Red Alert Tesla Coils Best Base Defense - LFGdating.com

Mengimbau kenangan lama. Tesla Coil seperti dalam gambar di atas wujud, tetapi tidaklah boleh digunakan sebagai senjata. Berikut adalah Tesla Coil kecil. Ianya selamat hanya jika anda tahu apa yang lakukan (Baca: Tidak selamat!)

Image result for tesla coil electroboom

Mitos orang bandar?

Mungkin kita sudah biasa mendengar pepatah Inggeris “It’s the current which kills, not the Voltage” tatkala melihat sesetengah demonstrasi penggunaan alat yang menghasilkan voltan yang tinggi. Contohnya kita biasa melihat penggunaan raket pembunuh serangga seperti yang biasa dijual:

Image result for fly zapper

Mungkin anda pernah terkena renjatannya dan berasa sakit? Akan tetapi tiada kesan jangka masa lama atau tiada lecuran bukan? (Nota: Tolong jangan cuba untuk merenjat diri sendiri atau sesiapa!)

Adakah ini bermakna Voltan yang tinggi seperti yang ada pada raket tersebut selamat? Untuk rujukan pembaca, video berikut boleh membantu pemahaman (Amaran: mengandungi bahasa kurang sopan walaupun sudah di “beep”):

Jika video di atas sudah difahami, kita teruskan dengan perincian hukum arus elektrik (Nota: Ini bukan penjelasan saintifik, hanya sebagai tamsil sahaja)

Image result for washing car with high jet pressure

Untuk menjawab persoalan di atas, kita perlu memahami asas Voltan dan arus. Voltan (atau perbezaan keupayaan) adalah sebab bagi berlakunya aliran arus, dan boleh Voltan dianalogikan seperti “pam” bagi arus “air”. Apabila wujud tekanan yang disebabkan pam, maka air boleh dijirus dan boleh dikawal. Untuk sebuah tangki dengan air yang banyak, maka jirusan air yang kuat boleh dihasilkan dengan tekanan yang tinggi. Akan tetapi, jika jumlah air sedikit, maka walaupun pada tekanan yang tinggi pun arus air yang lemah akan dihasilkan.

Sebaliknya, jika tekanan pam rendah walaupun dengan air yang banyak, arus air yang terhasil juga lemah.

Akan tetapi, saiz atau ukuran paip juga memainkan peranan. Jika paip tersebut terlalu besar, tekanan air akan menjadi lemah. Jika ia lebih kecil, maka arus air akan menjadi lebih laju dan kuat. Ukuran paip tersebut boleh dianggap sebagai rintangan. Hukum Ohm boleh dinyatakan semula seperti berikut (paraphrase):

“Arus meningkat dengan voltan, dan berkurang dengan rintangan”.

Tetapi, aliran elektrik yang bagaimana yang boleh membunuh?

Merujuk pernyataan di atas, kita perlu menjelaskan beberapa aspek tentang arus.

Pertama: Tahap arus yang melalui badan boleh dikategorikan dengan berikut:

Jumlah arus Kesan pada badan
1 mA Tiada kesan yang nyata
16 mA Arus maksima kebiasaan bagi seorang boleh “pegang dan lepas”
20 mA Otot pernafasan terganggu atau mengalami kelumpuhan
100 mA Tahap arus Fibrillasi ventrikular
2 A Jantung terhenti dan kerosakan organ dalaman
15/20 A Fius alatsuis akan terbuka

Kesan dari Arus Ulang-Alik pada 50/60 Hz. Sumber: NIOSH [1]

Arus ini akan terhasil apabila voltan mencukupi wujud. Perlu dinyatakan di sini, arus yang rendah (kebiasaannya kurang 10 mA) adalah amat berguna dalam bidang perubatan tertentu, contoh yang terkini seperti pengujaan sistem saraf otak [2].

Kedua, Rintangan. kulit manusia mempunyai rintangan tersendiri, dan setiap orang berbeza, bergantung pada peluh yang dihasilkan dan ketebalan kulit. Jika arus yang tinggi mula mengalir pada badan anda menyebabkan kebakaran pada kulit dan menyebabkan pendarahan, ianya akan mengurangkan rintangan “litar” tersebut. Bila rintangan kurang, arus bertambah, dan menambah risiko kematian atau kecederaan yang serius.

Ketiga, Laluan. jika arus yang melalui badan kita dengan laluan yang berisiko tinggi, contohnya laluan arus tersebut melalui jantung, maka ianya boleh menyebabkan jantung berhenti (kerana jantung juga berfungsi dengan isyarat elektrik dari otak). Yang mana perkara ini memberi ruang kepada poin seterusnya, iaitu jika sebahagian badan anda menyentuh “bumi”, atau tempat yang mana arus elektrik tesebut boleh menutup litar tesebut, maka arus ini boleh membunuh anda. Akan tetapi, arus ulang-alik juga boleh menyebabkan renjatan tanpa “dibumikan” sebahagian badan kita. Ianya disebabkan arus ulang alik boleh “menutup” litar arusnya dengan kemuatan (capacitance) yang ada badan kita dengan bumi. Gambar berikut menunjukkan contoh “laluan” arus elektrik yang boleh menyebabkan kematian [3]:

Secara umunya, arus terus kurang merbahaya berbanding arus ulang-alik. Ini adalah kerana arus terus memerlukan “bumi” untuk menutup litar, dan seterusnya menyebabkan arus melalui badan berbanding arus ulang-alik yang mempunyai pelbagai cara untuk melengkapi litarnya seperti yang dijelaskan di atas. Tetapi ini tidak bermakna arus terus tidak boleh membunuh! Akan tetapi, arus ulang-alik pada nilai yang lebih rendah dari arus terus mempunyai potensi untuk mencederakan orang, atau haiwan seperti yang dibuat oleh Thomas Edison ketika kejadian “Peperangan Arus” terhadap George Westinghouse yang mempromosikan arus ulang-alik (Atau secara popularnya, dengan bekas pekerjanya sendiri, iaitu Nikola Tesla.)

Image result for thomas edison kills elephant

Topsy, gajah yang dibunuh dengan arus elektrik ulang alik oleh Thomas Edison

Kita akan berbincang perihal mereka pada artikel lain, insyaAllah.

Keempat, Masa. Jumlah masa yang anda terdedah pada renjatan tersebut mengambil peranan dari segi kesan pemanasan, pembakaran, dan seterusnya mengubah anda dari penebat kepada konduktor!

Kesimpulannya, pernyataan “bukan voltan, tetapi arus yang membunuh” perlu dibetulkan kepada “Voltan dan arus bersama-sama menyebabkan kematian“. Ini adalah tanpa voltan yang mencukupi, arus yang dikatakan merbahaya tidak boleh dihasilkan.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page FB kami iaitu Root of Science.

Rujukan:

  1. Fish, Raymond M., and Leslie A. Geddes. “Conduction of electrical current to and through the human body: A review.” Eplasty 9 (2009).
  2. Chhatbar, Pratik Y., et al. “Safety and tolerability of transcranial direct current stimulation to stroke patients–A phase I current escalation study.” Brain Stimulation 10.3 (2017): 553-559.
  3. Waldmann, Victor, et al. “Electrical cardiac injuries: current concepts and management.” European Heart Journal (2017): ehx142.
Shares