Muthakhir ini para saintis telah mengambil jalan untuk mencari perkaitan bagaimana kandungan mikboes yang hidup dalam badan dapat memberi impak pada kesihatan mental.

Kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Psychiatric Research telah membuktikan bahawa populasi mikrobes di dalam perut memainkan peranan kepada bipolar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 115 individu yang didiagnosis dengan bipolar, dan dibandingkan dengan 64 individu sihat; di mana kandungan microbiome perut kedua-dua kumpulan ini dikaji secara mendalam.

Secara umumnya, kumpulan pesakit bipolar ini menunjukkan pengurangan kandungan mikrobial baik yang dikenali sebagai Faecalibacterium – di mana penurunan paras komuniti bakteria ini dikaitan dengan ciri-ciri bipolar.

Walaupun kumpulan kajian ini mengambil ubat bagi mengurangkan gejala bipolar – berkemungkinan dapat memberi kesan sampingan kepada kajian, faktor diet sebenarnya berkait rapat dengan komposisi bakteria dari genus Faecalibacterium ini.

Sebagai langkah susulan, kumpulan ini sedang mengambil langkah ke depan untuk mengkaji bagaimana kesan diet secara klinikal ke atas kumpulan pesakit bipolar ini. Mereka menggunakan diet yang tinggi dengan lemak yang sihat bagi memupuk mikrob sihat dalam mengurangkan kesan-kesan ke atas pesakit bipolar.

Rujukan:

The gut microbiome composition associates with bipolar disorder and illness severity

dan PSYpost.

Shares