1. Kunyit atau nama saintifiknya, Curcuma longa diketahui mengandungi sebatian kimia dari jenis diarylheptanoid, seperti kurkumin dan derivatifnya.

2. Kurkumin aktif merencat pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser dalam kajian in vitro (sel kanser manusia) dan in vivo (ke atas tikus) antaranya kanser payudara, kanser hati, kanser perut dan kanser serviks [2-5].

3. Dalam 1 kg kunyit mentah, terdapat sekitar 2-3% sebatian terbitan kurkumin. Ini bermaksud, terdapat 2g kurkumin derivatives dalam setiap 1 kg kunyit mentah [1]

4. Dalam satu kajian farmakologi terhadap formulasi kurkumin terhadap tikus, dos 10 mg/kg berat tikus dikenalpasti sebagai efektif mengecilkan saiz tumor [6]. Untuk seorang dewasa yang mempunyai berat badan 50 kg, sebanyak 500 mg kurkumin diperlukan untuk memberikan kesan antikanser.

6. Jika kita perlu makan pagi dan petang, kita memerlukan sekilo kunyit mentah untuk mendapatkan kesan tersebut. Untuk rawatan 10 hari, kita memerlukan 5kg kunyit untuk berkesan.

7. Namun begitu, kurkumin mempunyai daya penyerapan yang rendah dan stability yang rendah. Ia menyebabkan kurkumin tidak dapat bertahan lama dalam tubuh dan membolehkan kurkumin bertindak sebagai antikanser [6]

8. Dakwaan kunyit mampu merawat kanser ada asasnya, tetapi bukan dalam bentuk jus atau jamu. Kajian demi kajian sedang dilakukan terhadap kurkumin yang diformulasi supaya sampai ke sel kanser sasaran serta dalam bentuk ubat intravena [7].

9. Ini kerana pengambilan kunyit mentah yang terlalu tinggi boleh membebankan hati dan buah pinggang kerana terdapat sebatian kimia yang lain di dalam kunyit mentah.

10. Terdapat dakwaan bahawa penggunaan kurkumin dalam ujian klinikal ke atas manusia boleh mendatangkan kecederaan hati. Namun dakwaan ini masih belum pasti kerana terdapat kajian yang lain mengatakan ia selamat sehingga dos 8000mg sehari bersamaan 8g [8].

11. Menurut kajian, kurkumin dikategorikan sebagai pan-assay interference compounds (PAINs), iaitu sebatian yang memberikan false positive results terhadap saringan ujian biologi [9], dimana kurkumin melalui tidakbalas kimia yang tidak khusus terhadap sesuatu enzim. Oleh itu, sehingga hari ini, kurkumin masih belum diluluskan sebagai ubat (drug). Namun, kurkumin masih digunakan sebagai supplement di beberapa negara.

12. Walaubagaimanapun, struktur kimia sebatian kurkumin adalah unik, dimana ia masih boleh menjalani proses modifikasi dan pengoptimuman, iaitu dengan menghasilkan sebatian terbitan kurkumin sintetik. Kajian masih giat dijalankan sehingga hari ini untuk menghasilkan terbitan kurkumin sintetik yang boleh dikategorikan atau dilluluskan sebagai ubat (drug) [6].

13. Oleh itu, dapatkanlah rawatan daripada pakar perubatan dan tidak melengahkan rawatan kerana ingin mencuba kunyit kerana belum ada keputusan yang konkrit mengenai kejayaan jus kunyit merawat kanser kepada manusia. Makanlah secara sederhana. InsyaAllah, suatu hari nanti akan ada ubat kanser yang berkesan dari sebatian kurkumin.

Sekian, semoga bermanfaat.

Dr Che Puteh Osman
PhD (Natural Product chemistry)

Dr MFFM Aluwi
PhD (Medicinal Chemistry)

Rujukan

[1] Li, Shiyou; Yuan, Wei; Deng, Guangrui; Wang, Ping; Yang, Peiying; and Aggarwal, Bharat, “Chemical composition and product quality control of turmeric (Curcuma longa L.)” (2011). Faculty Publications. Paper 1. http://scholarworks.sfasu.edu/agriculture_facultypubs/1

[2] Abdel-Lateef, E., Mahmoud, F., Hammam, O., et al. (2016). Bioactive chemical constituents of Curcuma longa L. rhizomes extract inhibit the growth of human hepatoma cell line (HepG2). Acta Pharmaceutica, 66(3), pp. 387-398. Retrieved 22 Nov. 2017, from doi:10.1515/acph-2016-0028

[3]Yuqi Sun, Jie Zhang, Jiaying Zhou, Ziyuan Huang, Haiyang Hu, Mingxi Qiao, Xiuli Zhao, Dawei Chen, Synergistic effect of cucurbitacin B in combination with kurkumin via enhancing apoptosis induction and reversing multidrug resistance in human hepatoma cells, In European Journal of Pharmacology, Volume 768, 2015, Pages 28-40, ISSN 0014-2999, https://doi.org/10.1016/j.ejphar.2015.10.003.

[4] Devbrat Kumar, Soumya Basu, Lucy Parija, Deeptimayee Rout, Sanjeet Manna, Jagneshwar Dandapat, Priya Ranjan Debata, Kurkumin and Ellagic acid synergistically induce ROS generation, DNA damage, p53 accumulation and apoptosis in HeLa cervical carcinoma cells, In Biomedicine & Pharmacotherapy, Volume 81, 2016, Pages 31-37, ISSN 0753-3322, https://doi.org/10.1016/j.biopha.2016.03.037.

[5] Alibeiki, F., Jafari, N., Karimi, M., & Peeri Dogaheh, H. (2017). Potent anti-cancer effects of less polar Kurkumin analogues on gastric adenocarcinoma and esophageal squamous cell carcinoma cells. Scientific Reports, 7(1), 2559. doi:10.1038/s41598-017-02666-4

[6] Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi, Kamal Rullah, Bohari M. Yamin, Sze Wei Leong, Mohd Nazri Abdul Bahari, Sock Jin Lim, Siti Munirah Mohd Faudzi, Juriyati Jalil, Faridah Abas, Norsyahida Mohd Fauzi, Nor Hadiani Ismail, Ibrahim Jantan, Kok Wai Lam, Synthesis of unsymmetrical monocarbonyl kurkumin analogues with potent inhibition on prostaglandin E2 production in LPS-induced murine and human macrophages cell lines, Bioorganic & Medicinal Chemistry Letters, Volume 26, Issue 10, 15 May 2016, Pages 2531-2538, ISSN 0960-894X, https://doi.org/10.1016/j.bmcl.2016.03.092.

[7] Hong, J., Liu, Y., Xiao, Y., Yang, X., Su, W., Zhang, M., . . . Wang, X. (2017). High drug payload kurkumin nanosuspensions stabilized by mPEG-DSPE and SPC: in vitro and in vivo evaluation. Drug Delivery, 24(1), 109-120. doi:10.1080/10717544.2016.1233589

[8] Nita Chainani-Wu. Safety and Anti-Inflammatory Activity of Kurkumin: A Component of Tumeric (Curcuma longa). The Journal of Alternative and Complementary Medicine. July 2004, 9(1): 161-168.https://doi.org/10.1089/107555303321223035

[9] Jonathan Baell, Michael A. Wlaters. Chemistry: Chemical con artist foil drug discovery. Nature. 513, 481-483, doi:10.1083/513481a

Shares