Sejak akhir-akhir ini, Cendawan Mekah atau Kombucha mendapat populariti dari masyarakat setempat lantaran dakwaan khasiatnya yang boleh menjadi penawar pelbagai penyakit. Ia mula dijual sebagai ‘air/ cendawan seribu khasiat’ yang mampu menyembuhkan penyakit dari demam sehinggalah diabetes, kanser dan darah tinggi.




APA SEBENARNYA CENDAWAN MEKAH?

Asal permulaan penggunaan kombucha sebagai minuman kesihatan tidak begitu diketahui (semestinya bukan dari Mekah dan Timur Tengah). Namun, ada catatan yang mengatakan ia telah diamalkan di Manchuria (200 BC) dan kemudiannya di Jepun, Rusia dan Timur Eropah.

Image result for kombucha

Kerana namanya, ia seringkali disalahanggap dengan minuman atau persediaan Jepun yang menggunakan kombu sebagai pemula. Kombu adalah sejenis alga marin (Saccharina japonica) yang banyak digunakan dalam kulinari Jepun.

Image result for kombu

Kelp Kombu

Kombucha, mud mud atau apa saja nama panggilan bagi minuman masam yang terhasil dari penapaian teh, gula dan air ini sebenarnya tiada kena mengena dengan cendawan, fungus atau seumpamanya. Proses penapaian ini dibantu oleh simbion yis dan bakteria yang terlihat seperti lapisan tebal (seperti getah atau ‘leathery’) di atas cecair masam berwarna perang kombucha.

Image result for kombucha tea benefits

Kombucha SCOBY

Kultur kombucha ini digelar SCOBY (symbiotic culture of bacteria and yeast) seperti yang terlihat dalam ‘ibu cuka’ (mother of vinegar). Kultur ini disalah ianggap sebagai fungus (tea fungus) dan digelar sebagai Medusomyces gisevii (Lindau, 1965), sebelum diketahui ia adalah terdiri dari beberapa jenis yis dan bakteria asid asetik (AAB) yang hidup bersama-sama.

Komposisi yis dan bakteria SCOBY dalam kombucha tidak dapat dipastikan secara tepat kerana dinamik bakteria dan yis ini bergantung pada pembuat, keadaan persediaan, jenis teh, jenis dan kandungan gula serta pemula kultur itu sendiri.

Image result for scoby

Genus yis yang dilaporkan terdapat dalam kombucha termasuk:

Saccharomyces, Saccharomycodes, Schizosaccharomyces, Zygosaccharomyces, Brettanomyces/Dekkera, Candida, Torulospora, Koleckera, Pichia, Mycotorula, dan Mycoderma. Biasanya yang ditemui adalah Saccharomyces cerevisiae (seperti dalam tapai, roti, pembuatan beer), Brettanomyces bruxellensis, Candida stellata, Schizosaccharomyces pombe, dan Zygosaccharomyces bailii.

Image result for saccharomyces cerevisiae

Yis, Saccharomyces cerevisiae

Terdapat pelbagai bakteria penghasil asid asetik ditemui dalam koloni SCOBY kombucha. Namun, Gluconacetobacter xylinus (G. xylinus, sebelumnya dikenali sebagai Acetobacter xylinum) adalah yang paling penting. Ini adalah kerana bakteria ini adalah antara bakteria yang mampu membina selulosa microbial (yang terlihat sebagai lapisan putih seperti getah tersebut). Selainnya, terdapat bakteria jenis Lactobacillus dan Acetobacter yang turut menghunikoloni SCOBY kombucha.




KOMPOSISI KOMBUCHA

Yis dalam kultur kombucha akan menukarkan sukrosa atau gula kepada alkohol.

Manakala, koloni bakteria akan menukarkan alkohol tersebut menjadi asid asetik dan pelbagai produk sampingan lain. Jadi, komposisi kombucha terdiri dari asid asetik dan pelbagai asid organik seperti asid glucuronic, gluconic, lactic, malic, citric, tartaric, folic, malonic, oxalic, succinic, pyruvic and usnic acids.

Image result for kombucha

 

Kombucha kaya dengan asid amino dan polifenol yang memberikan fungsi antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin B dan C. Ia juga sumber probiotik yang baik untuk kesihatan organ pencernaan.

Asid glucuronic dalam kombucha menjadi perhatian yang menarik kerana ia biasanya dihasikan dalam hati kita untuk memetabolismakan pelbagai xenobiotic, bahan toksik dan ubatan untuk memudahkan ia dikumuhkan dari tubuh. Kehadirannya dalam kombucha mungkin memberi kelebihan untuk tubuh kita mengkumuhkan pelbagai toksin dan sebagainya.

Image result for kombucha

Namun, ia mungkin mampu memberi kesan pada ubatan yang perlu diambil oleh sesetengah pesakit seperti pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi yang memerlukan keberkesanan ubatan mereka setiap hari.

Asid usnic yang dihasilkan oleh kultur kombucha secara signifikan pula adalah sejenis dibenzofuran yang mampu memberikan kesan toksik pada hati dan menyebabkan kegagalan hati.

Image result for kombucha

Kombucha yang dipasarkan secara komersil

Selain itu, komposisi alkohol dalam kombucha mampu mencapai amaun 0.5% hingga 1.2%. Ini menyebabkan ia tidak sesuai diambil oleh sesetengah orang yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes dan masalah hati. Ia juga mampu mengganggu metabolisma normal dalam organ hati.

KOMBUCHA DAN KESIHATAN

Terdapat banyak laporan mengenai potensi dan kebaikan kombucha terhadap kesihatan contohnya sebagai anti-diabetik, antimikrobial, antioksidan, anti-kanser dan ia dikatakan mampu menurunkan paras lipid (Chakravorty et al., 2016; Dufresne & Farnworth, 2000; Mo, Zhu, & Chen, 2008).

Namun, laporan-laporan (seperti contoh) hanya menunjukkan ia berkesan dalam model in vitro (sel) dan model haiwan sahaja. Setakat ini, tiada kajian keberkesanannya pada peringkat manusia secara klinikal yang bermutu dan dapat diiktiraf.

Image result for kombucha

Terdapat juga laporan mengenai kesan sampingan pengambilan kombucha seperti masalah kegagalan hati dan jaundice (Gedela et al. 2016, Kovacevic et al. 2014, Ernst, 2003), kegagalan buah pinggang, masalah gastrointestin dan metabolik asidosis (SungHe et al. 2009, Smolinske, 2005), serta masalah kardiovaskular (Derk et al. 2004).

Berhati-hati ketika menyediakan, menjaga dan memilih kultur kombucha anda.  Beberapa laporan yang menunjukkan akibat buruk akibat kultur yang tercemar: Masalah jangkitan antraks (Sasjadi et al. 1998), keracunan plumbum (Phan et al. 1998)

KESIMPULAN

Pengambilan kombucha bukanlah ubat ajaib yang boleh menghapuskan segala masalah kesihatan anda.

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, seperti gastrik, GERD, masalah kronik seperti darah tinggi dan diabetes atau mengambil ubat-ubatan berkaitan masalah kardiovaskular, mengambil warfarin contohnya, bolehlah anda mengambilnya sebagai makanan tambahan.

Tetapi ambillah secara berpada-pada.

Image result for kombucha

Mintalah nasihat doktor yang merawat anda. Jika berlaku kesan sampingan seperti pening, muntah, sakit perut, berpeluh-peluh dan sebagainya – hentikan pengambilan serta-merta. Tiada istilah ‘healing crisis’. Ia adalah kesan sampingan pengambilan sesuatu yang tubuh anda tidak setuju dengannya.

Jaga kesihatan. Elak pengambilan suplemen yang tidak perlu!

Bacaan seterusnya: Vitamin B17 daripada biji aprikot dapat menyembuhkan kanser




RUJUKAN

  1. Lobo RO, Dias FO, Shenoy CK. Kombucha for healthy living: evaluation of antioxidant potential and bioactive compounds. International Food Research Journal. 2017 Jun 1;24(2).
  2. Armando SR, Schneider RA, Mann FM. Characterization of the Role of Phenolic Compounds in the Inhibition of α-Amylase by Kombucha Tea. The FASEB Journal. 2016 Apr 1;30(1 Supplement):1090-7.
  3. Jayabalan R, Malbaša RV, Lončar ES, Vitas JS, Sathishkumar M. A review on kombucha tea—microbiology, composition, fermentation, beneficial effects, toxicity, and tea fungus. Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety. 2014 Jul 1;13(4):538-50.
  4. Jayabalan R, Marimuthu S, Swaminathan K. Changes in content of organic acids and tea polyphenols during kombucha tea fermentation. Food Chemistry. 2007 Dec 31;102(1):392-8.
  5. Talebi M, Frink LA, Patil RA, Armstrong DW. Examination of the varied and changing ethanol content of commercial Kombucha products. Food Analytical Methods. 2017:1-6.
  6. Chakravorty S, Bhattacharya S, Chatzinotas A, Chakraborty W, Bhattacharya D, & Gachhui R. (2016). Kombucha tea fermentation: Microbial and biochemical dynamics. International Journal of Food Microbiology, 220, 63–72. doi:10.1016/j.ijfoodmicro.2015.12.015
  7. Dufresne C., & Farnworth E. (2000). Tea, Kombucha, and health – a review. Food Research International, 33, 409–421. doi:10.1016/S0963-9969(00)00067-3
  8. Mo H, Zhu Y, & Chen Z. (2008). Microbial fermented tea – a potential source of natural food preservatives. Trends in Food Science & Technology, 19, 124–130. doi:10.1016/j.tifs.2007.10.001
  9. Gedela M, Potu KC, Gali VL, Alyamany K, Jha LK. A case of hepatotoxicity related to kombucha tea consumption. SD Med. 2016 Jan 1;69:26-8.
  10. Kovacevic Z, Davidovic G, Vuckovic-Filipovic J, Janicijevic-Petrovic MA, Janicijevic K, Popovic A. A Toxic Hepatitis Caused the Kombucha Tea–Case Report. Macedonian Journal of Medical Sciences. 2014 Mar 1;7(1):128-31.
  11. Ernst E. Kombucha: a systematic review of the clinical evidence. Complementary Medicine Research. 2003;10(2):85-7.
  12. SungHee Kole A, Jones HD, Christensen R, Gladstein J. A case of Kombucha tea toxicity. Journal of intensive care medicine. 2009 May;24(3):205-7.
  13. Srinivasan R, Smolinske S, Greenbaum D. Probable gastrointestinal toxicity of kombucha tea. Journal of general internal medicine. 1997 Oct 1;12(10):643-5.
  14. Smolinske SC. Herbal product contamination and toxicity. Journal of Pharmacy Practice. 2005 Jun;18(3):188-208.
  15. Derk CT, Sandorfi N, Curtis MT. A case of anti-Jo1 myositis with pleural effusions and pericardial tamponade developing after exposure to a fermented Kombucha beverage. Clinical rheumatology. 2004 Aug 1;23(4):355-7.
  16. Sadjadi J. Cutaneous anthrax associated with the kombucha mushroom in Iran. Jama. 1998 Nov 11;280(18):1567-8.
  17. Phan TG, Estell J, Duggin G, Beer I, Smith D, Ferson MJ. Lead poisoning from drinking Kombucha tea brewed in a ceramic pot. Med J Aust. 1998 Dec 7;169(11-12):644-.

 

 

 

 

Shares