Apa itu Infertiliti?

Kahwin lama, kenapa takde anak lagi, kita kan biasanya berkata, belum rezeki, benar belum rezekinya, tetapi kita perlu tahu akan asbab dan punca sesuatu perkara dari segi sains perubatan. Maybe there is something wrong inside. After all, it’s our responsibility to take care of our health and this include sexual health (only applicable for married couple for Muslims).

Infertiliti biasanya dikaitkan apabila kegagalan untuk mendapatkan anak setelah setahun berkahwin dan mempunyai hubungan seks yang normal.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan sebab sebenarnya dan paling penting, bukan hanya kepada wanita. Ramai kalangan kita menyalahkan wanita apabila terdapat masalah untuk mendapatkan anak. Lelaki sebenarnya turut memainkan peranan. Persenyawaan kan memerlukan sperma (lelaki) dan ovum (perempuan).

Image result for fibroidContoh Fibroid

Apa itu Toksikologi Reproduktif?

Toksikologi reproduktif merupakan cabang toksikologi yang berkait rapat dengan sistem reproduktif.

Topik kali ini akan bincangkan berkenaan kisah fibroid yang ditulis untuk penulisan umum bagi memudahkan pembacaan.

Fibroid lazimnya antara sebab infertility boleh berlaku dan biasanya berada di kawasan uterine/uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan kecil yang melekat di dinding uterus and boleh mebesar sehingga saiz yang sama besar dengan dinding unterus berkenaan. Fibroid biasanya mempunyai reseptor yang lebih aktif dan ini menyebabkan ia mampu membesar bagai johan.

Kehadiran fibroid adakalanya mempunyai simptom khusus seperti pendarahan tidak tetap ketika haid dan pendarahan yang banyak, namun, ia boleh dilihat dengan scan pada kawasan uterus.

 

fibroidContoh fibroid berbilang saiz

Fibroid dan Makanan

Ramai mengaitkan fibroid dengan makanan terproses, namun, terdapat kajian penyelidikan yang mengaitkan ia dengan pengambilan makanan bertin yang tinggi bahan pengawet seperti ikan sardine dalam tin dan sebagainya.

Apa yang anda perlu tahu?

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan kehadiran fibroid dengan makanan seperi makanan dalam tin, daging dan ‘ham’, serta kekurangan sayur dan buah. Jadi apa lagi? Pilih daging putih ya! Go for white meat like fish and chicken.

Kajian selanjutnya mengaitkan juga masalah tersebut dengan kafein dan alcohol. Terdapat kajian yang mengaitkan wanita yang minum alkohol akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mempunyai fibroid dan wanita yang minum kopi berkafein turut mempunyai risiko yang sama.

Alternatif? Mulakan pagi anda dengan air lemon atau teh hijau.

Phytoestrogen turut dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser endometral. Apa itu phytoestrogen? Phytoestrogen merupakan bahan dalam tumbuhan yang menyerupai hormone estrogen dalam tubuh. Bila ada phytoestrogen, ia akan memberi kesan antiestrogenik. Contoh makanan tinggi phytoestrogen adalah kacang soya, sayuran, whole grains dan herba. jadi jom kita mula makan tempe?

Protein yang variasi

Variasi jenis protein dalam makanan turut membantu. Cuba gantikan protein dari daging dengan protein dari ikan dan kekacang, ramai menyangka protein dari kekacang ni tidak mengenyangkan. Tapi, tak sebenarnya. Boleh, cuba makan dalca, cuba makan tosai, kebanyakan makanan dari India ni menggunakan kekacang, inilah masanya untuk cuba ya.

Selain itu, vitamin D juga penting untuk pengurangan risiko uterine fibroids. Semalam ada teman bentang kajian berkenaan vitamin D dan jelas orang kita terutamanya Muslim ni kurang vitamin D, terutama dari makanan. So mana nak dapat vitamin D? Ada dalam sinaran matahari sebelum pukul 11 pagi ya. Ada kajian yang dilakukan di sekitar pantai Timur, bandingkan vitamin D nelayan dan pekerja ofis, nelayan ni jauh mencapai saranan vitamin D berbanding pekerja ofis. Nah, ape lagi, masa untuk jogging di awal pagi?

Last but not least, tinggikan pengambilan sayur dan buah. Kaum yang tak suka sayur, tolonglah mula ambil sayur, bagus sayur ni, terutama yang hijau-hijau tu. Mula juga ambil whole grains yang kaya dengan vitamin B, rolled oat tu bagus tau. Nak cerita mekanisma tak payahlah, yang penting, mula ambil rolled oats.

Penulisan tamat sampai di sini. Sekarang, dah tahu apa perlu tukar, apa perlu buat kan? Ini untuk pencegahan dan elakkan pertumbuhan semula fibroid. Kalau dah ada masalah tersebut, boleh pergi jumpa doktor untuk rawatan yang seterusnya.

Disclaimer: Penulis bukan doktor perubatan tetapi pensyarah dalam bahagian Toksikologi, kalau ada Fibroid, jangan memandai ambil suplemen tu suplemen ni nak kecilkan fibroid, Ikut temujanji dengan doktor perubatan dahulu dan amalkan corak pemakanan di atas ya! Usaha tangga kejayaan!

Bacaan seterusnya: Apakah itu kanser?
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

 Rujukan :

  1. Casarett & Doull’s Toxicology: The Basic Science of Poisons, Eighth Edition
  2. The role of vitamin D in reproductive dysfunction in women – a systematic review. Skowrońska P, Pastuszek E, Kuczyński W, Jaszczoł M, Kuć P, Jakiel G, Wocławek-Potocka I, Łukaszuk K. Ann Agric Environ Med. 2016 Dec 23;23(4):671-676.

 

Shares