Jika anda mempunyai asma ketika kecil anda berkemungkinan akan membawa penyakit tersebut hingga ke akhir hayat. Bukan setakat itu, anda juga mungkin akan menurunkan penyakit tersebut kepada keturunan anda. Boleh dikatakan, asma ini merupakan penyakit sepanjang hidup dan juga sepanjang keturunan di bawah kita

Dan malangnya lagi, asma merupakan salah satu penyakit yang terletak di dalam penyakit alahan(allergy/atopy). Oleh itu, sesiapa yang mempunyai asma, berkemungkinan juga mempunyai penyakit alahan yang lain seperti resdung(istilah perubatannya allergic rhinitis), Ekzema, allergic conjunctivitis, allergic dermatitis dan beberapa penyakit alahan lagi.

Mereka yang mempunyai alahan akan mempunyai simptom alahan yang berulang-ulang. Ia kadang-kadang mengganggu prestasi kerja seseorang dan pelajaran seseorang membuatkan penyakit ini

Berita baik bagi pesakit allahan

Selepas kita mendengar berita buruk, kita dengar pula berita baik. Para saintis di Univesiti Queensland, Australia mengatakan bahawa mereka telah menjumpai cara untuk menyelesaikan masalah alahan iaitu dengan cara menutup suis masalah imun yang menyebabkan penyakit alahan.

Penemuan tersebut telah diterbitkan dalam journal JCI insight. Mereka mengatakan bahawa penemuan ini mungkin akan membuatkan sesetengah orang yang alahan yang teruk terhadap kacang dan kerang tidak perlu lagi risau ketika mengambil makanan tersebut

Bagaimana alahan disembuhkan?

Tekniknya adalah dengan memadamkan memori daripada sel imun yang dikenali sebagai T-cells. Memori daripada t-cells inilah yang membuatkan sesentengah rawatan menjadi sukar. Tetapi dengan menggunakan terapi imun(immunotherapy), kumpulan saintis tersebut mampu menghilangkan sensitiviti imun sistem itu terhadap bahan yang pesakit itu alah dan memberikan perlindungan yang kekal kepada pesakit.

(T cells merupakan sel imun yang diaktifkan ketika mana terdedah kepada Allergen iaitu bahan yang kita alah kepadanya. Apabila T cells telah diaktifkan dan mempunyai memori kepada allergen tersebut, maka setiap kali terdedah kepada bahan itu t cells akan memulakan reaksi di dalam badan yang menyebabkan simptom alahan)

“Apabila seseorang itu mempunyai alahan ataupun serangan asma, simptom yang mereka hadapi adalah disebabkan imun sel(T-cells) yang bereaksi dengan protein yang terdapat di dalam allergen “, kata Professor Ray Steptoe, ketua saintis kepada kajian tersebut.

Associate Professor Ray Steptoe

Dalam kajian tersebut, saintis menggunakan stem cells daripada pesakit, dan memasukkan genetik yang spesifik untuk memadamkan memori tentang sensitivi sel tersebut kepada sesuatu allergen. Oleh itu, apabila pesakit itu didedahkan balik kepada allegen tersebut, ia boleh menghalang alahan itu daripada berlaku balik.

Sebelum ini rawatan lebih kepada menghalang seseorang yang sudah terkena allergen daripada memperolehi simptom alahan. Ataupun rawatan yang merawat simptom alahan tersebut. Tetapi dengan kajian ini, penyakit alahan itu sendiri boleh disembuhkan daripada seseorang pesakit

TETAPI PADA KETIKA INI, KAJIAN ITU BARU PADA FASA PRA-KLINIKAL. BERMAKSUD IA MASIH TIDAK DIJALANKAN KEPADA MANUSIA. Kumpulan saintis tersebut baru sahaja menjalankan kajian tersebut pada tikus makmal. Langkah seterusnya yang mereka ingin buat adalah mencubanya pada sel manusia di dalam makmal.

Walaupun ia masih pada fasa pra-klinikal, tetapi kajian ini merupakan salah satu pintu yang menunjukkan bahawa penyakit alahan dan asma masih boleh disembuhkan secara sepenuhnya.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science.

Shares