Penggunaan pornografi memberi kesan yang negatif kepada pemikiran, tingkahlaku, dan fizikal. Juga terkait adalah kesihatan hubungan antara pasangan. Di sini kami ingin mengulas secara ringkas, berlandaskan kajian yang agak terkini mengenai kesannya kepada pengguna lelaki.

1. Sikap Seksis Yang Merendahkan (Hostile Sexism)

Penggunaan pornografi akan menyebabkan lelaki memandang perempuan sebagai makhluk rendah martabatnya (degraded). Satu kajian yang dibuat ke atas kumpulan pengguna porno secara rawak dengan memastikan mereka menonton porno dahulu , dan kesan sikap ke atas wanita diperiksa kemudiannya (maknanya porno menjadi punca kepada sikap mereka kepada wanita). Kajian mendapati mereka yang menonton porno mempunyai sikap ‘hostile sexism’ (seksis yang merendahkan) pada skala yang tinggi.

Ini dapat kita kaitkan dengan kebanyakan video-video porno yang ditayangkan masakini menunjukkan aksi yang merendahkan, menghina dan ganas terhadap wanita. Yang bahaya, mereka yang tidak bersikap merendahkan wanita boleh bertukar menjadi seksis yang ekstrim jika terlibat dengan porno.

2. Hubungan Terlarang

Kajian menunjukkan pengguna pornografi selalunya terjebak ke kancah hubungan terlarang.

Dalam satu eksperimen, beberapa lelaki dipilih secara rawak dan diberikan bahan-bahan porno. Di hujung kajian mereka didapati banyak memilih hubungan romantik alternatif di luar hubungan yang sedang mereka berkomitmen padanya. Dalam eksperimen lain pula, pengguna porno disuruh untuk memberhentikan penggunaan selama 3 minggu. Hasil kajian mendapati mereka lebih komited dan fokus pada hubungan mereka dengan pasangan masing-masing.

Pada eksperimen lain, beberapa pasangan disuruh berinteraksi, dan hasil interaksi mereka drakamkan. Ujian ini adalah untuk menentukan kadar komitmen pasangan. Pasangan-pasangan yang mana lelakinya menonton porno merekodkan hasil yang tidak memberansangkan, di mana mereka kurang komited pada hubungan masing-masing.

3. Pertukaran Jantina

Kajian menunjukkan mereka yang menonton porno menjangkakan kualiti hubungan seksual yang kurang memuaskan. Kerap lelaki yang sudah mempunyai pasangan merasakan hubungan seksual mereka tidak lagi berkualiti. Ini adalah kerana di dalam otak terdapat ‘reward centre’ , yang akan merembeskan hormon-hormon yang memberikan kepuasan seksual. Mereka yang menggunakan porno selalunya akan tidak lagi merasa puas dengan hubungan seksual biasa dan sukar mencapai orgasme kerana ‘kepuasan seksual yang semulajadi telah ditukar pada jangkaan seksual yang dilihat di video-video porno’.

Pada remaja, hubungkait antara menonton porno dan menukar jantina adalah berada pada kadar membimbangkan. Jika anda mendapati sesiapa yang rapat di sisi anda menonton porno, berbincanglah dengan baik dengan mereka dan fahamkan mereka kesan-kesan ini.

4. Fungsi Otak

Terdapat penyelidikan terbaru menunjukkan pengguna porno mengalami masalah memori dan sukar memberikan perhatian setelah menggunakan porno. Kesan ini direkodkan bukan sahaja ketika menonton porno, malah sepanjang hari. Penyelidikan ini disokong oleh kajian lain yang merekodkan pengguna porno boleh berfikir dengan baik setelah menghentikan penggunaan porno.

5. Keganasan

Porno menyebabkan lelaki bersikap menghukum wanita secara ganas. Dalam satu kajian yang menarik, satu kumpulan lelaki secara rawak diberikan bahan porno. Kemudian mereka dipanggil kembali seminggu kemudian, dan diletakkan secara berpasangan dengan seorang wanita (yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pengkaji). Wanita tersebut disuruh untuk menyatakan yang dia tidak tertarik dengan pasangan lelakinya. Ini adalah untuk mencetus perasaan geram/marah pada lelaki yang diuji. Kemudian mereka bermain permainan teka-teki dan para lelaki mempunyai pilihan menghukum pasangan mereka secara fizikal jika pasangan perempuan itu tersalah jawapan. Keputusannya? Lelaki yang menonton porno adalah lebih tinggi kebarangkaliannya memilih untuk mencederakan pasangan perempuan mereka.

Kesimpulannya, pornografi memberi kesan yang negatif kepada penggunanya, namun kebanyakannya tidak sedar akan kesannya sehinggalah kehidupan mereka terjejas. Dan ketika itu, mereka sudah terlalu jauh terlibat dengan porno. Kesedaran akan petanda-petanda awal ketagihan amatlah penting supaya pengguna porno dapat kembali dipulihkan.

 

 

 

Rujukan:

Ford, J. J., Durtschi, J. A., & Franklin, D. L. (2012). Structural therapy with couple battling pornography addiction. The American Journal of Family Therapy, 40, 336-348.
Gwinn, A. M., Lambert, N. M., Fincham, F. D., & Maner, J. K. (2013). Pornography, relationship alternatives, and
 intimate extradyadic behaviour. Social Psychological and Personality Science, 4, 697-704.
Hald, G. M., Malamuth, N. N., & Lange, T. (2013). Pornography and sexist attitudes among heterosexuals. Journal of Communication, 63, 638-660.
Laier, C., Schulte, F. P., & Brand, M. (2012). Pornographic picture processing interferes with working memory
 performance. Journal of Sex Research, 50, 642-652.
Lambert, M. N., Negash, S., Stillman, T. F., Olmstead, S. B., & Fincham, F. D. (2012). A love that doesn’t last:
 Pornography consumption and weakened commitment to one`s romantic partner. Journal of Social and ClinicalPsychology, 31, 410-438.
Peter, J. & Valkenburg, P. M. (2010). Adolescents’ use of sexually explicit internet material and sexual uncertainty:
 The role of involvement and gender. Communication Monographs, 77, 357-375.
Poulsen, F. O., Busby, D. M., & Galovan, A. M. (2013). Pornography use: Who uses it and how it is associated with
 couple outcomes. Journal of Sex Research, 50, 72-83.
Thomas, L. A., & Gorzalka, B. B. (2013). Effects of sexual coercion proclivity and cognitive priming on sexual aggression
 in the laboratory. Journal of Sex Research, 50, 190-203.
Wright, P. J. (2013). U.S. males and pornography, 1973-2010: Consumption, predictors, correlates. Journal of Sex Research, 50, 60-71.
http://www.drsyrasderksen.com/blog/effects-of-pornography#sthash.qAuMfash.dpbs

 

Shares