Mutakhir ini ramai yang mencanangkan produk collagen mampu menegangkan dan membuat kulit muka kelihatan cantik dan muda.

Berbagai-bagai testimoni diberikan untuk menunjukkan bahawa produk ini benar-benar berkesan. Tetapi adakah ianya benar mampu menegangkan kulit malah mengembalikan wajah kepada usia remaja.

Collagen hanyalah sejenis protein.

Seperti yang kita semua tahu, kulit kita terdiri daripada berbagai bahan termasuklah collagen iaitu sejenis protein. Collagen lah yang akan membuatkan kulit kita lebih anjal. Apabila semakin meningkat usia, collagen pada bahagian kulit dikatakan semakin berkurangan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan kedutan semakin bertambah.

Disebabkan perkara tersebut, masyarakat terutamanya kaum wanita sedaya upaya mengambil pelbagai produk  supplement untuk menambahkan collagen dalam kulit termasuklah produk yang berasaskan kolagen itu sendiri.

Dan perlu diketahui bahawa kolagen merupakan salah satu jenis protein seperti mana protein yg terdapat di dalam daging haiwan. Protein ini(collagen) apabila memasuki saluran pencernaan akan diuraikan kepada unit asas protein iaitu amino acid.

Sama sahaja jika kita makan protein lain. Kandungan amino acid dalam protein termasuklah collagen selalunya adalah sama. Cuma cara susunan amino acid yang membentuk protein itu sahaja yang berlainan

***Amino acid merupakan unit asas kepada protein. Sama seperti kanji. unit asas kanji adalah glukosa

Oleh itu tiada beza jika anda ambil protein daripada daging ataupun daripada collagen itu sendiri. Sebab akhirnya ia akan membentuk amino acid juga.

Orang kita selalu salah sangka apabila kita ambil banyak kolagen, maka kolagen itulah yang akan diserap terus masuk ke bahagian kulit. Itu adalah kefahaman yang salah.

Kolagen pada bahagian kulit manusia sebenarnya dihasilkan oleh sel badan kita sendiri. Sel ini akan menggunakan unit-unit asas protein iaitu amino acid untuk dijadikan kolagen yg akan membina struktur kulit. Bukan terus daripada kolagen yg kita makan tu.

Kajian berkenaan collagen dan kesan pada kulit

Pada tahun 2014, satu kajian klinikal berkenaan keberkesanan kolagen pada kulit manusia telah dilakukan dan kajian ini menggunakan cara kajian ‘Double blinded placebo- controlled trial‘.

Jika kita belajar berkenaan dgn jenis-henis kajian, double blinded placebo-controlled study merupakan salah satu kajian klinikal yang boleh dikatakan tepat.

Randomized controlled trial merupakan salah satu tahap kajian yang tinggi nilai pembuktiannya dalam satu-satu perkara

Dalam kajian ini mereka menggunakan collagen type I daripada porcine(drpd babi) untuk diberikan kepada peserta. mereka akan memeriksa keanjalan kulit, kelembapan kulit, kedutan kulit dan beberapa perkara lagi. Pemeriksaan tersebut dilakukan pada minggu ke-4 dan ke-8 setelah mengambil produk itu setiap hari.

Keputusannya, hanya keanjalan kulit sahaja yang bertambah. Manakala, kedutan, kelembapan muka dan lain2 ujian adalah sama sahaja. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak boleh dipukul rata untuk semua jenis collagen disebabkan kajian ini menggunakan jenis collagen yg spesifik.

Kesimpulan
1) Produk kolagen sendiri tidak membantu menghilangkan kedutan pada kulit. Tetapi ia membantu dalam memberi keanjalan pada kulit.

2) Kolagen hanyalah sejenis protein seperti protein yg berada di dalam daging lembu, ayam dan ikan

3) Membanyakkan pengambilan anti-oxidant seperti Vitamin C dapat membantu dalam pemulihan kulit. Ini kerana ia akan membantu dalam penghasilan kolagen dan membetulkan balik tona kulit muka.

Rujukan kajian:
(1)Proksch E.a · Segger D.c · Degwert J.c · Schunck M.b · Zague V.d · Oesser S.b. Oral Supplementation of Specific Collagen Peptides Has Beneficial Effects on Human Skin Physiology: A Double-Blind, Placebo-Controlled Study
Department of Dermatology, University of Kiel, and bCRI, Collagen Research Institute, Kiel. Skin Investigation and Technology, Hamburg, Germany; Department of Cell and Developmental Biology, Institute of Biomedical Sciences, University of São Paulo, São Paulo, Brazil. Skin Pharmacol Physiol 2014;27:47-55 (DOI:10.1159/000351376)

http://www.karger.com/Article/FullText/351376

Jika anda rasa bermanfaat, boleh like page kami

Shares