Kafein atau sumber utama pelajar dari nescafe/red bull/kopi dan teh merupakan minuman pilihan ketika musim peperiksaan. Kafein boleh menyebabkan seseorang itu semakin peka dengan persekitaran, meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan keletihan. Jadi, adakah minum minuman berkafein bagus untuk anda?

Salah.

Minuman yang mengandungi kafein hanya akan menyebabkan gangguan kepada pemprosesan memori. Bayangkan anda sedang menghirup nescafe sambil mengingati nota, dikhuatiri, esoknya, anda tidak pula berjaya mengingati nota berkenaan.

Dos Optimum

Seperti biasa, setiap bahan makanan perlukan dos yang optimum. Dos yang optimum dapat meningkatkan metabolism tubuh dan terdapat kajian yang menyatakan dos ini dapat membantu meningkatkan memori.

 Apakah dos berkenaan?

Dos yang dibenarkan, sebenarnya bergantung kepada tubuh. Lazimnya dos maksimum bagi kafein adalah 400 mg sahaja, namun dos ini adalah agak tinggi juga.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail pada tahun 2014, ia ada menyatakan, kafein yang berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan seperti palpitasi jantung secara tiba-tiba (jantung yang berdebar-debar). Namun, setiap orang akan memberikan respon berbeza kerana kesan nutrigenetik (setiap gen dalam tibuh individu adalah berbeza)

Kenapa ini berlaku?

Kajian yang diterbitkan oleh The Scientific Report telah mengesahkan terdapat perbezaan gene yang memetabolismekan kafein. Gen yang dikenali sebagai PDSS2 berfungsi untuk metabolism kafein dalam tubuh. Bagi mereka yang mempunyai eskperesi gen PDSS2 yang lebih tinggi, didapati proses metabolism kafein tubuh berlaku lebih perlahan. Ini menyebabkan mereka hanya perlu minum sedikit bahan berkafein untuk mendapatkan kesan yang sama.

Pernah anda jumpa kawan-kawan yang perlu minum nescafe segelas/2 gelas untuk lebih peka? Dan ada yang tidak perlu langsung?

Jadi kafein sebelum peperiksaan adalah idea yang bagus atau tidak?

Berdasarkan pembacaan saya, minuman berkafein dinasihatkan untuk diminum sebelum jam 4 petang lazimnya, untuk memastikan tidur yang tidak terganggu. Diingatkan juga, minuman berkafein seharusnya tidak lebih dari 4 gelas sehari untuk mengelakkan kesan sampingan. Dos sebanyak 200 mg didapati berupaya menambahkan kesan positif terhadap memori.

400 mg per hari adalah dos selamat

Kafein dalam minuman adalah pembagai. Ia bergantung kepada cara pembuatan, ada yang minum nescafe ‘kaw’ yang ternyata mempunyai lebih kafein berbanding nescafe biasa.

Namun perlu diingat, kafein juga boleh didapati dalam bahan makanan/minuman lain seperti teh, minuman berkarbonat dan coklat anda!

Kesimpulan

Apa yang anda lakukan, jangan amalkan minuman berkafein yang terlalu banyak terutamanya sebelum hari peperiksaan anda. Masalah apabila anda tidak cukup tidur, otak anda tidak dapat berfungsi dengan baik pada hari peperiksaan dan anda akan mengalami ‘blank’ atau fikiran anda akan kosong. Sewajarnya, amalkan pemakanan yang sihat, (makanan yang tinggi fiber), banyakkan minum air kosong dan amalkan senaman 30 min setiap hari. Ini lebih baik dari kafein!

Link ini membawa anda ke video yang boleh membantu anda bagaimana kafein boleh berfungsi https://www.youtube.com/watch?v=foLf5Bi9qXs&t=6s

Rujukan :

  1. Is the Consumption of Energy Drinks Associated With Academic Achievement Among College Students?. Champlin SE, Pasch KE, Perry CL. J Prim Prev. 2016 Aug;37(4):345-59.
  2. Sleep quality during exam stress: the role of alcohol, caffeine and nicotine. Zunhammer M, Eichhammer P, Busch V. PLoS One. 2014 Oct 3;9(10):e109490.
  3. Pirastu et al. Non-additive genome-wide association scan reveals a new gene associated with habitual coffee consumption. Sci Rep. 2016 Aug 25;6:31590. doi: 10.1038/srep31590.
Shares