasangan berkahwin yang menggunakan porno. Dalam satu tinjauan yang dilakukan terhadap American Academy Of Matrimonial Lawyers pada tahun 2002, terdapat 62 peratus peguam cerai yang menyatakan kecenderungan porno adalah menjadi faktor yang signifikan pada kes-kes perceraian yang mereka uruskan. [10]

Kalau sampai beginilah kesan-kesan porno kepada keluarga, tidak hairanlah macam-macam kepelikan timbul pada hari ini.

Soalannya, adakah anda sanggup membiarkan diri anda menjadi pencandu porno?

Soalan seterusnya, jika anda tidak ketagih porno, adakah anda sanggup membiarkan sahaja ahli keluarga anda terjerumus kepada kemusnahan ini?

Bacaan seterusnya: 3 kisah yang akan membuka mata kita berkenaan pornografi

Rujukan:

[1] Wildmom-White, M. L. and Young, J. S. (2002). Family-of-Origin Characteristics Among Women Married to Sexually Addicted Men. Sexual Addiction &
Compulsivity 9, 4: 263–73.
[2] Wildmom-White, M. L. and Young, J. S. (2002). Family-of-Origin Characteristics Among Women Married to Sexually Addicted Men. Sexual Addiction &
Compulsivity 9, 4: 263–73.
[3] Bridges, A. J., Bergner, R. M., and Hesson-McInnis, M. (2003). Romantic Partners’ Use of Pornography: Its Significance for Women. Journal of Sex and Marital
Therapy 29, 1: 1–14.
[4] Paul, P. (2007). Pornified: How Pornography Is Transforming Our Lives, Our
Relationships, and Our Families. New York: Henry Hold and Co., 155.
[5] Paul, P. (2007). Pornified: How Pornography Is Transforming Our Lives, Our
Relationships, and Our Families. New York: Henry Hold and Co., 163.
[6] Wright, P. (2013). U.S. Males and Pornography, 1973–2010: Consumption, Predictors, Correlates. Journal of Sex Research 50, 1: 60–71; Zillmann, D. and Bryant,
J. (1988). Effects of Prolonged Consumption of Pornography on Family Values.
Journal of Family Issues 9: 518–554.
[7] Malarek, V. (2009). Johns: Sex for Sale and the Men Who Buy It. New York:
Arcade, 193–96; MacKinnon, C. A. (2005). Pornography as Trafficking. Michigan
Journal of International Law 26, 4: 999–1000; Monto, M. A. (1999). Focusing
on the Clients of Street Prostitutes: A Creative Approach to Reducing Violence
Against Women. Paper submitted to the U.S. Department of Justice.
[8] MacKinnon, C. A. (2005). Pornography as Trafficking. Michigan Journal of
International Law 26, 4: 999–1000.
[9] Carroll, J. S., Padilla-Walker, L. M., and Nelson, L. J. (2008). Generation XXX:
Pornography Acceptance and Use Among Emerging Adults. Journal of Adolescent
Research 23, 1: 6–30.
[10] Dedmon, J. (2002). Is the Internet Bad for Your Marriage? Online Affairs,
Pornographic Sites Playing Greater Role in Divorces. Press Release from The
Dilenschneider Group, Inc.

Shares