Ramai daripada penjual produk supplement yang sentiasa mengura-urakan kebaikkan dan keberkesanan Resveratrol dalam menyembuhkan, merawat dan mengawal sesuatu penyakit. Malah ada di antaranya mengarakan ia mampu menyembuhkan kanser dan juga memmanjangkan umur.

Disini kami ingin menceritakan sedikit sebanyak berkenaan fakta sebenar Resveratrol

1) Penemuan

Kompaun Resveratrol pertama kali ditemui oleh Michio Takaoka pada tahun 1939 apabila dia berjaya mengkestrak kompaun tersebut daripada tumbuhan Veratrum album dan kemudian daripada ‘Japannese Knotweed’.

2) Bila mula kompaun ini terkenal?

Kompaun ini tidaklah terkenal pada awalnya sehinggalah seorang ahli biologi daripada universiti Harvard iaitu David Andrew Sinclair menemukan bahawa kompaun resveratrol ini mampu memanjangkan usia cacing dan lalat di dalam kajiannya.

Caenorhabditis elegans merupakan species cacing yang digunakan dalam kajian David Sinclair

Drosophila melanogaster merupakan species lalat yang digunakan dalam kajian David Sinclair

Bukan setakat itu, dia juga telah menunjukkan bahawa resveratrol dapat memanjangkan usia tikus dalam kajiannya . Ini membuatkan David Sinclair yakin bahawa kompaun resveratrol merupakan salah satu kompaun ajaib di dunia,

David Sinclair juga pernah membuat kenyataan bahawa Resveratrol adalah kompaun yang ajaib dan pada masa hadapan akan digunakan oleh orang ramai bagi membantu dalam penyakit kronik. Kenyataan David Sinclair tersebut membuatkan penjualan suplemen yang berasaskan kompaun resveratrol naik mencanak pada tahun 2006.

3) Apakah itu Resveratrol?

Kompaun resveratrol yang disebut-sebut dalam makanan tambahan tersebut contohnya adalah sebenarnya sejenis stilbenoid phenol yang dihasilkan tumbuhan sebagai tindak balas apabila berlaku ‘kecederaan’ atau serangan pathogen.

Sumber resveratrol yang paling banyak adalah dibahagian kulit buah-buahan seperti anggur dan pelbagai jenis berry. Kompaun ini terdapat paling tinggi dalam ekstrak wine dan minuman beralkohol itu sendiri terutamanya red wine.

Red wine dan White wine

Proses pemeraman dengan kulit buah anggur itu sendiri menghasilkan amaun resveratrol yang signifikan. Sebab itulah amaun resveratrol lebih tinggi dalam red wine berbanding white wine (white wine dihasilkan dari anggur tanpa kulit, hanya jusnya)

4) Adakah ia mampu mengubati?

Kajian-kajian lanjut juga menunjukkan pengambilan resveratrol tidak mampu memberi kesan positif buat manusia yang menghidap penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung dan diabetes.

Cuma ada sedikit perubahan positif buat mereka yang mempunyai masalah tekanan darah sistolik (systolic blood pressure). Resveratrol juga tidak dapat dibuktikan mempunyai kesan positif terhadap kadar metabolisme manusia.

5) Adakah ia mampu memanjangkan umur?

Satu kajian yang menggabungkan beberapa kajian yang lain telah dibuat untuk melihat sama ada benar kompaun resveratrol mampu memanjang umur seseorang ataupun tidak.

Keputusan daripada kajian tersebut menyatakan resveratrol tidak lagi terbukti mampu memanjang umur seseorang.

Kajian menyatakan RESVERATROL belum terbukti memanjangkan usia manusia

5) Fakta penting tentang Resveratrol

Yang ini kena faham betul-beutl

Walaupun kompaun resveratrol sangat mudah diserap oleh tubuh, sama ada diberikan secara dibawah lidah (seperti
kapsul GTN untuk sakit jantung) ataupun ditelah terus ke dalam perut(oral). Namun, bioavailability (kehadiran kompaun ini dalam darah setelah diserap tubuh) adalah sangat-sangat rendah. Hanya 0.5% sahaja dari amaun resveratrol yang dimakan dapat berada dalam darah untuk manfaat tubuh.

Ini adalah kerana kompaun ini dimetabolismakan secara ekstensif oleh hati, sel usus(enterocytes) dan juga bakteria dalam usus. Jadi, apabila kita mengambilnya, 99.5% dari resveratrol ini akan terus dikumuhkan oleh tubuh. Tanpa melakukan apapun manfaat (jika ada) dalam tubuh kita!

6) Hasil penguraian resveratrol yang memberi kesan positif?

Ada juga yang mengatakan bahawa hasil penguraian resveratrol(resveratrol metabolite) seperti Glucuronidated dan Sulfated resveratrol itulah yang sebenarnya memberi kesan positif kepada orang yang mengambilnya. Perkara ini menjadi lebih kompleks apabila jumlah metabolite di dalam darah adalah berlainan secara ketara diantara individu yang mengambil Resveraterol.

Ini bermaksud setiap individu mempunyai metabolisma resveratrol yang berlainan. Disebabkan perkara tersebut, kajian keberkesanan pada manusia sangatlah rapuh dan kebanyakkannya tidak boleh diterima pakai disebabkan jumlah metabolite yang berlainan di antara individu dan kehadiran kompaun resveratrol dalam darah itu sendiri sangatlah sedikit

Kesimpulan:

Melihat daripada kehadiran Resveratrol yang sangat rendah di dalam darah dan juga perbezaan ketara di dalam kompaun metabolite resveratrol membuatkan kajian keberkesanan kepada kompaun tersebut tersangatlah diragui. Malah tiada lagi kajian yang mengatakan kompaun tersebut benar-benar memberi kesan positif kepada penggunanya

Kami menasihati kepada para pengguna supaya tidak terpedaya dengan kata-kata penjual produk yang menggunakan Resveratrol sebagai bahan utama. Kerana tiada lagi kajian yang benar-benar menunjukkan keberkesanan produk tersebut

Kepada penjual produk pula, tidak perlu untuk memberi harapan setinggi bulan dan bintang.

Harap bermanfaat

Rujukan:
1. Walle T. Bioavailability of resveratrol. Ann N Y Acad Sci. 2011 Jan;1215:9-15. doi: 10.1111/j.1749-6632.2010.05842.x.

2. Joao Tomé-Carneiro, Mar Larrosa, Antonio González-Sarrías, Francisco A. Tomás-Barberán, María Teresa García-Conesa, and Juan Carlos Espín. Resveratrol and Clinical Trials: The Crossroad from In Vitro Studies to Human Evidence. Curr Pharm Des. 2013 Sep 3; 19(34): 6064–6093.Published online 2013 Sep 3. doi: 10.2174/13816128113199990407

3. Ole Vang, Nihal Ahmad, Clifton A. Baile, Joseph A. Baur, Karen Brown, Anna Csiszar, Dipak K. Das, Dominique Delmas, Carmem Gottfried, Hung-Yun Lin, Qing-Yong Ma, Partha Mukhopadhyay, Namasivayam Nalini, John M. Pezzuto, Tristan Richard, Yogeshwer Shukla, Young-Joon Surh, Thomas Szekeres, Tomasz Szkudelski, Thomas Walle, and Joseph M. Wu. What Is New for an Old Molecule? Systematic Review and Recommendations on the Use of Resveratrol. PLoS One. 2011; 6(6): e19881.Published online 2011 Jun 16. doi: 10.1371/journal.pone.0019881

4. Wood JG, Rogina B, Lavu S, Howitz K, Helfand SL, Tatar M, Sinclair D. Sirtuin activators mimic caloric restriction and delay ageing in metazoans.Nature. 2004 Aug 5;430(7000):686-9. Epub 2004 Jul 14.

Shares